Hari Khamis, pagi-pagi lagi aku dah keluar. Esoknya aku dah kena kerja semula. Shit how time flies macam tu aje kan? Nak keluar, tak tahu ke mana nak pergi dan apa nak buat. Nak lepak kat bilik, rasa rugi aje buang masa tak buat apa-apa. Lagipun, melepak kat bilik selalu buat aku fikir bukan-bukan, might as well aku keluar. Sambil jalan-jalan, aku pun selalu fikir bukan-bukan jugak tapi at least kaki aku berjalan.
Aku ke IFC Center , dari dulu dah aku nak cari panggung yang tayangkan film-filem independant nih, iyalah kan, I'm a cultured guy kan? Takat tengok filem Hollywood, tak boleh dikategorikan sebagai all-round cultured guy kan?
Kat West Village panggung tuh, sebenarnya banyak lagi panggung lain tapi IFC nih yang macam happening sikit sebab banyak filem. So aku tengok one of these films yang kat poster nih, korang teka filem apa aku tengok.
Mahal jugak ticketnya, $11-50, sebab aku bukan member. Kalau member, $8-50 aje. Teruja jugak nak jadi member tapi nanti kalau jadi member, asyik nak tengok wayang aje lah kerjanya kan?
Aku ke IFC Center , dari dulu dah aku nak cari panggung yang tayangkan film-filem independant nih, iyalah kan, I'm a cultured guy kan? Takat tengok filem Hollywood, tak boleh dikategorikan sebagai all-round cultured guy kan?
Kat West Village panggung tuh, sebenarnya banyak lagi panggung lain tapi IFC nih yang macam happening sikit sebab banyak filem. So aku tengok one of these films yang kat poster nih, korang teka filem apa aku tengok.
Mahal jugak ticketnya, $11-50, sebab aku bukan member. Kalau member, $8-50 aje. Teruja jugak nak jadi member tapi nanti kalau jadi member, asyik nak tengok wayang aje lah kerjanya kan?
Then aku jalan ke Times Square lagi, kali ini aku masuk ke Nasdaq HQ, lama dah tak masuk sini. Lawa-lawa t-shirts kat situ, rasa nak beli tapi malu lah nak pakai, macam orang kelas-kelas aje. Macamana pun, sebelum balik Malaysia nanti, I'll make sure aku akan beli a few helais.
Aku ke West Village pulak lepas tuh, cadangnya nak lepak lama-lama sikit kat area tuh. Aku ada baca kat paper, if you hang long enough kat situ, sure akan terserempak dengan Olsen twins (yang dalam Full House tuh) sebab diaorang selalu lepak kat situ. Gila aku nih, memang ada tokoh jadi papaparzzi kan? Kat mana-mana aku pergi, selalu aku cuba-cuba ingatkan sapa orang-orang terkenal yang duduk kat area-area yang aku pergi tuh. As if aku akan terserempak dengan diaorang lah kan?
Memang banyak aku berjalan seminggu nih so aku rasa aku nak pergi berurutlah, dah tegang urat-urat betis aku rasanya. Adalah aku ambik a few addresses kat online, semuanya kat Chinatown. Tapi, on the way ke subway station, aku terlalu depan satu kedai ubat Cina, ada buat acupuncture, refleksologi semuanya. Terus aje aku masuk ke situ, tanya sikit-sikit langsung aje aku setuju nak buat cupping treatment. $20 untuk 10 minit. Oklah tuh sebab aku belum pernah buat cupping treatment dengan tabib Cina. Yang aku pernah buat, buat sendiri, yang taruk/pedapkan gelas kat tisu yang dibakar atas badan, macam bekam gitu. Itu masa sama nadi dulu, kat Maryland.
Laaa, lain rupanya cupping Cina nih, bukannya guna api, instead guna pressure aje sedut angin badan. Ditaruk 10 bijik cups kecil kat belakang aku, dan disedut anginnya. Rasa macam ketat gitu badan aku jadinya, tak ada pun membengkak macam kalau buat cupping treatment cara yang aku pernah buat dulu tuh. I was a little disappointed lah jugak tapi nasib baik 20 dollars aje kan? Macamana pun, rasa lega jugak badan aku lepas tuh, tersedap pulak rasanya, sempat terfikir yang baik aku sambung buat massage pulak. Puas tabib tuh pujuk aku suruh buat acupuncture atau massage tapi sebab aku lapar, aku katalah yang aku nak makan dulu.
Aku jalan nak cari Thai restaurant tapi ternampak this one halal Indian restaurant, terus aje lah aku masuk. Makan briyani kambing sama sayur kacang bendi. Masa tengah makan tuh aku dok fikir, patut aku pusing balik dak, buat massage? Atau acupuncture. Atau buat facial, ada aku ternampak satu spa nih tadi yang aku tengok, orang Asia yang kat dalamnya. Lama jugak aku berfikir, nak buat semua tuh, macam membazir aje rasanya. Menghabiskan duit aje. Tapi, kalau tak buat, aku terkilan pulak sebab memang tujuan aku, nak pamperlah sikit diri aku nih.
Argh, pasal duit dua tiga puluh dollars pun berkira sangat aku nih, kata aku dalam hati. So aku patah balik, dan terus aku masuk spa tuh. Tak ada lah mahal mana pun nak buat facial kat situ. Dan since tak mahal sangat, service nya pun tak ada lah sebagus mana pun, takat cuci-cuci gitu aje. Oklah tuh.
So, dah buat cupping kat badan, dah buat facial, nak buat apa pulak? Urut kote? Wakakakaka. Kalau boleh aku nak urut badan tapi rasa macam membazir sangat, lagipun dah banyak duit aku keluar masa cuti nih, tak sedar aje. So aku balik aje lah, singgah kat kedai Cina kejap, beli tikar, beli towels, malam esok dan lusa aku akan ada guest.