Thursday, October 18, 2012

Isnin08122008


Shoot! Aku terlambat bangun tadi, sedangkan Sembahyang Raya pukul 8. Itulah, semalam, walaupun aku tidur awal, tapi aku terjaga tengah malam, then aku tengok Amazing Race Finale kat internet, itu yang tidur lambat tuh. Berlari-lari anak aku ke masjid, tak sempat mandi pun, tak pakai contacts lagi. Ngam-ngam aku sampai, Sembahyang Raya pun mula.

Lepas tuh aku ke restoran Mexican, cari breakfast. Biasalah kalau aku ke situ, sure makan omelett. Then masa masuk rumah, aku tengok ada kad dari Pejabat Pos. Wow, ada parcel lagi untuk aku. 3 hari berturut-turut dapat parcel, femes sangat ker aku nih sampai bertali arus orang hantar barang. Ekekekeke.

Terus aje lah aku ke Pejabat Pos, tapi kerani tuh suruh datang esok sebab parcel tuh masih kat Posmen yang cuba hantar kat aku tapi masa dia sampai tuh tak ada orang bukak pintu, itu yang dia tinggalkan kad tuh. Sapa punya parcel lah nih?

Cadangnya nak beli barang dapur sebab plan aku, minggu nih aku nak memasak. Tapi sejuk sangat pulak tuh, nak ke kedai jadi malas. Dari seminggu ke seminggu aku nih plan nak memasak, tak pernah jadi.

Pukul 10 aku keluar, sejuk pun sejuk lah, aku nak merayau. Aku turun kat Canal Street, kat Chinatown. Lama dah aku tak ke daerah tuh, kalau dulu, zaman aku susah-susah dulu, kat Chinatown lah tempat aku membawak diri. Sekarang nih, masih susah lagi, tapi tak lah sesusah dulu. Anytime jer boleh susah macam dulu tuh benarnya, kuasa Tuhan, kan?

Merayau-rayau gitu lah kat Chinatown tuh, macam kat mana-mana tempat lain kawasan ramai Cina, crowded, chaotic dan berbau tengik. Then aku ke agen kerja yang selalu aku pergi dulu tuh. Bukan nak cari kerja, tapi saja jer nak tengok keadaan, entah-entah boleh jumpa member, budak-budak Indo.


[Begini lah keadaannya tempat mencari kerja kat Chinatown New York. Ini gambar kat tempat Mei-Mei, Cina Malaysia tuh]


Dari Chinatown, aku naik N train, singgah kat Port Authority Bus Terminal kat 42nd Street, sebab aku nak terkencing sangat. Lepas tuh merayau aje lah kat Times Square, kat Bryant Park, kat area-area tuh. Walaupun sejuk tapi berpeluh jugak aku sebab asyik jalan aje, best pulak rasanya sebab dah lama tak merempit siang-siang. Biasanya aku jalan malam-malam aje kan?



[Kat Bryant Park - One of Leonardo DiCaprio punya apartment, kat penthouse Bryant Park Hotel, dia selalu lepak di situ ]



[Nampak dak apa yang tulis kat atas tuh? Bagus punya nasihat ekekeke]



[Nih aku nampak masa dalam train subway]

Dah bosan kat area tuh, aku naik subway lagi, turun kat Jackson Heights, tak tahu nak ke mana, aku masuk internet cafe aje lah. Then sambung balik naik subway, turun kat Elmhurst, ke Restoran Indo, Minangsari. Ramai pulak orang hari nih kat restoran tuh, walaupun masa tuh dah pukul 3-30 pm. Makan lontong sayur sama minum teh es Malaysia, dan tapau sambal tumis cumi (sotong) untuk dinner malam nanti dan esok.

Jauh aku berjalan harinih, tapi aku rasa macam puas hati aje, sesuai dengan lagu yang dipasang kat restoran tuh, asyik diulang-ulang lagu yang sama.


ini dia si jali-jali
lagunya enak lagunya enak merdu sekali
capek sedikit tidak perduli sayang
asalkan tuan, asalkan tuan senang di hati

palinglah enak si mangga udang
hei sayang disayang, pohonnya tinggi, pohonnya tinggi buahnya jarang
palinglah enak si orang bujang sayang
kemana pergi, kemana pergi tiada yang m'larang