Memang cadangnya aku nak keluar nak cari kasut pagi tadi tapi kemalasan mengatasi segalanya, dan aku fikir yang tak payahlah aku beli kasut baru sebab nak pakai pun sekali aje kan? Kasut baru maksud aku tuh, kasi berbranded, kasut mahal. Kalau kasut murah-murah tuh tak akan aku sebut pun. Pakai kasut lama dah lah, wedding tuh malam, mana orang perasan kalau kasut aku buruk pun, kan? Tak ada lah buruk mana pun kasut tuh, cuma kasut tak ada brand, yang beli kat Chinatown lama dulu tuh. So selamatlah duit aku barang seseratus lebih.
Aku keluar awal jugak tadi sebab nak ke masjid, tapi train buat hal pulak, dekat sejam tersadai kat dalam terowong bawah tanah. Kalau tersadai kat station tak apa jugak, boleh turun dan ambik train lain. So, aku sampai aje masjid Jackson Heights, orang dah siap sembahyang. Itupun aku lari aje meredah traffic lights.
Diaorang ada guests malam nih, couple Mat Salleh sama Minah Siam tuh. Couple nih kira macam tetamu kehormat, itu yang nak buat persediaan bagus punya. Kalau member diaorang yang patutnya datang semalam tuh, itu dikira tetamu kelas bawahan, diaorang buat persediaan pun ala kadar aje. King Mongkut pakai shorts aje, David pakai t-shirt biasa aje, dan makan pun guna pinggan mangkuk biasa aje. Tapi kalau couple nih datang, King Mongkut sama David pakai smart-smart, decoration kat meja pun cantik-cantik, walaupun makanannya benda-benda biasa aje. Gaya aje yang lebihnya.
Lambat pulak diaorang order makanan tadi tuh, dah 7-30 belum diorder, so tak heranlah pukul 8 masih belum makan sedangkan biasanya pukul 8 tuh King Mongkut dah siap kat katil. Itu yang bila dah lewat tuh King Mongkut jadi kelam kabut, mana nak buat catherter, mana nak cuci muka sebelum ke bilik tidur. Last-last sempat buat catherter aje pasal David kata yang dia akan uruskan semuanya. Dia suruh aku balik aje, dan esok masuk kerja pukul 11 pagi sebab nak pergi wedding anak sedara diaorang tuh yang tentunya sampai lewat malam baru selesai.