Thursday, October 18, 2012

Khamis11122008


Dear Diary, entry nih aku kena tulis detail sikitlah. Bukan apa Dear Diary, aku takut nanti kau "tak faham". 

Dear Diary, 

kau tau kan yang semalam panas sikit dari biasa. Bukan panas apa, suhu ada lah dalam high 60's gitu, memang peliklah kalau suhu sampai tinggi begitu di musim winter nih. So, malam tadi, aku tidur buka tingkap. Saja nak kasi angin masuk. Sebelum tidur aku taruk cellphone aku kat tepi tingkap, memang biasanya gitu aku buat sebab susah sikit aku nak capai cellphone tuh kalau alarm berbunyi. 

Seronok pulak aku tidur sebab lepas Subuh, hujan turun, lebat. Dalam pukul 11 gitu baru aku bangun for breakfast, nak keluar pun hujan lebat, kan? Masa tengah mandi baru aku teringat yang cellphone aku entah-entah terkena tempias hujan. 

Memang betul pun, bila aku check, basah habis cellphone aku. Dan tak nak on pulak tuh. Aku on-on, dia tak on. Aku on-on, dia tak on. Terus terpanik aku. Kena beli cellphone baru nampak gayanya nih. Tapi, sebab aku nih sabar orangnya, aku beri diri aku masa selama sehari, kalau by tomorrow masih tak boleh di-on kan cellphone tuh, aku kena beli yang baru lah. Puas lah aku mengeringkan cellphone tuh, aku lap, aku halakan depan kipas, aku taruk kat cooker pun jugak, nak kasi kering. Tapi masih jugak tak boleh pakai cellphone aku tuh. 

Kau tahu lah kan Dear Diary, aku nih, walaupun cellphone aku jarang sangat berbunyi, tapi bila dia rosak tuh, mula lah aku jadi tak tentu arah. Iyalah, entah-entah PakCik kat Connecticut tuh talipun aku. Entah-entah MamatGQ ada sms aku. Entah-entah Jay ada talipun ajak tengok wayang. Entah-entah member aku ada talipun, nak beritahu aku yang parcel untuk aku tuh dia dah hantar, sebab sampai sekarang pun belum ada parcel dari dia sedangkan ituhari dia dah kata yang dia ada barang nak hantar kat aku. Entah-entah ada orang lain nak talipun aku. 

Rasa macam putus hubungan dengan dunia luar bila tak ada cellphone nih, sedangkan aku tahu, selama ini cellphone aku tuh fungsi nya tak lebih sebagai alarm clock aje. 

So, dalam pada itu, aku dah berkira-kira yang aku kena beli phone baru. Yang best nya dengan aku nih kan Dear Diary, kalau aku ada masalah, aku lebih cenderung kepada cari dan ambik jalan mudah, aku akan lupakan masalah tuh dan ambil penyelesain yang paling mudah. Buat apa aku menangis meratap memikirkan masalah, kan? Baik aku buang terus masalah tuh. In this case, buat apa aku bertungkus lumus cuba menyelamatkan cellphone aku, hantar repair ker, tunggu sampai satu masa entah-entah cellphone tuh akan terelok semula. Baik aku beli aje yang baru, habis masalah, kan? 

Ala, memang patut pun aku rembat phone baru, cellphone aku tuh, Sanyo Katana, walaupun lawa dan kurus, tapi dah dua tahun aku guna kot? It's about time lah kan aku tukar phone baru. Lagipun, kan ker dari dulu lagi, cellphone tuh susah nak dicharge, dia macam loose gitu. Aku tak terfikir lain dah, terus aku terbayang yang aku beli Instinct phone, yang dulunya aku nak sangat tuh, yang a few months later, aku insaf dan terus lupakan pasal cellphone tuh. Hmm, dapat jugak, tercapai jugak cita-cita aku untuk memiliki Instinct yang jauh lagi best dari iPhone tuh gayanya nih, kata aku dalam hati. 

Kat apartment Hal, masa kerja, Hal pun perasan yang aku macam resah aje. Memang pun, aku semakin resah sebab tiap kali aku cuba on kan cellphone aku, blank screen aje. Then David pun ambik hair dryer, dia yang tolong keringkan cellphone tuh. 

"Forget it David, I'm getting a new one, it's about time", aku kata gitu sebab dah give up dah aku nak cuba menyelamatkan cellphone tuh. Lagipun, malu aku dibuatnya, cellphone rosak pun jadi masalah besar, macam tak ada life aje kan?

"But Joe, this is such a nice, sleek phone", kata David. "So what?", aku kata dalam hati. 

Hujan lebat masih tak henti-henti, kat news kata ada flood warning, yang banjir kilat dijangka kat metro New York. Subway stations banyak yang akan ditutup sampai pagi. So David suruh aku balik awal, sebelum hujan makin lebat, dia tak nak aku stranded kat subway station. So, belum pukul 8 malam masa aku blah tuh. Aku redah aje hujan tuh, basah kuyup aku. Tak apa lah basah pun basah lah, best jugak jalan-jalan dalam hujan lebat nih. 

Since masih awal, dan kedai pun masih banyak bukak, aku terus aje ke Sprint Store. Aku nekad lah yang aku nak rembat cellphone baru. Buang masa aje aku nak tunggu sampai esok, kalau dah cellphone tuh rosak, apa nak ditunggu lagi kan? Aku nih memang gitu orang nya, kalau ada masalah, aku terus cari jalan senang nak menyelesaikan masalah tuh, aku tak tunggu-tunggu dah. 

Terus aje lah aku kata kat sales girl tuh yang aku nak beli Instinct phone (cellphone yang diguna dalam Survivor tuh), aku kasi dia cellphone aku yang rosak tuh, dia cuba-cuba jugak godek-godek tapi masih jugak blank screen. $429 harga Instinct tuh tapi sebab ada rebate (based on berapa lama aku dah guna Sprint), harganya jadi $229. 






"You only talked (on the phone) for 14 minutes the whole of last month", kata salesgirl tuh sambil gelak-gelak, masa dia check statement aku.

"I don't talk much", aku kata gitu. "But I've been paying like 150, 200 a month. I don't really get it", aku kata lagi.

Rupanya bill aku tinggi sebab aku punya internet access (cellphone) tuh dikira per bytes. Terus lah minah tuh suruh aku tukar plan, fixed-plan gitu. In the long run aku akan save banyak sebab kalau nak beli Instinct phone tuh aku kena subscribe to diaorang punya fixed monthly plan. So sekarang aku akan ada dua unlimited access, satu kat laptop, satu kat cellphone.

"You'll get fifty dollars for your old cellphone", kata Minah tuh lagi. Terus lah aku hulurkan cellphone aku yang rosak tuh kat dia. Malas lah aku simpan phone tuh, buat menyemak aje. Tapi, aku sempat lah jugak cuba-cuba on kan phone tuh. Untuk kali terakhir."Oh shit! It works!!!!!......", terkejut aku bila aku tengok cellphone tuh "menyala". Terus aku tergelak besar.

"Never mind, it's too late now, I've already paid for a new phone", aku kata kat Minah tuh, sambil suruh dia transferkan data-data dari phone lama ke Instinct baru aku. Lama jugak nak menransfer dan mengactivatekan Instinct tuh, tapi sepanjang Minah tuh buat tuh semua, aku asyik dok fikir, yang aku nih memang tak sabar orangnya, kalut, gopoh, dan tak suka ada masalah. Kalaulah aku tunggu sampai esok (macam apa yang aku plan kan mulanya tuh), tak melayang duit aku kan? Tapi itu lah, aku tak mengedan-dan.

Lagipun, apa pasal aku ambik Instinct sedangkan berlambak phones lain yang murah-murah, yang harga $49 pun ada. Mengapa aku ambik cellphone yang paling mahal? Ok, kalau nak phone mahal pun, apa pasal tak ambik BlackBerry aje? Ish, tak sesuailah BlackBerry dengan jiwa aku (walaupun murah dari Instinct). Instinct tuh bagus, aku boleh tengok tv, dengar radio, dan yang pentingnya, aku boleh dengar music. Kan ker aku tak ada iPod? Instinct nih sebijik macam iPod, cuma dia besar sikit.

Entah, bagi aku, daripada beli BlackBerry, lebih baik aku beli cellphone murah yang $49 tuh (macam yang David sama Hal guna). Blackberry tak sesuai dengan jiwa raga aku, dengan penampilan aku. Aku rasa BlackBerry tuh untuk businessmen, orang-orang sibuk gitu, yang guna. Tapi, with Instinct, aku tak rasa janggal pulak, aku rasa sesuai sangat Instinct tuh dengan penampilan dan citarasa aku. Stylish, sleek gitu.

Tapi....aku nih bukannya jenis menunjuk-nunjuk orangnya, apa nak guna phone yang stylish, lawa gitu kan? Aku nih kan ker jenis yang taruk cellphone kat pocket, yang kalau nak guna, aku pergi kat satu corner, kat tempat tak ada orang. Sembunyi-sembunyi gitu.

Tapi itu lah, dah terrembat Instinct tuh, apa yang nak dimenyesal kan lagi. Regret is such a waste of time. Lagipun, kan ker dulu aku nak sangat Instinct? Macamana pun, dalam pada puas aku cuba nak hilangkan rasa tak best lantaran dari "terbeli Instinct tuh", aku rasa macam puas hati lah jugak sebab cita-cita aku tercapai. Not only that, aku dapat Wireless Broadband punya modem yang baru, yang salesgirl tuh kata, lebih canggih. Dia de-activate kan servivenya modem aku yang lama, yang by the time aku sampai rumah, aku dah boleh install dan guna modem baru.

Kalut jugak aku, mana nak mengfamiliarkan diri dengan cellphone baru, mana nak install modem lagi kat laptop aku. Dekat sejam aku cuba, tapi modem tuh masih tak dapat diinstall. Aku kena ke Sprint awal-awal esok sebab nak suruh diaorang ajelah diagnose kan apa masalahnya dengan modem tuh.

So tak online lah aku semalaman, cuma online guna Instinct aje, yang tak lah sebest macam guna laptop (sebab screen kecik). Lagipun Instinct nih touch-screen punya phone, sensitif sangat. Jari aku kan ker jari Bangla, tangan Bangla, kasar dan keras, so banyak kali lah aku tertekan benda yang aku tak nak tekan.