Sunday, October 7, 2012

Two Of A Kind


Bererti Rabu tuh malam terakhir aku bermalam di Phila sebab Khamis aku akan pindah dan aku akan mula kerja either malam hari Khamis atau Jumaat. Aku ada cakap dengan Lee yang aku tak nak janji aku boleh kerja malam Khamis sebab aku tak ada masa, aku nak pindah barang aku lagi kan?. Dan perempuan tuan rumah aku tuh akan hanya ada di rumah selepas 4 petang. Kalau tidak, boleh lah aku ke New York awal-awal pagi, take a rest for a few hours, dan malamnya kerja. Apa-apa pun, aku kena tunggu panggilan talipun Lee aje lah. 

So malam tuh macam malam terakhirlah aku boleh bercumbu-cumbuan kat tagboard. Nanti aku dah kerja, dah tak boleh nak online malam-malam, masa peak hours kat Malaysia tuh kan? Tersedih sekejap aku dibuatnya memikirkan what if aku disuruh kerja 7 hari seminggu? Bererti aku tak akan dapat chat dengan diaorang langsung lah (yang hanya boleh chat masa office hours aje) nanti tuh. Harus lah aku, lama-lama nanti, akan jadi renggang, dan terus lupa dengan diaorang, kan? Ataupun diaorang yang akan lupa dengan aku.

Sayu rasa hati bila fikir kan semuanya tuh. Tak apa lah, aku masih boleh chat dengan yang lain-lain, yang boleh online kat rumah, pagi-pagi lepas aku balik kerja, sebelum aku tidur. Dapat sekejap pun oklah, setakat tanya khabar gitu-gitu.

Sesambil tuh aku kemas-kemas lah barang sesikit, tak ada sangat pun, bawak ajelah apa-apa yang patut. Nanti kalau aku off, boleh aku datang lagi ambil barang-barang yang lain. Aku beritahu Nila sama Mak dia yang aku nak pindah. Aku suruh hentikan pesan makanan untuk aku, dan aku beritahu yang sewa bulan depan mungkin aku bayar lambat sikit, semuanya bergantung bila aku akan dapat off nya. (Aku ada beritahu Lee yang kalaupun aku kena kerja 7 hari seminggu, aku nak jugak ada off sesekali dua dalam sebulan tuh). Aku bukan ker dah bayar sewa sampai hujung bulan, so tak ada masalahlah kalau aku just tinggalkan barang aku di bilik. Yang bulan depan punya sewa tuh, itu lain cerita. Terpaksalah aku bayar dua sewa dalam masa sesebulan dua nih, aku nak buat macamana kan? Bila dah settle nanti barulah aku akan lepaskan sewa di Philadelphia, atau kalau tak settle apa-apa, aku akan lepaskan sewa di New York dan balik ke Phila semula. I know I have to gamble but sometimes it pays to gamble kan?

Aku tak tahannya dengan Mak Nila lah, puas dia menakutkan aku, dia kata jangan kerja/pindah New York sebab semuanya mahal. "Kamu nanti ga punye temen, kamu sendirian. Kerja aja di sini, Ibu udah teleponin temen-temen tanya ada kerjaan gak buat kamu. Sabar aja lah", kata dia gitu. Aku kesian kat dia sebab mata pencarian dia hilang, iya lah kan, setiap hari aku beli nasi dari dia. Dan jugak, aku sure tak akan selamanya bayar sewa bilik lagi kan? Plan aku, kalau semuanya ok, bulan depanlah bulan terakhir aku bayar sewa kat apartment Mak Nila tuh. 

Mampuslah aku nak bayar dua sewa, kan? Kat New York bayar $400, kat Phila bayar $250.

Fikir-fikir benda tuh, sesambil chat kat tagboard, kat YM, buat aku jadi sedih, jadi sayu, jadi macam takut aje. Dan bila ada orang yang wish aku good luck, selamat jalan, semua gitu tuh, meruntun-runtun lah hati aku kan? Wakakakkaaka, terserlah sangat yang aku nih ketandusan kasih sayang. Tak apa, mana orang tahu, sebab aku selamba aje chat kat tagboard, walaupun masa tuh hati aku bagai disentap-sentap, dirobek-robek. Masa itu lah aku fikir, kalau lah aku ada diberi kesempatan, kalau lah masa tuh aku duit, ada peluang, aku nak balik Malaysia aje lah. Sudah lah hidup gaya begini, dah tak tahan dah aku nih. 

Tapi itu lah, itu semua di luar jangkauan aku, aku terpaksa kuat kan jugak diri aku nih, aku terpaksa teruskan hidup aku yang sebegini nih. Aku terpaksa degil kan diri aku nih. Cuma yang aku tak fahamnya, walaupun aku cuba mendegilkan diri, apa pasal airmata aku selalu sangat mengalir nya? Itu yang aku tak faham sangat tuh. 

Aku tertidur jugak akhirnya pagi tuh dan walaupun aku ada tersedar sebelum pukul 6, dan ada aku terfikir yang kalau aku berangkat pagi-pagi, aku boleh sampai New York lebih awal dan boleh ke rumah sewa sebelum perempuan tuan rumah tuh keluar (dia nak keluar pukul 11 pagi katanya), tapi aku ambil keputusan untuk blah di sebelah tengaharinya lah. So sempat lah aku pergi makan lontong sayur dulu kat kedai Indo tuh, beli sayur lodeh jugak untuk dibawak ke New York. 

"Ayuh, ini ada kerjaan buat kamu", kata Mak Nila sambil dia pass kan talipun kat aku. Terus lah aku kata kat perempuan Indo on the other end tuh yang aku dah ada kerja. Giat benar usaha-usaha Mak Nila, tak nak aku pindah dari situ. 

Ya ampun beratnya lah beg aku tuh, sebab aku sumbat macam-macam kat dalam tuh. Nescafe, gula, pinggan mangkuk pun aku sumbat aje. Iyalah, nanti aku tak payah buang duit dah nak beli benda tuh semua, kalau aku tinggalkan kat Phila, sure membazir aje kan? Aku heret barang nak ke subway, terberjumpa pulak dengan satu Indon yang aku kenal nih. Sembang-sembang kejap, tiba-tiba ada teksi berhenti betul-betul depan aku. Terus aje aku ternaik teksi tuh, sedangkan kalau aku naik subway pun apa salahnya kan? Token aku dah ada. Itulah aku nih, suka sangat membazir, so, terbang lah sepuluh dollars untuk tambang teksi tuh. 

Aku tidur di sepanjang perjalanan, cemuih dah rasanya berulang-alik ke New York. Sampai di Chinatown New York, terus aku ambil subway ke alamat yang perempuan tuan rumah tuh kasi aku. Kena tukar satu train aje, kira oklah, dalam setengah jam semuanya dari nak tunggu train, sampailah ke destinasi aku. Rupanya rumah tuh bukanlah dekat Lower Manhattan sangat, cuma melalui kawasan tuh aje. Di Brooklyn, Sunset Park nama tempat tuh. Dan kawasan tuh, aku tengok, dipenuhi dengan umat-umat Amerika Latin, dari South America. Semuanya Spanish-speaking punya orang. Tapi ok lah neighborhoodnya, rumah yang aku sewa tuh pun macam tersembunyi aje, ada pokok-pokok di sekeliling jalan. 



Tiba-tiba aku rasa macam seronok pulak, rasa macam aman aje, walaupun kadang tuh berdengung-dengung music budak-budak pasang kat depan rumah. Kecik jer bilik sewa aku tuh, tapi macam hotel jer rasanya sebab lengkap semuanya, ada meja, kerusi, tempat gantung baju, closet dan sebagainya. Aku duduk kat bilik yang menghadap jalan. Bilik utama tuh tuan rumah duduk, dia suami isteri. 

Lagi satu bilik tuh Mamat Bangladesh, yang aku rasa kerjanya bagus sebab aku tengok pakai suit aje. Macam pelakun aje gayanya, jenis Bangla yang lawa tuh. Tapi sombong gayanya, aku tegur pun dia macam nak tak nak aje jawab. Tapi tak kisah, aku tak ada urusan dengan dia. 

Kira oklah tuan rumah tuh, baik orangnya, dia siap suruh aku guna aje perkakas di rumah tuh, rice cooker ker, periuk belanga, kalau-kalau aku nak memasak. Aman rasanya di bilik tuh, so aku tidur sekejap. Petang baru lah aku keluar, beli apa-apa yang patut. Sepanjang jalan aku lalu tuh, macam-macam jenis kedai ada, kedai orang Cina, kedai orang India, semuanya ada. Pendek kata, memang tak ada masalah apanya lah kat area tuh.

Sampai ke malam aku tunggu, Lee masih belum talipun. Aik, semalam tuh beria-ia sangat kata nak talipun aku. Takkan lupa kot? Nampak gayanya, kalau dia tak talipun malam tuh, aku kena pergi jumpa MakCik Jenny balik semula lah, suruh dia cari kerja lain untuk aku. 

Tertension jugak lah aku bila fikir yang besoknya aku terpaksa cari kerja yang lain, buang duit lagi lah nampak gayanya. 

Tak apa.....

-------------------------

Besoknya, Jumaat, aku lepak aje pepagi tuh. Aku cadang nak keluar dalam pukul 12 gitu, nak pergi cari kerja kat tempat MakCik Jenny tuh lepas pergi Sembahyang Jumaat. Lagipun office agen-agen kerja semuanya bukak pukul 11, so tak guna jugak aku keluar awal-awal. Buat menghabiskan duit aje, sure ada aku terbeli apa-apa nanti tuh. 

Pukul 11 lebih aku talipun MakCik Jenny tapi tak ada jawab pun, dan tak lama lepas tuh aku dapat panggilan dari Lee, tokay kedai tuh. Aku perli dia sebab janji kata nak talipun aku semalamnya, hampir aku terbuat macam merajuk dan tak nak kerja di kedai dia tuh sebab dia tak talipun aku. Then di kata nombor talipun aku yang dia salin kat kertas tuh, hilang. Dan pagi tu terpaksa dia talipun Tina, untuk dapatkan nombor aku balik semula. 

Lee suruh aku datang ke kedai sebab Boss dia (bapak dia) nak jumpa aku, nak discuss pasal kerja. Aku kata aku boleh datang dalam 2 setengah gitu sebab jauh jugak aku nak ke Jackson Heights, Queens, ke masjid Bangladesh yang aku nak pergi tuh. Kedai Lee tuh di Brooklyn kan?

Aku rasa aku dah tahu macamana nak ke Upper Manhattan dari tempat aku tuh, tapi aku tersalah naik train. Aku ter-undur, sedangkan aku nak ke depan. Dah a few stations baru aku tersedar. Aku nih gitulah, patutnya aku ada map subway MTA tuh tapi nak berlagak kononnya. Kononnya aku tahu nak ke mana-mana, tapi I was wrong. Bila dah salah satu train tuh, mulalah salah semuanya. Nak tanya orang aku malas. Aku fikir, buat malu aje nak tanya orang sebab orang yang lembab aje yang kalau tak tahu jalan sikit aje, terus tanya orang, kan? Semua signs, arah dan nama trains, semuanya ada kan? Ikut aje lah kan? Kalau sign-sign tuh tak betul, not adequate, mengonfusedkan, sure ramai orang lain pun yang sesat kan? Gitu aku fikir. So aku sendiri-sendirilah cari macamana cara nak balik semula ke station yang aku tersesat tadinya tuh. Bengap aku nih, aku tak ada lah buat macam gelabah sangat, macam kampung sangat, tengok-tengok map kat dalam subway tuh, sebab tak nak orang tahu yang aku nih tersalah station kononnya. Aku buat macam selamba aje, sedangkan aku dah jauh menyimpang dari tujuan asal. Sampai ke Coney Island aku terpergi.

By the time aku nak naik train ke Jackson Heights, dah dekat pukul satu lebih, sure orang dah siap sembahyang. So aku patah balik ke Times Square sebab dari situ aku tahu macamana nak ke kedai tuh. Train yang mana satu, dan dari station mana yang aku perlu ambil.

Lee kenalkan aku dengan ayah dia yang tengah sibuk di kedai yang di sebelah grocery diaorang tuh. Rupanya diaorang bukak satu lagi kedai, jual barang-barang untuk binatang, macam pet store gitu. Besar dan luas kedainya. Bapak Lee tuh (Lee Tua) pandang aku atas bawah aje, tension aku dibuatnya. Sambil-sambil tuh macam-macamlah dia tanya. Kebanyakannya benda yang Lee dah tanya aku. Terbengang aku sebab aku rasa dia macam cerewet aje, sampaikan aku nak terkata, "dah, nak ambik aku kerja, ambik. Tak nak ambik, sudah. Jangan banyak cekadak" gitu. Last-last dia suruh aku datang besoknya untuk berlatih, belajar macamana nak kerja nanti. So, confirmed lah yang aku akan kerja di kedai diaorang tuh. 

Diaorang nak aku kerja shift malam, dari 8 malam sampai 8 pagi. Aku akan bekerja dengan satu orang lain yang kerjanya di bahagian stock, mengisi dan memenuhkan barang-barang yang nak dijual. Aku kerja di bahagian cash register. Dan diaorang nak aku kerja 7 hari seminggu, Lee Tua siap kata yang pekerja dia yang kerja shift malam, semuanya kerja setiap hari. Yang terakhir tuh, kerja 7 days a week for 3 years, tanpa sekali pun ambik day off. Last-last aku kata lah, beri aku masa seminggu, kalau diaorang tak suka aku, just kick me out.

Gajinya pulak, macam yang aku tulis kat entry bawah tuh, dibayar per hour, so kalau semakin banyak hours aku kerja, semakin banyaklah yang aku akan dapat. Dan Lee Tua janji yang gaji akan dinaikkan from time to time. Iya lah tuh. Macamana pun, katalah aku kerja setiap hari, dekat-dekat 3 ribu aku boleh dapat sebulan. Boleh banyak lah yang aku simpan kot, sebab aku tak akan ada masa nak belanjakan duit tuh kan, kalau aku kerja setiap hari. Terserlah lah ketamakan aku kan? Itu yang aku terbersetuju untuk kerja setiap hari. Macamana pun aku kata yang aku nak jugak off, walaupun sekali sebulan. Kalau dua kali, that's even better. 

Cuma aku rasa macam terkilan aje sebab masa bilanya aku nak enjoy-enjoy, cara aku kan? Dulu aku dah terbayang dah yang aku akan pergi tengok The Phantom Of The Opera kat Broadway. Aku dah terbayang yang aku pergi tengok MammaMia sekali lagi. Dan aku, sebelum tu pun, dah cari-cari info kat mana nak beli ticket concert Genesis (Turn It On Agan Tour) yang nak main kat Madison Square Garden bulan depan tuh. Oooppssss. 

So hancurlah segala impian dan hajat aku tuh nampak gayanya. Tak apalah, ini peluang aku nak kumpul duit sesikit, kata aku dalam hati. Just untuk menyedapkan hati aku sendiri. Tak apa, aku akan kerja dulu lah, kumpul duit, dah rasa comfortable nanti, baru berenti. Masa tu lah boleh enjoy-enjoy, kan? Laaa, belum kerja dah ada terfikir nak berhenti. 

Aku ke Chinatown sebab nak makan, pergi ke Skyway restaurant tuh, makan Assam Laksa. Tak berapa sedap laksanya, tak pekat langsung, macamana pun habis aku hirup kuahnya. Aku jalan slow-slow ke subway station, aku rasa macam happy jugak sebab aku rasa masalah aku dah selesai semuanya. Tengah tengok-tengok kedai di sepanjang jalan tuh, aku terdengar ada satu orang tua nih cakap Melayu on his cellphone. Aku dengar betul-betul, Cina gayanya, tapi cakap Melayu dia tuh bukan macam Melayu Indo. Dan, takkan pulak Cina cakap Melayu selancar itu kan? Aku jadi curious nak tahu siapa orang tuh. Melayu gayanya dia ni nih, kata aku dalam hati. So aku berdiri belakang dia. Lepas tuh dia masuk ke satu kedai minum nih, cakap-cakap dengan amoi yang jaga kedai tuh. Aku ikut masuk, aku order teh ais. Orang tua tuh sibuk mengeluarkan wallet dia, sambil tengok-tengok jam.

"PakCik, PakCik orang Melayu ker?", aku tanya orang tua tuh. Dia tak layan pun, dia tak dengar kot sebab dia tengah kusyuk dengan hal dia. 

"PakCik, PakCik orang Melayu ker?", aku tanya lagi, kali ini lebih kuat suara aku.