Sunday, October 28, 2012

IsninSelasa2728072009


Isnin

Pagi-pagi nih aku kemaskan bilik, sesambil main game, kat luar hujan renyai tu pasal malas rasanya nak ke mana-mana. Keluar pun takat pergi hantar seluar untuk dialter, then beli barang sikit-sikit. Tuan rumah aku sibuk pulak minggu ini gayanya, so tak dapatlah aku nak upah dia masakkan untuk aku. Tak apa lah, minggu ini nak makan kat luar ajelah kot, hopefully minggu depan mood nak memasak akan muncul semula. Best jugak mood selalu bertukar nih, tak lah boring sangat hidup aku nih kan?

Aku tak ada kelas Spanish harinih pasal Tim ada hal. Ok jugaklah tuh, aku pun bukannya sentuh apa-apa homeworks yang dia suruh aku buat ituhari. Mintak-mintak dia dapat kerja lain lah, kesian aku menengoknya. Tak kisah lah dia akan sibuk dan tak dpat nak menjagar aku dah nanti, aku boleh belajar kat tempat lain kot. Instituto Cervantes ada pasang iklan kat The VillageVoice, banyak kelas-kelas baru yang akan dibuat sampai hujung tahun ini.

David off harinih tapi seharian tak ada kat rumah pasal dia pergi melawat nenek dia yang kat hospital. Nenek dia (105 tahun) jatuh kat bilikair, patah tangan. Nampak gayanya aku kena ikut diaorang pergi party kawan diaorang kat Manhasset, Long Island, dua minggu akan datang. Bukan party yang kat atas boat tuh tapi party lain. King Mongkut nak sangat pergi nya, itu yang aku kena stand by ajelah. Dah lah minggu ini diaorang ada guests Jumaat nih, Sabtu pulak ada wedding. Sabtu minggu depan party tuh.

Selasa


Sebab dah lama tak pergi makan kat Pinang Restaurant di Forest Hills, harini aku keluar awal jugak. Dah 3 minggu aku tak ke sana rasanya. Tak ada tokay nya, yang ada cuma anak diaorang berdua. Dan satu waiter baru, orang Indo.
Macam takut-takut jer waiter tuh, dia dah 8 tahun kerja di Amerika, kerja kat hotel, di Denver Colorado, di Miami Florida, di Boston Massachusets. Ini kali pertama kerja di restaurant Cina di New York City. Aku beritahu dia yang dah ramai orang Indo yang keluar masuk kerja kat Pinang tuh, semuanya tak lama kerjanya. Tapi untuk permulaan, memang baguslah kerja di situ sebab keadaan kerja tak lah seteruk kalau kerja di restoran Cina yang lain.

"Saya belum pernah kerja 12 jam sehari, Pak", kata mamat tuh. "Capetnya ya ampun, setengah mati", kata dia lagi.

"Tenang aja, kamu masih baru di New York sih. Kerja aja dulu, nanti bila udah tahu selok belok New York, kamu cari kerjaan lain yang lebih bagus. Kamu kan punya surat segala?", aku nasihat dia. Macam bagus aje kan?

"Juragannya rewel, saya gak senang kerja di sini Pak", kata dia lagi.

Dia nak bersembang banyak gayanya sebab dia kata dia tak ada kenal sesiapa kat New York nih tapi dia macam takut-takut sebab aku kan ker tengah makan, mana boleh kacau pelanggan tengah makan, kan? Lagipun anak tokay tuh ada kat situ, nasib baiklah anak tokay tuh tak reti Bahasa Melayu. Then aku beritahu dia yang aku bukan orang Indo, dia terkejut gila sebab dia ingatkan aku Indon.

So cerita gitu-gitu ajelah, macamana nak cari kerja lain selain dari kerja di restoran, kat mana tinggal, berapa sewa rumah, bila off, etc. Aku dah terbayang dah yang dia nih akan menggantikan Ramon, sebab Ramon sekarang nih dah dapat ramai kawan baru orang Indo semuanya, so dia dah tak ada masa nak melepak macam dulu dah kot. Orang Indo kebanyakannya tinggal di Elmhurst. Waiter yang kerja di Laut Restaurant tu pun dah berhenti kerja, dah kamcing sama Ramon pun dah. Iyalah kan, diaorang sure cari orang senegara jugak kan?

Aku ada dua jam lebih sebelum masuk kerja so aku terus aje ke internet cafe, tapi server tak laju, so terkulat-kulat gitu aje lah aku. So tak heranlah mood aku masa kerja macam tak bagus aje petang nih. 

Aku peratikan, macam bosan sungguh cara hidup David sama abang dia King Mongkut tuh. Terutamanya pasal dinner. Balik-balik makan benda yang sama aje. Dinner diaorang samada pizza, sandwich, atau burger. Sekali semingu diaorang order cold noodle (macam rojak tapi kuahnya cair), tak pun diaorang order nasi kosong (Mexican rice) then dimakan dengan canned vege. Tak pun, rebus sweet potato. Tak pun, rebus telur dimakan sama roti. Tak pun order tofu. Aku menengoknya tak berselera, apa tah lagi nak makan. Kalau diaorang makan kat luar (biasanya masa kawan diaorang datang), berminggu diplannya, such a big event sangatlah kononnya. Aku, walaupun miskin dan merempat, tak ada lah makan seteruk itu. Dulu pernah makan nasi kepal, itu lain kes, kan? 

Untuk kedua malamnya aku singgah di Jackson Heights lepas habis kerja. Saja jer lah nak tengok orang, nak makan pun senang sebab banyak kedai halal. Nak online aku pun senang sebab internet cafes pun banyak. Aku ke kawasan banyak Latin Americans tuh, walaupun saspen aje jalan kat area tuh tapi rasa interseting pulak sebab segala macam bentuk rupa orang South America yang ada kat situ.