Monday, October 29, 2012

Khamis-Ahad,27-30082009


Malas nya aku nak update blog, tak pernah aku semalas ini selama ini. Or rather tak pernah selama ini lamanya malas aku nak update blog. Blame it on Puasa? Tak, tapi sebab Puasa kot yang buat aku jadi malas gini nih. Letih, lapar, tak berapa sihat, dan tak ada apa yang nak diceritakan pun, itu penyebab utamanya.

Sejak Puasa, hampir setiap hari aku rasa tak berapa sihat, pening kepala, sebab lapar dan kurang tidur. Weekdays aku akan berjaga sampai Subuh sebab kalau nak tidur dan bangun sebelum Sahur tamat dalam pukul 4-40 am, jangan haraplah. Dah lah aku tidur pun pukul 12 lebih, aku sampai rumah pun kadang tuh dekat pukul 11 malam. Nak harapkan tidur di sepanjang hari sebelum pergi kerja, jangan harap lah. Lepas Subuh aku akan tidur, only to wake up at 9 am, lepas tuh tak boleh tidur dah, no matter how hard aku cuba nak lelapkan mata.

Weekends aje aku dapat rasa macam lengkap sikit Puasa aku sebab habis kerja, aku sempat balik ke rumah, have proper buka Puasa, then dapat Tarawikh kat masjid. Akan datang mungkin aku nak merayau berbuka kat masjid-masjid lain lah pulak.

Masa dalam train, masa kerja, waktu tu lah aku mengantuk yang teramat sangat. Habis kerja aku memang tak ada energy langsung. Kalau ikan tuh, sure dah berbuih mulutnya. Selalunya aku makan kat Jackson Heights aje, aku pun dah tejumpa satu lagi restoran yang aku suka, orang Bangladesh yang punya. Walaupun mahal makanannya tapi tak kisah sangatlah.

Dan sebab masa antara makan dan Sahur tuh tak lah selama mana, itu yang aku tak makan sangat for Sahur, takat makan sesikit apa yang ada, minum Milo, makan grapes, kurma dua tiga bijik.

Macam aku cakap itu hari, aku lebih suka menyendiri jer di bulan Puasa nih. As if di bulan-bulan lain aku tak menyendiri, kan? Ahaks!Tah pasal apa tah tapi aku macam malas jer nak menampakkan diri aku online. Nak buat apa-apa pun macam tak bersemangat gitu, itu antara sebab apasal aku malas nak update blog. Dan aku tak ada berjalan ke mana-mana pun di sepanjang Puasa nih, lebih banyak memerap di rumah aje. Walaupun ada a few events yang aku teringin nak pergi (konsert Pet Shop Boys contohnya) tapi aku buat macam tak tahu aje walaupun dalam hati aku meronta-ronta nak pergi.

So itu yang aku sorang-sorang, senyap-senyap, buat apa yang patut di bulan Puasa nih. Kalau naik train tuh, duduk belakangggggggggggggg sekali, sebab tak nak cepat sampai. Dan bila online tuh aku habiskan masa merayau-rayau ke sana-sini, main games etc.

Pathetic kan hidup aku? Tapi tak kisahlah, di sekeliling aku pun berkeliaran orang yang pathetic macam aku, yang lebih pathetic dari aku pun berlambak. Dengan kepathetican masing-masing. Selalu aku terfikir, as pathetic as it may sound, aku sering kali cuba comparekan kepathetican aku dengan kepathetican orang. It makes me feel good kadang tuh bila mengenangkan kepathetican aku tak lah seteruk kepathetican orang lain.

Contohnya, aku selalu fikir, like, "Pathetic nya dia nih, itu pun nak tulis kat Facebook". "Pathetic nya dia nih, every few seconds sure dia akan post something kat Facebook". 

David sama King Mongkut punya life pun selalu sangat buat aku terfikir, buat aku tercompare-compare, yang my life is not as pathetic daripada diaorang punya life.

Like last weekend contohnya, kitaorang ke mall lagi. Now, pergi ke Roosevelt Mall tuh every weekend bagi aku adalah ibu segala kepathetican. Motherfucker of all kepatheticans. Bukannya apa, nak beli pen sebatang pun ke situ perginya. Now that diaorang busy pasal nak menyiapkan invitation untuk anniversary dinner mak David (mak tiri King Mongkut), memancar-mancar lah kepathetican diaorang tuh. Kaler invitation card lah. Kaler stamp pun kena match dengan kaler tulisan kat card tuh. Kaler envelop kena sesuai dengan kaler sticker. Itu baru pasal invitation card. Belum pasal lain lagi, pasal nak booking restoran kat Amangasset tuh.

Belum aku cerita pasal setiap kali ke Mall, kitaorang akan masuk ke Apple Store sebab diaorang sedari dulu lagi dah nak beli komputer baru, tapi tak dibeli-beli jugak. Setiap minggu bila pergi store tuh macam-macamlah ditanya, benda-benda simple aje, like how to delete semua infomations diaorang yang ada kat computer. Like macamana nak set-up Apple computer sedangkan dah bertahun diaorang guna Apple. Benda-benda bodoh gitu lah yang aku buat bodah aje walaupun aku tahu macamana cara tapi I'm sure diaorang tak akan suruh aku buat sebab bagi diaorang mahal sangatlah harga Apple yang paling murah yang diaorang nak beli tuh, dalam $1199. Pathetic kan cara diaorang, tak macam aku. Kalau aku, dah aku rembat aje sebijik.



Ini rupa Roosevelt Mall tempat kitaorang merempit hampir setiap weekend.Kat bawah nih depan Apple Store, bayangkanlah King Mongkut nak masuk kat kedai yang sentiasa penuh dengan orang tuh.]



Eh, dah lah aku cerita pasal kepathetican aku dan kepathetican orang nih. Nak kata aku down, tak jugak cuma aku rasa tak ada mood aje semenjak dua menjak nih, itu yang bercelaru aje fikiran aku. Mungkin sebab perubahan cuaca kot, minggu depan dah Labor Day weekend, tanda berakhirnya Summer. Tak lama lagi dah kena berjacket-macket lah pulak, dan siang pun sekejap aje, malam jadi panjang. Itu yang buat depressed tuh.

Tapi tak apa lah, bukan aku sorang yang rasa depressed gitu, semua orang pun sama. Macam yang David selalu cakap kat aku, "Life's a big pile of shit. And then you die".