King Mongkut dalam seseminggu nih tak berapa sihat. Bukan badan tak sihat tapi kencing dan beraknya yang tak berapa betul. Aku perasan yang seseminggu ini bila aku buat catherter, ada balik semula cecair kuning hijau pekat yang macam pea soup tuh keluar towards the end of his kencing.
Dulu dah berhenti sekejap keluarnya. Sampai sekarang kitaorang tak tahu apa dia benda tuh, even Doktor pun tak kasi kepastian (diaorang tak tahu apa sebenarnya benda tuh sebab diaorang tak tengok sendiri dengan mata kepala diaorang, sekadar King Mongkut describe kata yellowish liquid kat diaorang). Dan Doktor pesan kalau buat catherter, jangan ditekan perut. Dulu Doktor tuh jugak yang kata, tak apa kalau perut ditekan, nak pastikan air kencing habis keluar. Itulah, Doktor nih kadang-kadang bengap jugak, cakapnya berbelit-belit, kadang boleh kadang tak boleh. Kebetulan pulak Doktor tuh memang Keling.
So bila aku buat catherter sekarang nih, tak ada lah aku tekan sangat perut King Mongkut tuh, dan aku tahu yang cecair tuh masih ada, cuma tak keluar sepenuhnya sebab perut King Mongkut tak ditekan. "Bad for my kidney, Joe", kata King Mongkut bila aku kata aku nak tekan perut dia, nak kasi cecair tuh keluar. Lantak ko lah, kata aku dalam hati bila dia tak kasi aku tekan perut dia macam selalu tuh. Dia bukannya nampak benda tuh sebab dia sambil baring, tapi aku yang tukang buat catherter, aku tahu lah how "bad" his kencing is.
So, Doktor tuh ada suggest kat dia, minum air banyak-banyak. So, banyaklah air yang King Mongkut minum, berbotol-botol. Dan bila banyak minum air, nak terkencing aje lah kan kerja nya. So, kerja menadah pee jar aje lah aku sepanjang hari, aku kuis-kuis dengan pee jar tu aje kote King Mongkut, gila ko nak aku sentuh tak pakai gloves. Kalau masa buat cathether aku pakai gloves.
Itu satu hal. Ini lagi satu. Pasal his other end pulak.
Dalam seseminggu nih jugak King Mongkut bukan main produktif lagi. Asyik berak aje kerjanya. Tapi, none of his pemberakan tuh kat bilikair. Semuanya bertaburan, begemerlapan bagai bintang di malam hari, ekekekekke.
Tiap kali nak usung dia ke katil, sure ada taik bertempekan kat jubur, kat scooter dia, kat towel pengalas duduk. Dia nih, sebab nak jimat, kalau masa kat apartment tuh tak pernahnya nak pakai diapers, aku cuma pakainkan dia pampers masa dia nak tidur atau masa kitaorang nak keluar ke mall for example. Waktu lain tuh, takat tutup dengan towel aje.
So, kalau dia terberak, memang banyak kerja lah nak cuci itu ini. So gitulah, seseminggu nih dia sakit perut, asyik terburai aje. Dan diaorang nih jenis yang kalau nak kentut tuh pakai lepas aje (Aku selalu sentapz, kalau masa aku urut King Mongkut, dia selamba aje kentut. Itu yang aku pastikan aku taruk towel menutup jubur dia kalau masa dia meniarap masa aku urut tuh. Kalau tidak, siaplah, aku urut aje sikit, puussss dia kentut, aku picit sana sikit, puuuus dia kentut)
Yang lawaknya, King Mongkut nih takut sangat dengan David yang selalu mengutuk dia tuh, so bila dia nak terberak, atau bila dia terkentut, mulalah dia teraba-raba jubur dia. Lepas tuh, kalau ada hasil pengorekan, diselek sana sini, kat towel, kat baju, kat scooter, penuhlah kesan taik. Aku peratikan aje kelaku King Mongkut tuh, kalau dia tunduk aje sambil taruk kepala kat handle scooter, sambil tangan kiri dia yang boleh digerak tuh mengorek bontot, memang dia terberak lah. Kadang tuh aku kasi signal kat David, lepas tuh mula lah David marah kat King Mongkut yang buat perangai tak senonoh tuh.
Hari Khamis malam, masa ada member diaorang datang makan malam, lagilah lawak nya. Tengah aku menyuap King Mongkut, aku tengok dia macam resah aje, merah padam muka dia. Terus aku bawak dia ke bilik dia, aku bersihkan dia.
Tapi kan, aku perasan yang walaupun hidup aku berkecimpung dengan najis orang, tapi aku dah macam tak kisah dah sekarang nih. Kencing beraklah sekerap mana, kencing beraklah berteraburan pun, sebusuk mana sekali pun, aku tak peduli apa. Akan ku tangani jugak, literally, ekekekkee. Semuanya tuh buat aku insaf, buat aku sedar, yang how fragile dan delicate nya hidup kita di muka bumi ini. Dan aku selalu terfikir, sekiranya aku jadi macam King Mongkut nanti, or at least masa aku tua (kalau panjang umur), aku nak ada orang yang jaga aku baik-baik. Macam aku jaga King Mongkut tuh.
------------------------------
Aku balik kerja ituhari, tuan rumah aku terus menerkam aku (amboi, ayat! ekekekke). Dia beritahu yang Ramon ada talipun dia beritahu yang Ramon nak sewa bilik yang Mamat Turki duduk tuh. Masalahnya Mamat Turki tuh akan keluar hujung bulan sedangkan Ramon dah kasi notice kat landlord dia. So Ramon kena pindah secepat mungkin. Dari gaya dia beritahu aku tuh, aku macam boleh faham yang dia nak suruh Ramon tumpang bilik aku dalam seseminggu dua sampai hujung bulan.
Beralas aje aku cakap, aku kata aku tak kisah kalau Ramon nak menumpang bilik aku sebab susah nanti nak cari orang nak menyewa, ini aje peluang baik. Peluang baik bagi tuan rumah aku lah kan? So terus dia talipun Ramon, memang aku dah agak, dari perbualan dia dengan Ramon tuh, diaorang memang dah rancang nak mintak tolong aku.
Hmmm, diaorang nih ingatkan aku nih macam Mother Theresa ker?
------------------------------
Tak lama lagi Raya, aku belum plan nak Sembahyang Raya kat mana. Nak pergi Consulate ker, for the very first time Sembahyang kat sana? Tak kot, malaslah aku, bukan tempat yang sesuai dengan aku. Kang terjumpa, terbersembang dengan Melayu kepoh kang, payah jugak aku. Kang tersedih pulak aku, malaslah aku nak bersedih-sedih, aku kena jaga hati aku daripada disedihkan dek orang, kan?
Mungkin Sembahyang Raya kat Astoria kot, kat Masjid Indo, itu baru sesuai dengan aku. Masalahnya, Raya hari Ahad dan aku kerja pagi. Tak apa, aku nak mintak masuk kerja lewat sikit.