Monday, October 29, 2012

Ahad-Rabu23-27082009


Aku rasa macam aku membawak diri jer lah sekarang nih di bulan-bulan Puasa nih. Aku macam tak menyerlahkan diri sangat kat online. Nak update blog malas, kat tag pun aku jenguk gitu-gitu aje. Nak main game apa lagi lah kan? Dah tak ada apa yang nak dikejar nya dah pun.

So, sorang-sorang aje lah aku sekarang nih, di bulan Puasa yang mulia ini, tak kerap sangat aku online nya. Dan kalau aku online pun, macam tak ada mood aje, it's either sebab aku lapar, kekenyangan, atau mengantuk. Pagi-pagi aku tak online sebab lapar, ekekkekeke. Aku tidur aje biasanya kalau pagi sebab so far adalah 5 kali aku cuba tak tidur sampai Subuh. Baru sekali aku berjaya bangun Sahur selepas tidur for a few hours, yang lainnya semuanya bolos, sedar-sedar dah pukul 6 lebih. Tak sanggup aku, Puasa dah lah 13 jam, pagi-pagi lagi aku dah lapar. Itu yang sayu aje kalau terpandang benda-benda makanan yang ada kat bilik aku nih. 

Tapi, tidur pagi/siang, memanglah tak puas, kan? Selalu tersedar, selalu aku terbangun, itu yang buat aku tak pernah cukup tidur tuh. Sehari dalam 5 jam aje tidurnya. Dah tuh, kat apartment diaorang, mulalah aku mengantuk gila. Sampai tak boleh nak bukak mata. Kalau masa dalam train, aku tak tukar-tukar train lain, naik satu train aje, walaupun train local yang lama perjalanannya tuh. Tak kisah, aku boleh lelapkan mata, lagipun aku ada banyak masa, tak ada nak terkejar ke mana-mana. Tak payah nak pergi lunch, tak payah nak ke internet cafe.

Weekdays aku berbuka dengan cokelat Hershey yang memang sentiasa ada kat ruang tamu diaorang tuh. Sebab masa tuh biasanya aku tengah nak menyiapkan King Mongkut, so sambil-sambil tuh sempatlah aku telan cokelat kecik tuh. Diaorang dah tahu aku Puasa tapi aku tak lah kata yang aku kena berbuka time kerja sebab kalau diaorang tahu, sure diaorang suruh aku makan betul-betul. Dah lah aku cuma kerja 4 jam kan? So itu yang aku telan cokelat tu pun sorok-sorok. Lepas habis kerja, aku either singgah kat Pinang Restaurant kat Forest Hills atau aku ke Jackson Heights, makan kat kedai Paki tuh.

Tak sempat aku nak kejar Tarawikh walaupun aku turun kat Jackson Heights sebab itulah, aku makan dulu. Mamposlah kalau nak terus Tarawikh kan, tak makan-makan. Itu yang kalau weekdays aku Tarawikh buat sendiri aje, weekend aje aku boleh bertarawikh kat Masjid. Weekend jugak aku boleh berbuka dengan proper, so far dah dua kali, kedua-dua hari nya aku memasak.

Sahur pun tak ada apa sangat, makan aje lah apa yang ada, bukannya lalu nak makan pun sebab pun masih kenyang pun kan? Itu aje lah cerita pasal Puasa aku so far.

Pasal Majlis Makan Malam Bersama Anak Yatim Darul Izzah pulak. Syukur, sejak muncul Ramadhan, jumlah kutipan derma/pembayaran semakin meningkat. Rasanya ini lah gathering yang paling banyak kita dapat kumpul duit, kot?