Thursday, October 18, 2012

Ahad07122008


Since semalam diaorang dah keluar, harinih David/Hal lepak kat apartment aje lah seharian. David aje yang ke gym pagi tadi, dan sementara dia keluar tuh, masa tu lah aku menyiapkan Hal, jugak bersih-bersihkan apa yang patut, yang selalunya aku buat kalau weekends.

Lepas lunch, tolong David menyusun gambar-gambar. Ada dalam 20 keping gambar-gambar antik kat apartment diaorang tuh, mostly hasil peninggalan mendiang bapak diaorang. Itu yang semuanya digantung kat bilik masing-masing, kat ruang tamu. Dekat dua jam jugak mengerjakan semuanya tuh, aku tak nampak beza nya pun tapi David/Hal kata diaorang punya apartment "looks more beautiful". 

Lepas tuh, macam biasalah, aktiviti hari minggu, tengok DVD. Kitaorang tengok filem Shanghai Kiss (diaorang nih suka cerita Cina), best jugak film tuh, aku pun tersuka jadinya. Diaorang apa tah lagi kan, jenis yang tepuk tangan lepas tengok film tuh. Sabar jer lah. 

Dah dua Ahads, lepas kerja, aku pergi tengok wayang sama Jay, kan? Tapi minggu ini malas pulak aku nak tengok wayang (simply pasal tak ada filem best yang aku nak tengok), itu yang aku tak contact Jay pun. Masa dalam train baru aku fikir, nak ke mana halatuju aku sebab biasanya Sunday lah hari yang aku tunggu-tunggu. Tapi, bila train sampai ke Rockerfeler Center subway, aku tengok, ramai orang. Kat Times Square station pun ramai orang. Kat 34th Street pun ramai orang. So aku buat keputusan nak terus balik ke rumah aje lah. Esok dah lah Raya Haji kan, tak best lah nak merayap-rayap malam-malam Raya kan? Aku ni kan ker ahli PAS seumur hidup? Ekekekkekee

Singgah sekejap kat Redang Island Restaurant, makan Assam Laksa. Then ke Masjid sebab nak tahu pukul berapa Sembahyang Raya mula esok pagi. Itu aje lah yang aku buat malam nih. Awal jugak aku tidur, only to wake up in the middle of the night pasal tak boleh nak tidur semula dah.