Sunday, October 28, 2012

Isnin03082009


Lena jer aku tidur semalam walaupun jauh di sudut hati aku, aku sayu sebab laptop tiada di samping aku. Mungkin jugak sebab the thought yang internet cafes ada di sekeliling pinggang, just a few steps away, itu yang buat aku tak ada lah gundah gulana sangat tuh.

Macamana pun, awal-awal pagi aku dah bangun, aku nak cari kedai repair laptop. Pukul 9 aku dah keluar, dari satu kedai ke satu kedai aku pergi tapi semuanya belum dibuka. Diaorang nih, kalau nak bisnes tuh, buatlah cara nak bisnes kan? Kalau nak tidur, then tengahari baru nak bukak kedai, tak payahlah nak bisnes, kan? Menyusahkan orang aje.

So aku pergi breakfast dulu, sekali teguk kopi, sekali aku jeling ke arah kedai komputer di seberang jalan tuh. Lebar jer aku senyum bila nampak tokay kedai tuh bukak kedai dia. So, laptop aku kena diuninstall semuanya, dia suruh datang dalam masa 3 jam lagi tapi aku kata aku akan datang besok pagi aje. Sebab aku nih penyabar orangnya, dan life aku tak lah bergantung kepada internet semata-mata. Kan? 

Lepas tuh terus aje lah aku ke Park Slope, harinih ada kelas Spanish. Tim macam tak ada semangat jer mengajar aku, mungkin sebab aku macam tak ada semangat jer nak belajar. Iyalah, dah 12 jam aku tak online, semangat aku jadi weak gitu, perlu dicharge segera.

Aku pergi lunch kat Pinang Restaurant lagi harinih. Sejak minggu lepas, ini kali keempat kot. Tak ada nampak pun waiter Indon tuh, waiters lain pun tak ada. Yang ada cuma tokay sama bini dan anak-anak dia, sama delivery guy mamat Tibet yang dah bertahun kerja di situ tuh. Tak kan semuanya dah berhenti kerja, kot?

Yang peliknya kan, tokay tuh macam tak nampak jer aku, sedangkan tak ada lah ramai pun orang yang makan kat situ masa tuh. Biasanya bila aku duduk, dia pun sama tarik kerusi duduk semeja dengan aku, then bini dia pun sama menyembang. Tapi tadi tuh, bini dia sibuk menalipun, dia melepak tengok tv aje. Tak kan dia takut aku mintak rokok dia kot?

Lepas makan nasi lauk sotong goreng belacan campur bendi, lama jugak aku tunggu diaorang nak serve bubur pulut hitam (part of that lunch special sebenarnya) tapi masing-masing buat donno jer. Macamlah aku tak exist. Inilah payahnya kalau selalu sangat makan kat satu tempat nih, diaorang malas melayannya. So aku blah aje lah, dengan sebak dan hiba berbuku di hati *mode Apalah Daya Orang Tak Suka*. Macamana pun aku kasi 30% tips, aku kena maintain kebaikan aku, kan?

Aku sampai aje apartment diaorang, kelam kabut King Mongkut suruh aku buat itu ini. Suruh pergi beli pea soup lah, suruh angkat dia ke throne pasal dia nak berak lah, suruh menalipun kakak dia lah, macam-macam. Biasanya bila aku sampai aje, terus aku angkat dia ke katil untuk diurut, tapi tadi tuh sebab dia ke doktor, di sebelah pagi nya itu pasal banyak benda yang tak terbuat tuh.

Habis kerja aku melepak kat Jackson Heights lagi, tapau nasi. Pukul 12 tengah malam, aku ke internet cafe depan rumah aku nih sekejap. Sekejap-sekejap pun adalah dalam 2 jam. Tak sabar nak tunggu pagi, nak pergi ambik laptop aku.