Thursday, October 18, 2012

Khamis04122008


Aku tengah sedap tidur pagi tadi bila Tuan Rumah aku ketuk pintu, kata ada kad dari Pejabat Pos untuk aku. Sapa pulak hantar parcel nih, tanya aku dalam hati. Dah dua bulan Raya, dah sebulan lebih birthday aku, tak kan masih ada yang nak hantar barang, kan? Mungkin jugak parcel dari orang yang hantar melalui kapal laut kot? Zaman orang pergi Mekah tak naik kapal laut dah, masih ada lagi rupanya orang hantar barang guna kapal laut rupanya.

So bergegas lah aku ke Pejabat Pos, tak basuh muka pun, takat selek taik mata jer. Nasib baik lah kerani yang jaga bahagian parcel tuh AhSo yang aku selalu puji sebab dia baik tuh, dia ingat lagi kat aku rupanya, so dia tak tengok pun ID palsu aku tuh, terus aje dia kasi parcel kat aku.

Aku tengok kat kotak tuh, ada nama ringkas yang aku pernah tengok, cuma aku lupa siapa. Puas aku cuba nak ingatkan siapa, then bila aku sampai rumah, bila bukak kotak tuh, baru aku dapat agak yang hantar tuh siapa.

Beranika barang yang dia kasi aku, ada t-shirt Bandung (yang saiz besar), ada buku memo (yang aku sayang nak guna surenya), ada kacang, ada DVD P Ramlee (yang aku terpaksa tengok jugaklah nanti walaupun aku tak pernah tengok pun filem P Ramlee, sebab aku tak suka. Tak suka yang betul-betul tak suka, yang jenis meluat sesangat tuh) dan ada DVD Cinta (Datuk Rahim Razali). Tapi yang paling bestnya, ada shopping bag yang lawa, cuma tak berapa best nya kat bag tuh ada tulisan besar e-government, then ada tulis Malaysia. Macamana pun aku rasa, aku tak akan malu lah bawak beg tuh ke sana-sini kalau aku nak shopping bahan-bahan makanan (kat New York nih orang banyak bawak beg shopping sendiri), dicomparekan dengan bawak beg Tourism Malaysia ke hulu ke hilir macam perempuan Melayu yang aku jumpa kat subway station ituhari. Sure orang ingat aku nih Patriotik nanti kan? Tak pun, sure orang ingat aku nih ajen Kerajaan Malaysia, ala-ala James Bond perbuatan Malaysia. Ekekeke