Monday, October 29, 2012
Khamis-Ahad13-16082009
Biasa aje aktiviti seharian aku minggu nih, keluar pergi kerja right after Zohor, di hari aku tak ada kelas Spanish. Kalau ada kelas, aku keluar awal pagi jugak, breakfast kat luar, biasanya kat cafe yang ada internet access.
Minggu nih rasa macam jarang jumpa David, sebab dia either balik lewat atau dia keluar minum sama kawan dia. Hari Khamis malam aje ada kawan dia datang dinner kat apartment diaorang. Jumaat malam dia ada dinner, dan sebab kesian kan King Mongkut, aku temankan lah dia sampai pukul 9, dub-dab dub-dab hati aku bimbangkan terbalik lambat.
Jumaat malam, masa singgah kat Jackson Heights untuk beli nasik, aku beli bayam merah yang memang aku mengidam sangat tuh. Sebelum balik dari apartment diaorang, aku ambik shopping bag Nordstrom, so aku taruk bayam tuh dalam shopping bag tu lah, tak lah malu nak bawak masa dalam subway, sebab gaya macam baru balik shopping aje, sedangkan dalam bag tuh ada bayam, ekekekekek.
Sabtu kitaorang ke Roosevelt Mall lagi, lunch kat situ sebab sampai pun dah lewat. Tujuan diaorang ke mall sebab nak beli kad jemputan. Diaorang nak buat dinner sempena anniversary ke50 perkahwinan mak David (tapi ayah dia dah mati), bulan depan. So semua keluarga dia, dan jugak keluarga tiri dia (keluarga King Mongkut) akan dijemput, sebelum ini masing-masing buat hal keluarga masing-masing aje. Kalau di sebelah keluarga David ada ocassions, keluarga sebelah King Mongkut (keluarga tiri) tak ambik tahu pun. So kali ini semuanya akan dijemput, untuk kali pertama in years, kata David.
Tapi itulah, nak beli kad pun sampai ke mall perginya sedangkan kat kedai lain di Forest Hills tuh pun banyak kedai cards. Masuk dua tiga kedai, tak pun dibeli. Sebab mahal katanya. Ayooo, dalam sesedollar sekeping pun mahal? Last-last balik tak beli apa-apa pun.
Minggu depan dah Puasa, so terakhirlah aku tengok wayang minggu nih, itu yang aku ke Angelika Film Center, tengok filem Jordan, Captain Abu Raed judulnya. Best jugak filem nih, banyak menang awards.
Sunday aku seharian dengan King Mongkut sebab David keluar awal-awal pagi lagi, sedangkan aku masuk kerja pukul 11. The whole afternoon King Mongkut berak, so sementara tunggu dia siap, aku dapat tengok film kat tv, Prairie Home Companion (Meryl Streep, Lily Tomlin) yang aku pernah tengok masa kat Maryland dulu. Yang buat palatnya itulah, every few minutes aje ada King Mongkut tuh panggil aku suruh buat itu ini.
Lepas kerja aku terus ke Times Square, nak melepak sesekejap sebab cuaca pun elok, panas. Summer dah di penghujungnya. Lagipun bila dah Puasa nanti, tak kan nak merayap-rayap lagi kan?