Saturday, October 13, 2012

27052008


Semalam aku tidur lewat, penyudahnya pagi tadi tidur lama lah jugak. Aku tak ke mana-mana pun, setakat keluar buat laundry sama gunting rambut aje. Dah 3 minggu aku tak ke laundry rupanya, sampai dua kali hangkut pakaian tadi tuh. Semuanya aku basuh, kain baju yang bersih tapi tak dipakai (yang masih dalam laundry bag the last time aku cuci baju) pun aku basuh lagi sekali.
Yang buat bestnya kan, masa aku nak pakai satu jeans tadi, sebab semua seluar aku nak basuh dan tak ada seluar lain dah kecuali jeans tuh, aku baru perasan yang aku dah gemuk sikit. Tak gemuk, tapi berisi. Sebab jeans tuh jadi sendat. Kalau dulu, aku pakai biasa aje, macam ada kelonggarannya, tapi tadi tuh, sendat. Sampaikan nak butangkan jeans tuh pun tak boleh. Sampaikan aku terpaksa tak pakai spenda, terus pakai jeans tuh aje.

Dan sementara tunggu pakaian bersih, aku pergi potong rambut. Then singgah sekejap kat RiteAid, beli barang sesikit. Then termerayau-rayau lah sekejap kat kedai Spanish, tak sampai lima minit, penuh kedua-dua tangan aku menjinjing beg-beg plastik. Tah apa yang aku beli pun aku tak pasti sangat. 

Punyalah bosan aku online sebab tak buat apa-apa pun, akhirnya aku decide nak keluar lah jugak, walaupun waktu tuh masih pukul 12 lebih sikit. Aku keluar tak pakai jacket pun, setakat pakai t-shirt pagoda, then pakai kemeja hitam. Ala-ala Bryan Adams gitu. Iyalah kan, aku baru lepas potong rambut, itu yang masa tengok cermin tadi tuh aku fikir, yang aku nih benarnya lawa jugak orangnya kalau aku berdandan.

Biasanya aku tak peduli sangat pasal penampilan aku, takat orang tak gelakkan aku, dah. Tapi tadi tuh, aku belek sana sini, aku sapu itu ini, aku sembur itu ini, aku gosok itu ini, aku lenyek itu ini, dan aku padankan dengan kemeja hitam sama jeans, terasa macam lawa pulak aku jadinya. Cuma satu ajelah, sebab baju tuh aku beli kat Chinatown aje, tak adalah aku terasa macam terlebih lawa. Katalah baju tuh branded punya baju, yang harga dekat dua ratus dollars, sure "lawa" gila aku tadi tuh. Dipadankan pulak dengan spek hitam, ayooo, boleh merembas orang gamaknya.
Aku dah tak tahu nak ke mana dah di New York nih benarnya, itu yang balik-balik aku singgah kat 34th Street, atau 42nd Street tu aje setiap hari. Memang setiap hari aku googlekan nak cari lain-lain tourist attractions, tapi macam semuanya aku dah pergi. I've seen them all, dah tak ada fun nya dah. Setakat pergi nak ambik gambar then taruk kat blog untuk kasi orang jeles aje pun aku macam dah malas.


Ini The Naked Cowgirl. Kesian aku kat dia nih pasal dia dah lah tua, dan dia macam malu-malu gitu nak ke tengah-tengah. Mungkin sebab dia tak nak The Naked Cowboy kata dia tiru, sebab The Naked Cowboy ada kat area-area situ gak.


Aku macam nak suruh aje dia pergi ke tengah, kesian kat dia, tak dapat perhatian sangat. Then aku jalan ke area yang banyak theatre tuh, panas sangat hari ni nih (dalam 83 degree) berpeluh-peluh aku dibuatnya. Macamana lah orang kat Malaysia yang sentiasa dalam high 90's tuh kan?



Last-last aku ke Jackson Heights, makan beriyani kat restoran Paki tuh. Silap-silap boleh jumpa Sherink, kan? Sekarang nih nak makan pun dah jadi masalah sebab aku dah ada banyak pilihan nih, aku kena lah berlaku adil, kena rotate kan ke mana aku nak makan. Tuh restoran yang dekat rumah sewa aku tuh, dah berapa lama aku tak pergi? Kalau dulu, hampir setiap hari aku makan di situ. Sekarang nih, mentang-mentanglah ada banyak pilihan lain, aku terus tak ke sana dah, sedangkan dulu, waiters kat situ aje lah yang aku buat kawan bersembang Melayu.



Aku suka ke Jackson Heights nih pasal senang nak sembahyang Zohor, itu pasal. Masjid tuh dekat aje dengan restoran tuh, dan Forest Hills pun dalam 5 minit aje jauhnya melalui subway.