Monday, October 29, 2012

Isnin,Selasa1011082009


So far aktiviti aku tak ada beza dari minggu lepas. Cuma Isnin aku tak ada kelas Spanish sebab Tim ada interview. So dapatlah aku sepagian melepak. In between tuh aku sempat jugak memasak, siap lari sekejap ke kedai Cina tuh beli ikan sama terung. Aku kasi masa dalam setengah jam aje untuk memasak, itu pasal buat gulai lemak ikan campur terung, cepat masak nya.

The rest of the day sama aje, sebelum masuk kerja, masuk internet cafe sekejap. Lepas balik kerja, ke Jackson Heights, makan dan masuk internet cafe for like half an hour. Balik rumah, lepas mandi-manda, Sembahyang, berinternet lagi for a few hours.

Walaupun nampak macam tak berfaedah aje tapi aku rasa masa aku tak berlalu begitu aje. Kalau dulu aku selalu termenung pasal rasa macam buang masa tak buat apa-apa, sekarang nih aku rasa masa aku berisi. Macam escapism jugak kadang tuh sebab aku terperasan yang semenjak dua menjak nih, aku langsung pun tak terfikir pasal kerja.
Selasa aje aku keluar awal sikit sebab kat luar panas gila, dalam low 90's gitu. First time kot this summer jadi panas macam tu tuh, semalam pun sama. So aku merayap sekejap kat Times Square, lepas tuh cadangnya nak ke Pinang Restaurant kat Forest Hills, tapi takut terlama pulak kat situ, so aku tapau sandwich ajelah buat makan masa kat internet cafe. On the way ke cafe tuh, tersinggahlah pulak kat gerai-gerai tepi jalan yang jual buku. Kesian aku menengok penjual tuh, perempuan Bangladesh gayanya, pakai tudung litup. Mulanya nak ambik dua tiga bijik buku Spanish yang level untuk budak-budak high school, tapi dia kata dia ada satu buku yang bagus. So aku rembat jugak buku tuh, 4 bijik semuanya. 

Masa melintas RadioShack, tah apa pasal tiba-tiba aku teringat nak beli mouse untuk laptop aku. Dah lebih 10 tahun aku pakai laptop, tak pernah laptop aku ada mouse pun, semuanya aku guna touchpad tuh. So, for the sake of membeli, itu yang aku terambik mouse seekor tuh. 

Selasa petang masa aku tengah menemankan King Mongkut tengok tv sementara tunggu David balik kerja, aku punyalah bosannya. Sebab aku nak tengok Cash Cab tapi King Mongkut tengok Whatever Martha, series yang langsung otak aku tak boleh terima. So aku ambik cellphone aku, bila aku on kan, aku tengok ada dua messages dari MamatGQ. Terhappy aku jadinya, terus segar bugar gitu aku dibuatnya. Mesej biasa aje, bertanya khabar. So lamalah kitaorang berbalas-balas mesej.

Aku tanya dia jugak, apa pasal bila aku bukak aje Facebook aku, selalu sangat profile dia yang keluar kat sebelah kanan page aku, sedangkan aku sama dia bukannya Facebook Buddy. Dia bukan on my list dan aku pun bukan on his. Walaupun aku selalu intai-intai Facebook dia, dan dia tak tahu pun aku ada Facebook account. Benda tuh dah lama menghantui aku sebenarnya, macamana Facebook tahu yang aku sama MamatGQ tuh kenal antara satu sama lain. Gelak aje aku bila baca jawapan MamatGQ, "It is because Facebook knows I miss seing you, my brother"

Simple words like that buat aku happy aje seharian.