Sunday, October 28, 2012

Khamis,Jumaat2324072009

Ituhari masa jalan-jalan sama Ramon, sama kawan dia masa 4th July, ada diaorang cerita kat aku pasal ada satu short-film Indo nih yang judulnya Satu Rumpun, yang mengisahkan kehidupan dua orang sahabat (satu Indon dan satu lagi Malaysian) di New York City. Cerita macamana diaorang terdampar di Amerika nih. 

Makanya gue penasaran banget sih mau nonton film Satu Rumpun itu.Dulu sewaktu-waktu gue lagi cari rumah kos-kosan, gue ada ngelihat di situsnya ForumIndo, perihal pembikinan filem itu. Di kala itu mereka butuhkan 2 pria, satu Indo ama oreng Malay. Waduh deh, tergerak hati gue mau emailin mereka tapi waktu itu gue lagi pusing, justru gak berkesempaten.(Kalo nggak, mungkin gue udah jadi pelakon sih.




Akhirnya watak orang Malaysia tuh dipegang oleh mamat Myanmar kalau tak silap aku.

So aku ke Union Square sebab nak ambik dvd filem tuh, sempat aku balik ke rumah semula dan habiskan tengok. Cerita biasa aje, dirakam pun guna handycam, filem tak ada budget, pelakunnya pun tak ada gaji. Sebijik kisah orang-orang Indo di New York nih, yang watak mamat Malaysia tuh tah apa-apa sebab suaranya dialihbahasa.

Kedua-dua malam hari Khamis dan Jumaat, David balik lambat. Hari Khamis tuh pasal dia ke kedai frame yang kitaorang pergi ituhari, dia kansel nak buat frame kat situ, itu yang dia pergi ambik balik poster dan duit refund. Hari Sabtu nanti nih kitaorang akan ke Source Mall lagi lah nampak gayanya.

Hari Jumaat pulak, David keluar minum sama kawan kerja dia. So dua-dua malam tuh King Mongkut dinner awal, by 7 aku dah siap buat catherter kat dia, sejam tuh sebelum waktu balik, aku tengok tv ajelah. Aku tengok kat dapur, King Mongkut tengok dari atas katil dia. Tapi itulah, tak aman aku dibuatnya, setiap 5 minit aje lah dipanggil aku, tanya itu ini, sedangkan aku dah siap kan dan aku dah buat apa yang perlu.

Dan kedua-dua malam jugak, habis kerja, aku meround sekejap kat area-area Midtown, sampailah ke Times Square. Bukan apa, sekarang nih banyak betul filem yang tengah shooting kat New York City nih. J Lo punya filem, Nicole Kidman punya filem, Harrison Ford punya filem, Drew Barrymore punya filem, semuanya tengah sibuk shooting. Yang lain tuh, Jennifer Anniston, Gerard Butler, Jude Law, pun tengah shooting kat sini. Kalau terserempak tengok orang shooting film kan ker best?