Monday, October 29, 2012

Selasa-Ahad04-09082009

Tiba lah mode malas nak update nih, tak ada apa sangat pun nak diupdate kan. Sebelum tuh, ini dua gambar yang aku ambik masa wedding ituhari. 






Macam hari-hari sebelumnya jugak, routine aku macam sama aje sekarang nih. Mood untuk memasak masih belum timbul, itu yang hari-hari masih makan kat luar. Malam-malam pulak, habis aje kerja aku tak terus balik ke rumah. Instead aku turun di Jackson Heights, samada dinner kat kedai Paki tuh atau tapau makanan kat food carts halal yang banyak berteraburan di kawasan ramai Pakis/Indians/Banglas tuh.

Best rasanya jalan-jalan di waktu malam kat kawasan tuh, macam kat kawasan masjid India aje. Aku tak berapa berani merayap kat kawasan ramai Latin Americans sebab diaorang nih kasar sikit. Lagipun diaorang ingatkan aku pun dari South America, diaorang cakap Spanish dengan aku laju aje sedangkan aku merangkak-rangkak nak faham apa yang diaorang tanya.

Jarang dah aku melepak kat tempat-tempat lain sebab kalau melepak kat Chelsea atau Meatpacking District, aku rasa macam rendah diri sangat sebab kat situ Mat Salleh semuanya. Yang kelas-kelas. Kat Union Square atau West Village, atau East Village, atau Greenwich Village pulak, kat situ orang-orang seni, muda-muda, aku pun rasa tak serasi aje nak melepak kat sana. Kat Times Square, Rockerfeller Center pulak, aku rasa macam buang masa aje sebab situ ramai tourist aje, bosan aku menengoknya diaorang tuh, macam kampung sangat, terpanjat sana sini nak ambik gambar. 




Jumaat

Cepat sungguh rasanya minggu nih berlalu, kejap aje dah Jumaat. Aku tak ke mana-mana pun seminggu nih, kecuali ke kelas Spanish aku last Monday and Wednesday. Selebihnya di rumah aje, melepak sebelum pergi kerja. Yang aku keluar merayau pun malam aje, itupun sekejap, kat Jackson Heights.

Rasa-rasanya Puasa nanti pun macam ini jugak routine aku, nak turun kat Jackson Heights aje lepas habis kerja, boleh Tarawikh kat situ. Cuma masalahnya, Jackson Heights ke rumah sewa aku ada dalam sejam perjalanan, lebih baik aku terus balik aje kot, sembahyang kat Masjid Turki kat area rumah aku tuh, save masa sikit kot?

Itulah, Puasa `dah dekat nih, kena plan dari sekarang. Kat Masjid Jackson Heights tadi pun aku tengok macam ada perubahan jer, semakin ramai orang yang datang Sembahyang Jumaat, sampai jauh keluar masjid dibentang plastik. Biasanya takat di kaki lima Masjid aje tapi tadi tuh melimpah ruah. Baguslah macam tuh.



David sejak seseminggu nih asyik nak marah kat King Mongkut aje, selalu diungkit-ungkit pasal wedding minggu lepas tuh. Dia kata keluarga tiri dia tuh tak suka dia. Bukan aje dia tapi King Mongkut jugak. Bayangkanlah, masa wedding ituhari, kakak King Mongkut, pengantin, mak King Mongkut (semuanya tuh keluarga tiri David), sekali pun tak ajak diaorang bergambar sama-sama, walaupun banyak family photos lain yang diambik.

Aku sendiri pun terperasan yang kakak King Mongkut langsung tak tegur King Mongkut, apa tah lagi David. She was so cold towards them, itu pemerhatian aku. So itu yang David hangin sangat tuh, hampir tiap kali dinner dia akan bukak cerita pasal tuh, selalu dia compare kan layanan keluarga dia terhadap King Mongkut (keluarga tiri King Mongkut).

Sabtu

Dah tahu harinih banyak program nya, David ke gym jugak. Dia tuh gaya aje lebih, bukannya buat exercise sangat pun, banyak bersembang dengan kawan dia tuh aje (dia pergi bertiga sama kawan dia). Kalau lah dia betul-betul exercise, sure badan tak sebesar itu, tak ada perubahan apa pun yang aku tengok sejak mula aku kenal dia nih.

Mulanya kitaorang ke Source Mall tengahari tadi, nak pulangkan seluar yang King Mongkut tersalah beli ituhari. Lepas tuh terus ke Roosevelt Mall, walaupun cadangnya nak sekejap aje tapi terlama jugak jadinya. Kitaorang lunch kat Food Court kat situ, yang aku tengok, most of the tokays adalah orang Cina dan India. Western foods punya kedai pun tokay dia orang Asia.

Sampai semula kat Forest Hills ngam-ngam pukul 4-30 petang, kelam kelibut semuanya sebab by 5-30 diaorang dah nak bertolak ke The Hamptons, ada birthday kawan diaorang. David beritahu aku yang mulanya dia nak ajak aku jugak tapi dia kesian kat aku sebab two weekends in a row kerja sampai tengah malam, a bit too much lah kan?

Macam biasa, lepas sejam kat internet cafe, aku tapau nasi yang kat food cart yang tokay dia dah jadi baik dengan aku sampaikan soda dikasi free. Cadangnya nak makan kat rumah tapi aku lapar sangat, terus ambik F train, aku turun di Bryant's Park, makan kat situ. Melepak sekejap kat Times Square tapi ramai sangat orang, tambah-tambah ada dibuat live pasal operasi menyelamat kat Hudson River, tempat plane berlanggar sama helicopter petang tadi tuh.

Ahad


Harinih masuk kerja pukul 11 sebab memang tak ada plan nak ke mana-mana pun, lagipun diaorang sure letih balik dari birthday party semalam, itu yang aku mintak masuk lewat tuh. Masa aku sampai, David dah ke gym, so macam biasalah aku sama King Mongkut aje.

Masa King Mongkut nak berak tadi, dia suruh aku guna ubat yang macam peluru senapang tuh, instead of guna saline enema. Ini kali kedua aku guna ubat tuh. Bosan aku sebab kalau guna enama, senang aje, cucuk jer ke jubur dia tuh sebab muncung botol enema tuh panjang. Guna ubat nih, kena tanam betul-betul kat jubur dia. Nak tergelak aku sebab aku fikir, ini lah balasannya sebab selalu sangat bercucuk tanam kat FarmTown tuh. Ambik ko, kena bercucuk tanam kat jubur King Mongkut pulak.

Mulanya aku nak tanamkan ubat tuh masa dia di katil, senang sikit kot, masukkan ubat tuh, then pantakkan dengan tukul, ekekekke. Tapi, King Mongkut takut kalau-kalau dia terus terberak sebelum aku sempat usung dia ke bilikair. Sedangkan ubat tuh takes like 15 minutes nak bertindak balas. So aku ikutkan aje lah kehendak dia, tanam ubat tuh masa dia di throne. Puas aku mencari lubang jubur dia, nasib baiklah aku pakai gloves, aku tekan-tekan dengan ubat tuh, tak ada pun permukaan yang lembut, yang membolehkan ubat tuh menyelinap masuk. Bila dah jumpa tuh, bila aku masukkan ubat tuh, aku picit-picit pipi jubur dia, nak kasi ubat tuh termasuk ke dalam. Tak kan aku nak suruh dia kemutkan jubur dia kasi ubat tuh masuk, kan? Ekekekekeke

So, lama lah King Mongkut kat bilikair, aku ke dapur tengok tv, tengok MammaMia!. Walaupun aku ada dvd filem tuh kat rumah tapi aku tak pernah tengok pun, lebih seronok tengok kat tv, masa-masa kerja. Tapi itulah, tak aman aku dibuatnya, ada aje King Mongkut suruh aku buat itu ini.

Lepas lunch punya lah bosannya sebab tak ada nak buat apa, David kat bilik King Mongkut, sesambil tengok tv, sesambil buat paper works dia. So aku melayan King Mongkut di dapur, tengok tv sama dia. Bosan jugak dia agaknya terus dia suruh aku angkut dia ke katil, nak diurut. Merengus aku sebab masa tuh belum pukul 3 pun, nak tunggu buat catherter pukul 4 lebih, ada sejam lebih aku kena mengurut dia. Mampos! David ada pulak kat bilik tuh, kalau dia tak ada kat apartment, senang sikit, aku taruk aje tangan kat badan King Mongkut, pas tuh aku lelap. Tapi sebab dia ada, terpaksalah aku tahan mata aku dari terlelap.

"It's going to rain, Joe", kata Davd lepas dia habis buat kerja. "You wanna leave early?", King Mongkut tanya aku. Terus segar bugar aku jadinya. Tapi David marah kat King Mongkut sebab dah lah harinih masuk kerja lewat sejam, tak kan nak suruh aku balik awal sejam, kan? Sikitlah gaji aku nanti. Terus aku cakap yang aku don't mind balik awal, daripada duduk situ tak ada kerja. Lepas buat catherter, memang tak ada kerja dah. King Mongkut suruh aku stay sampai pukul 5 tapi aku katalah aku tak nak, so terus aku buat catherter kat dia. Siap-siapkan buat benda lain, pukul 4 aku pun blah.

Terpaksa tukar plan yang dah aku rancang dari semalam. Turun kat Jackson Heights sekejap sebab nak ke internet cafe. Lepas tuh ke kedai Paki makan beriyani lauk kambing. Then ambik Train 7 ke Times Square, sebab nak tengok wayang kat AMC, filem Julie & Julia. Lakunan Meryl Streep sama Amy Adams (dua-duanya dulu dalam filem Doubt), walaupun kisah masakan, tapi sebab Meryl Streep berlakun, itu yang aku tengok tuh. Apa-apa filem yang dia ada berlakun, sure aku tengok. Oklah filemnya, once again Meryl Streep punya lakunan memang kelas, first contender untuk Oscar tahun depan agaknya.