Isnin
Hampir jadi macam minggu lepas jugak, pagi-pagi aku tak keluar ke mana-mana. Nasib baiklah dalam pukul 11 tuh aku kuatkan semangat, aku keluarlah jugak jalan-jalan kat my neighborhood nih, takat nak keluarkan peluh sesikit, now that aku dah malas sangat nak pergi jogging.
Dalam jalan-jalan tuh aku terlalu kat satu gym nih, dalam satu blok aje dari rumah sewa aku, cuma aku belum pernah lalu kat kawasan tuh. Terus aku termasuk sekejap, tanya-tanya mamat yang jaga tuh, macamana cara nak jadi member gym tuh. Susah sikit pasal aku tak ada credit card, tak ada proper ID, tak ada bills, tapi mamat tuh kata masih ada harapan kalau aku nak join. Teruja jugak aku sebenarnya nak jadi member sebab aku tak ada alasan lain kalau tak buat excercise kan? Alah, aku nak join gym tuh bukannya nak buat apa sangat, takat dapat guna threadmill dah lah, itu aje. Tengoklah macamana nanti, kalau aku rajin ke situ lagi nak usaha macamana nak jadi member.
Mengantuk gila masa kerja tadi, tah pasal apa tah, sedangkan semalam aku tidur cukup, cuma lewat aje. Sebab tak buat senaman gamaknya, itu yang aku rasa banyak lemak aje badan aku nih. David pulak balik kerja lewat, makin lah mengantuknya aku sesambil tengok tv sama Hal. David suruh aku balik awal sebab aku siap menyiapkan Hal awal jugak, tapi aku tunggu sampai 8-30 malam baru aku blah.
Aku turun kat 8th Avenue, kat Brooklyn punya Chinatown, sebab tuan rumah aku kata ada restoran Malaysia yang baru kat area tuh. Aku tengok menu nya, tak ada pun Assam Laksa, roti canai ada lah. Then aku tengok, banyak gulai katak. Bila aku tanya tokey tuh, dia kata dia orang Vietnam. Sah lah itu bukan restoran Malaysia, walaupun kat menu tuh kata Malaysian restaurant. Bengang aku jadinya, diaorang nih gunakan nama Malaysia rupanya. Aku tahu lah, sebab restoran masakan Malaysia tak banyak, itu yang ramai orang Vietnam, orang Kemboja, diaorang suka taruk nama Malaysia. Last-last aku beli bubur pulut hitam aje lah.
Selasa
Ala Dear Diary, aku dah tak ada apa nak tulis nih, semuanya sama aje aktiviti aku setiap hari.
Aku pergi lunch kat Pinang kat Forest Hills, lepak lama kat situ sambil sembang-sembang dengan tokey kedai, sama waiters. Then ke library sekejap. Then kerja. Then balik rumah. Then online. Then tidur. Ini video clip yang aku sempat rakam masa kat Bryant Park
Rabu
Aku keluar awal hari nih sebab nak ke Rockerfeller Center. Harinih 3 haribulan, malam nanti pukul 7 sampai 9, ada acara memasang lampu kat Christmas Tree. Ada ramai jugak artis yang akan perform, Beyonce, Jonas Brothers, Tony Bennet antaranya.
Since aku tak dapat nak pergi sebab aku kerja, itu yang aku pergi di sebelah siang, nak tengok persiapan. Dah ramai orang yang beratur rupanya walaupun masih lama acara nak mula. Aku lepak dalam sesejam kat situ, sesambil ambik gambar, then jalan-jalan sampai ke Bryant Park, pas tuh balik semula ke Times Square, sebelum naik train ke Forest Hills.
Balik kerja aku turun kat 50th Street, cadangnya nak tengok Christmas Tree tu lah tapi banyak jalan ditutup, orang pun ramai, so tak dapat tengok dari dekat. Tak apa lah, lain kali aku pergi lagi.
[Gambar-gambar nih tak ikut susunan, patutnya yang di bawah sekali tuh kat atas]