Monday, October 29, 2012

RabuKhamis1920082009


Macam banyak lah pulak waktu lompang sejak aku dah jarang main game kat FB nih. Sekarang, dalam sehari, 2 tiga kali aje aku main game, dulu sampai enam tujuh kali. 

So semalam (Rabu) sebab tak ada apa nak buat, aku mulah lah buat benda lain yang tak berfaedah. Aku start taruk lagu-lagu Raya kat blog aku. Tu dia, Puasa belum mula tapi lagu Raya dah berkemundang.

Aku ingatkan tak ada apa-apa lah bila mula dengar lagu-lagu tuh, tapi how wrong I was. Merembas aje airmata aku. Tapi aku teruskan jugak. Berjam-jam aku dengar lagu-lagu Raya tuh. Macam bodoh jer kan, dah sedih-sedih tuh tapi tetap jugak aku dengar. Degil aku nih. Aku perasan yang setiap tahun, dua tiga hari, sesemingu sebelum Puasa mula, memang aku selalu sedih. Itu yang aku nak layan sedih aku tuh, aku nak kasi airmata aku terus keluar. So that bila dah dekat Raya nanti, aku dah tak sedih sangat, dah tak ada airmata yang akan keluar.

On both days, aku tak ke internet cafe dah sebelum masuk kerja, aku melepak aje kat Secret Garden sebelum masuk kerja. Malam pun sama, lepas habis kerja aku tak singgah kat Jackson Heights dah, aku terus aje balik ke rumah. Itu yang dinner pun makan salad aje, ada satu kedai organic yang baru bukak kat area rumah sewa aku nih, best salad nya, macam salad kat SaladWorks. Jadi vegetarian aku nanti gayanya nih, asyik makan salad aje.

Selasa tengahari, on the way pergi kerja, singgah sekejap kat Times Square, cadangnya nak melepak kat Central Park tapi sebab aku lapar, itu yang tak lama tuh, terus aje aku ke Pinang Restaurant kat Forest Hills. Macamana lah Puasa nanti, aku sekarang nih cepat benar laparnya.



Rabu, awal pagi aku keluar ke Chinatown, nak beli barang-barang dapur lah untuk menyambut Puasa nih. Aku tahu yang macam membazir aje beli benda-benda tuh sebab aku bukannya nak memasak pun tapi rasa macam mengidam gitu. Lama aku kat supermarket Cina tuh, aku engsot sikit-sikit, aku belek satu-satu barang yang dijual. Aku ternampak belacan, cencalok. Then aku ternampak budu perbuatan Filipina, terus aku rembat sebotol.

Aku beli rebung dalam tin pun jugak walaupun aku macam takut-takut nak makan rebung nih, takut gatal tekak. Iyalah kan, tekak orang New York nih sensitif sikit, tak lalu nya makan makanan kampung nih. Masa kat area jual sayur, banyak jugak benda aku beli, siap dengan asam jawa lagi, belimbing besi, tah apa-apa tah aku beli. Membazir semuanya tuh, aku tau lah. Tapi itu lah, aku macam termengidam, tak makan pun tak apa lah asalkan aku dapat beli, kan? Aku beli sawi sama kangkung, nak rebus, nak cicah sama budu, hmmmmm, sedapnya, meleleh airliur. Kalau lah kat supermarket tuh ada jual maman, cemperai, atau pucuk paku, alangkan best nya. Pas tuh aku beli aiskrim potong, yang perasa durian sama keledek.




Lepas tuh singgah pulak kedai Arab Turki, beli ayam sama kurma. Letih bawak barang, sampai rumah terus aku sambung tidur. Tak kuasa lah aku nak memasak, makan kat luar lagi best, ekekekkeee.

Aku singgah Masjid Bay Ridge (kawasan ramai Arab) malam tadi sebab nak ambik jadual Puasa/Berbuka. Boleh cari kat internet tapi aku malas, lagipun aku nak tengok-tengok suasana masjid tuh sebab nanti senanglah aku nak Tarawikh ker apa-apa ker. Awal Puasa nanti Sahur nya habis pukul 4-45 pagi, dan berbuka Puasa dekat pukul 8. Dalam 15 jam gitu berpuasa. Tapi towards the end, Sahur tamat pukul 5 setengah, dan buka Puasa pukul 7. 13 jam setengah semuanya. Dan sebab masa berbuka tuh masa aku kerja (kecuali weekends), aku nak buat style tahun lepas jugaklah, sediakan cokelat kat dalam poket seluar.

Pasal kerja pun tak ada apa sangat nak cerita, David tengah sibuk cari restoran untuk lunch anniversary perkahwinan mak dia tuh. Tak sudah-sudah, dari satu restoran ke satu restoran dia menalipun. Lunch tuh awal Nov, bukannya bulan depan. Nampak gayanya akan dibuat di Manhasset, kat Asian Bistro. Mulanya dia nak buat kat Bann Thai kat Forest Hills tapi aku kata lah yang restoran tuh macam common sangat, dia kena buat pesta grand-grand sebab semua kawan dan sedara dia kalau buat pesta, semuanya hebat-hebat belaka.

Malam esok diaorang nak ke apartment kawan diaorang couple Mat Salleh + Minah Thai tuh, sure lambat baliknya sebab diaorang tuh kalau dah bersembang sure lama. Macamana aku nak Tarawikh nanti tuh, tak kan malam pertama dah kena buat sendiri aje kan?

Oh yes, aku ada dapat a few emails, ada orang mintak alamat aku sebab nak hantar barang kat aku sempena Puasa/Raya nih. Thanks tapi aku rasa tahun nih aku tak nak terima apa-apa lah. Bukan macam tahun lepas, hampir setiap hari aku ke Pejabat Pos kan, sebab nak ambik barang kiriman peminat hantar, ekekekkee. Anggaplah aku macam artis pencen, yang telah dilupakan. Seriously, aku tak nak sapa-sapa pun kirim barang kat aku ,alamat aku yang kat blog nih dah tak boleh pakai, aku "dah pindah", ekekekkeke. Atau kalau ada sesiapa yang nak kirim sangat, sedekah kan aje benda-benda tuh kat Anak-Anak Yatim Darul Izzah, boleh?