Sunday, October 28, 2012

RabuKhamis2930072009


Rabu

Aku keluar kerja lewat sikit harinih sebab aku pergi jalan-jalan kat area yang ramai Arab kat Bay Ridge. Dekat nak Puasa nih aku nak lah survey-survey kat mana ada restoran halal yang bukak 24 jam. Restoran Paki kat Jackson Heights tuh bukak 24 jam tapi jauhhhhhhhhh sangat dari sini.

Aku ada tefikir yang mungkin nanti lepas habis kerja, aku turun kat Jackson Heights, Tarawikh kat sana, then makan sahur kat kedai Paki tuh. Then baru balik rumah, tengah-tengah malam buta. Cuma masalahnya, malam-malam train dah tak banyak. Itu pasal aku cuba cari kat area rumah sewa aku nih aje lah kalau-kalau ada restoran halal yang lain.

Hujan lebat gila malam nih, kilat sambar-meyambar. David dah saspen dah, "What are you gonna do, Joe?", dia tanya aku bila pukul 8 tuh hujan masih belum berhenti. Diaorang suruh aku tidur di apartment diaorang aje tapi aku gelakkan aje. Diaorang berkeras suruh aku ambik payung diaorang pun aku tak nak. Malaslah aku nak pinjam payung diaorang, esok panas, tak kan esok aku nak bawak payung pulak kan (nak pulangkan balik payung diaorang tuh). Dalam banyak-banyak benda, payung lah yang paling malas aku bawak. 
So aku bungkus suratkhabar dengan plastik bag, dari apartment ke subway station tuh aku lari. Tak adalah teruk basah sangat pun, David tuh aje yang beria-ia sangat, yang aku rasa, kalaulah dia nih terdampar kat mana-mana, sure cepat mati nya. Tak macho langsung, ekekekeke. Tak macam aku, yang terlebih macho.

Khamis

Aku ke Pinang Restaurant for lunch. Cadangnya nak sembang lama-lama dengan waiter baru tuh tapi dia tak ada pulak, off agaknya. Ataupun dah berhenti kerja. Yang ada, tokay sama anak bini dia. Jarang aku terserempak dengan tokay tuh sebab sekarang dia kerja di sebelah malam aje, kecuali kalau masa pekerja dia off. Diaorang ingatkan aku dah balik Malaysia sebab lama dah tak jumpa. 

Lama lah sembangnya dengan diaorang, sesambil makan mee goreng. Lepas makan, tokay tuh ajak aku melepak sesambil merokok kat depan restaurant dia tuh. Best aje,rasa macam melepak kat restoran di Malaysia aje gayanya.

Pukul 3-30 aku blah, mula lah tak tahu nak ke mana. Nak masuk library rasa malas, nak ke Secret Garden, ramai orang tua-tua sama caregiver diaorang yang melepak kat situ. Sekarang nih park tuh penuh dengan orang tua yang atas wheel-chair, jadi tempat berkumpul diaorang pulak. Caregiver diaorang yang kebanyakannya Filipinos dan Minah dari Carribeans, diaorang berkumpul kat satu tempat sambil dengar music, main games.

So, terpaksalah aku masuk ke internet cafe, dapatlah setengah jam kat situ. For the last week or so, sebelum aku masuk kerja, kat internet cafe tu lah aku melepak.

Diaorang ada guest malam nih patutnya, itu yang aku siapkan King Mongkut awal-awal lagi. Masa nak pakaikan dia spender, King Mongkut termenjerit. Pasal aku tertarik bulu kote dia ekekekeke.
Biasanya masa pakaikan dia pampers atau spenda, aku tariklah pampers atau spenda tuh, kasi tangan dia yang kiri (yang itu aje dia boleh gerakkan) tuh ejas parking kote dia. Sorrylah aku nak mengejas parking dia, kan? Itu kena buat sendiri tau dak? Hiks! Masa nak tarik spenda dia tu lah, tertarik bulu kote dia tuh, itu yang dia termenjerit. Geram aku, itu kerja caregiver yang lagi sorang tuh, cukur bulu kote sama bulu jubur King Mongkut.

The moment aku angkut King Mongkut ke wheel chair dia, member diaorang yang patutnya datang malam nih tuh talipun beritahu yang dia tak dapat datang. Dan King Mongkut pulak, bila tahu member dia tak datang, terus dia suruh aku angkut dia balik ke katil sebab nak tukar pakaian biasa aje. Mengamuklah aku kan? Mana tak nya, apa salahnya pakai pakain tuh, nanti malam bila nak tidur, barulah tukar pakaian, kan? Dia ingat senang dan ringan nak angkat dia ke katil? Dia bukannya macam bayi. Menonok jer dia ke dapur bila lepas kena marah tuh, bila dia tahu aku bengang.

Masa nak beli pizza untuk dinner diaorang tadi, sempat aku masuk kedai kasut yang jual Italian shoes lawa-lawa, sayangnya kedai tuh tutup pukul 8 sedangkan aku habis kerja 8-30 malam. Saspen gak aku nih sebab kasut belum beli lagi, tak kan nak pakai kasut lama kot, jatuhlah standard aku sebab baju sama seluar Italian-made tapi kasut yang aku ada, dua-duanya kasut perbuatan Cina. Tengoklah macamana nanti, kot-kot esok aku terrajin ke Bloomingdale's.

Aku tak dinner pun malam nih sebab perut aku macam tak sihat aje. Apa tak nya, semalam aku ratah sayur kangkung sebelanga, tuan rumah aku masakkan aku sayur kangkung campur empek-empek, itu yang aku pakat ratah gitu jer tuh. Akibatnya, aku berak pun keluar kangkung aje.