Thursday, October 18, 2012

JumaatSabtu2829112008


Hari nih aku tukar style, aku tak sembahyang Jumaat kat Jackson Heights. Instead aku sembahyang kat Bay Ridge, dalam setengah jam jalan kaki dari rumah sewa aku nih. Ada satu lagi masjid yang dekat rumah sewa aku nih, masjid Turki tuh, tapi aku saja jer lah ke masjid Bay Ridge tuh. Lagipun aku ada banyak masa, tak buat benda lain pun sebelum dan sesudah Sembahyang. 

David sama kembar dia sekeluarga keluar minum, dinner, kat Chelsea sejak petang so aku sama Hal aje lah kat apartment. Macam biasa, Hal, kalau David tak ada, dia akan suruh aku urut dia lama sikit. Sebab dia tak payah nak tergesa-gesa. Kalau David ada, dia macam takut aje, takut David nak guna bilik air lah, takut tak sempat dinner lah, itu yang dia selalu suruh aku buat cepat-cepat baisanya tuh. 

Masa aku tengah buat catherter, masa tengah cabut plastic tube dari lubang kote Hal, terkejut aku, sebab ada kesan darah. Nak kata dia kencing darah, bukan agaknya sebab darah tuh sikit aje. Aku rasa, darah sebab luka kot, sebab mungkin hujung tube tuh bila dimasukkan ke dalam lubang kote Hal tuh, terkenalah kat dinding lubang kote dia tuh kot. Agaknya lah.

Hal selalu komplen kata aku taruk banyak KY gel kat tube tuh, so for the last few days aku taruk sikit aje benda pelincir tuh, dan bila nak masukkan tube tuh ke dalam lubang kote dia, aku kena push sikit tube tuh. Agaknya, agaknya lah kan, itu yang berdarah tuh, terluka kot bahagian dalam dinding kote dia tuh. Lantak ko lah, bukan salah aku, dia yang suruh taruk gel tuh sikit aje. 

Punyalah bosannya lepas tuh, masa nak tunggu time Hal nak dinner, sebab kitaorang tengok tv aje. Cash Cab pun tak ada kat Discovery Channel, Hal pulak tengok I Love Lucy. So aku, for the first time, keluarkan cellphone (sebelum ini aku tak pernah pun guna cellphone masa kerja) aku sms-ed Jay, beritahu dia yang aku nak tengok wayang Sunday nih, kalau dia nak join aku, aku ok aje. Aku suruh dia tunggu kat Lincoln Square AMC pukul 6 malam. Dia setuju.

Masa aku nak ke kedai Pizza untuk beli dinner Hal, terserempak dengan John, doorman yang dulu kena buang kerja tuh. Dah sebulan dia kerja semula. Kebetulan dia tengah on break so dia ikut aku. Aku dah agak dah yang mesti ada benda nih, sebab tak pernah-pernah dia ikut aku ke kedai, ataupun peramah sangat macam tuh. Memang betul pun, dia cerita pasal dia, akhirnya sampailah ke matlamat sebenar - dia tak ada duit for dinner. So dia tanya aku kalau-kalau aku ada duit, dia nak "pinjam", so aku tanyalah berapa, dia kata $5. Aku kasi aje lah kat dia.

Sabtu.

Since harini aku akan kerja sampai 8 malam, aku datang kerja lewat sejam. Aku sampai kat apartment David/Hal pukul 11. Aku dah rasa tak sedap hati aje sebab the whole day aku akan jaga Hal, nak buat apa kan? Tak kan nak tengok tv aje kerjanya? Tapi, bila aku sampai, David kata Hal nak tengok wayang, so dia tanya aku kalau-kalau aku boleh bawak Hal ke panggung sorang-sorang. Aku setuju aje lah. 

Nasib baik lah dia nak tengok Role Models, cerita comedy bodoh yang tak lah bodoh sangat. Aku dah terpanik dah mulanya, takut-takut dia nak tengok Madagascar ker, Bolt ker, ataupun Twilight. Hal tuh, jenis tua bangka tapi suka tengok wayang budak-budak, filem bodoh-bodoh gitu. Jauh beza dari aku yang suka tengok filem serious kan?

David blah pukul 12-30, so aku ada masa dua jam lebih sikit untuk menyiapkan Hal. Tapi si Hal tuh, lepas cukur, cuci muka, semuanya, dia nak lepak sekejap kat katil sebelum berpakaian. Dia suruh aku urut dia dulu dalam setengah jam gitu sebab dia kata dia lenguh lama sangat kat atas wheel chair. Nak buat catherter lagi lepas tuh, aku dah agak dah yang itu semua ambik masa. Tapi aku senyapkan aje, aku buat aje apa yang dia suruh. 

By 1-30 pm baru siap semuanya, so kena sediakan lunch pulak. Siapkan tuna sandwich. Masa tuh baru dia terperasan agaknya yang kitaorang dah tak cukup masa sebab kena ada kat panggung dalam 2-15 pm gitu sebab nak naikkan scooter dia kat tempat orang cacat tuh pun ambik masa. So, masa aku suapkan dia makanan, kelam kabut dia menelannya. Aku buat selamba aje tapi dia lah, lepas seketul, seketul lagi dia suruh suapkan dia. Dia kunyah cepat-cepat, laju-laju, sampai tercekik. Sampai termuntah-muntah, bersembur makanan kat kitchen cabinet. Nak tergelak aku menengoknya tapi aku senyapkan aje. Dalam hati aku aje yang kata, "padan muka ko". 

We made it akhirnya, sampai kat panggung pun ngam-ngam wayang main. Dalam panggung pulak, sebab panggung tuh macam mencuram ke depan, aku suruh Hal park scooter dia kat depan, kat bahagian yang rata, tapi dia kata dekat sangat dengan screen. Aku biarkan aje. So, sepanjang tengok wayang tuh, puaslah dia menahan badan dia dari tersungkur ke depan. Aku jeling-jeling jugak, siksa gayanya dia duduk kat scooter yang condong ke depan tuh, tapi dah dia yang degil, nak menyusahkan diri sendiri, aku nak buat macamana kan? Hal tuh memang jenis bengap gitu kadangnya. 

Oklah film Role Model tuh, cerita lawak bodoh, tapi tak lah bodoh sangat macam cerita You Don't Mess With The Zohan ituhari. 




Sampai rumah pukul 5 malam, sekejap aje rasanya menunggu 8 malam sebab aku sibuk nak bersih-bersihkan apartment, sediakan Hal dinner, lepas tuh menyiapkan dia tidur. Masa aku blah tuh David belum balik tapi Hal kata tak payah tunggu lah sebab dia pun dah nak tidur. So aku tinggalkan dia sambil tengok tv dari katil, with his phone dan remote control kat sebelah dia.

Aku tak singgah mana-mana dah macam malam-malam hari Sabtu selalunya, iyalah kan, waktu pun dah lewat, esok aku kena kerja pagi.