Sunday, October 28, 2012

Isnin,Selasa,Rabu202122072009


Aku rasa macam termenyesal pulak nak sambung belajar Spanish nih now that aku semakin sibuk main game kat Facebook. Kalau lah aku tak janji dengan Tim, tutor aku tuh, sure aku kansel kan aje.

So Isnin, pukul 11 pagi, kelas aku mula. Kat Starbuck di Prospect Park. Bagus Tim mengajar sebab dia nih very experienced, aku rasa macam tak berbaloi bagi dia yang mengajar aku dengan harga murah, tapi agaknya dia kepepetan uang itu yang buat dia sanggup mengajar tuh. Aku katalah yang kalau dia dah dapat kerja nanti, aku akan cari orang lain aje, tapi untuk sementara waktu nih aku nak belajar dengan dia.

Dia nak ajar dua jam setiap session, 3 kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat. Tapi aku nak dia ajar dua hari aje sebab Jumaat tuh malaslah aku terkejar-kejar nak ke masjid. So macam confirmed lah yang dia akan ajar aku dua hari, dua jam setengah setiap session, Isnin dan Rabu.


Yang buat lawaknya, masa dia mengajar, bila dia suruh buat ayat, bila dia suruh aku cuba bercakap, semua ayat-ayat aku ke arah berladang, berkisar pasal sayur-sayuran, pasal makanan. Sampaikan dia kata yang aku nih "green" sangat orangnya. 

Habis kelas, aku merayau sekejap kat belah-belah Chelsea dan Meatpacking District. Saja ajelah sebab aku terperasan yang summer kali ini aku tak keluar ke mana sangat. Tak ada pun aku jalan-jalan pakai sandals, pakai sunglasses, macam summer lepas. Tak best langsung summer kali ini.

Planning aku bagus, aku sampai Forest Hills, tapau sandwich, masuk internet cafe, sempat main game a few rounds. Hiks! Itu yang sekarang nih aku macam dah tak ada masa sangat nak berblog, nak baca blog member-member pun tak ada masa, takat baca tajuk jer, ekekekeke.

Selasa aku pening kepala, kurang tidur ker apa tah, rasanya sebab aku tak makan pagi tuh. Bosan jugak hari-hari nak makan cereals nih, aku tak tahu nak makan apa lah for breakfast. Dulu ada jugak aku buat cekodok tapi sekarang nih malas sangat. Tambah-tambah tuan rumah aku nak masakkan aku for dinner, itu yang aku rasa aku nak makan ringan-ringan ajelah sebab malam nanti sure aku makan berat punya, sebab masakan dia memang sedap.

Aku sekarang nih, selalu mengupah tuan rumah aku untuk masak dinner. Oklah tuh, sekali dia masak aku kasi $10, boleh makan tiga atau 4 kali. Ada lauk dan sayur pulak tuh. Bekalan daging, sotong, udang memang sentiasa ada kat fridge aku, dia cuma tambah benda kecik-kecik sebagai penyedap lauk aje.

Kadang tuh aku macam segan pulak kat tuan rumah aku sebab balak dia tuh tak kata apa pun. Takut jugak nanti balak dia terasa hati sebab aku cuba-cuba nak menumpang kasih kat awek dia, kan? Tak jugak, tuan rumah aku tuh tak kerja so dapatlah jugak income, aku potong rambut pun dengan dia dah sekarang nih.


Pagi Rabu aku ada kelas lagi, kali ini kat satu cafe kat Park Slope pulak sebab Tim ada hal kat area tuh, dia ada interview apa tah. Walaupun dia ajar tak sampai dua jam tapi aku bayar penuh, sebab aku puas hati apa yang dia ajar. Berpeluh-peluh aku bila dia asyik dok suruh aku praktis bercakap.

Aku nih kan ker pendiam orangnya? Aku rasa macam bodoh jer buat ayat bodoh-bodoh, rasa buang masa gitu. Tapi, nak belajar bahasa, kena lah praktis bercakap, walaupun buat ayat bodoh-bodoh, kan?


Habis kelas aku ke Times Square, terralit pulak tengok news conference kat tengah-tengah Times Square tuh. The Naked Cowboy nak jadi calun bertanding untuk Mayor New York City, nak lawan Mayor Bloomberg. Kelakar gila tapi dia nih terkenal, kaya pulak tuh (walaupun tak sekaya Bloomberg yang billionaire tuh).

King Mongkut masih tak berapa sihat, kalaulah selalu terberak tuh boleh dikategorikan sebagai tak sihat. Tiap malam sekarang nih, lepas makan, atau lepas aku siapkan dia, dia akan terberak. Itu yang David selalu mengamuk tuh. Masa tu lah aku kesian sangat kat King Mongkut. Satu, sebab dia terberak tuh, dua nya sebab dia cuba-cuba tak nak David tahu, ataupun David campur tangan (literally) dalam hal-hal pemberakan dia tuh. Sebab David nih, macam yang aku cakap, dramatic sangat. Sampai riuh rendah dia. Ish, mana lah ada taik yang wangi, kan? Taik King pulak tuh, memang lah busuk.

Ada sekali tuh aku tengok, King Mongkut terasa hati betul sama David, dia kata, "That hurts..." Selama ini tak pernah dia kata gitu, kalau David sindir, perli, main-main kat dia, dia senyum dan gelak aje, dia buat macam bodoh aje (sampaikan aku ingat yang dia nih tak ada perasaan orangnya. Kalau aku lah jadi dia, dah lama aku sentapz)."Oh yeah? Too bad, take it like a girl then sissy boy!", kata David. Aku senyapkan aje, buat pura-pura tak faham.

Deep down aku rasa susah nya hidup King Mongkut tuh. Kalau lah dia berupaya, tak disuruhnya orang cuci taik di jubur dia, kan?

Tak apa lah King Mongkut, patik menyembah junjung, selagi patik ada, patik boleh dan akan tolong Tuanku.