Saturday, October 13, 2012

02062008


Alamak, cuti aku dah nak habis tapi banyak tak tulis nih. So, aku tulis sikit-sikit ajelah benda yang banyak-banyak tak tulis tu kot?

Isnin aku pagi-pagi lagi dah bersiap, nak ke Yonkers, ke The Bronx. Silap besar aku tertinggal camera. Jadi tak syok pulak jalan-jalan tak bawak camera nih. Iyalah kan, my life's so happening, banyak benda yang perlu dicapture, macam kena ada bukti bergambar gitu kan? Kalau tak, orang macam tak percaya kan?

Aku sempat jalan-jalan kat Yankee Stadium, tak lah jauh sebenarnya dari Manhattan, naik satu train aje, dalam sesejam gitu dari rumah sewa aku benarnya. So, kalau ada apa-apa concert kat Yankee Stadium nanti, "within easy reach" lah.

Petang, aku balik ke Manhattan, ke tempat biasa, ke Times Square dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. What a glorious day, panas yang tak panas sangat, aku cuma pakai sehelai t-shirt aje, macam kat Malaysia. So, habis satu hari lagi cuti aku. Macam terpanik gitu sebab tak buat apa-apa pun, cuti dah semakin nak habis. Tertension jadinya sebab aku belum plan nak ke mana-mana pun, aku nak keluar dari New York City nih kalau boleh, masa cuti aku nih.

Ok, habis pasal kisah hari Isnin.