Saturday, October 13, 2012

28052008


Sepatutnya aku ada Spanish lesson tadi nih tapi semalam tutor aku ada email, dia ada hal the whole of this week, so kelas dikansel. Eloklah tuh, minggu depan pulak aku cuti seminggu, I have no intention pun nak pergi kelas sebab aku mungkin nak pergi jalan-jalan. Dah takut dah nak janji tapi tak dapat datang, nanti kena bayar jugak, macam dulu tuh.

So, nyenyaklah aku tidur pagi tadi tuh, tak payah keluar awal-awal. Dalam pukul 10 setengah baru aku bersiap-siap, macam depressed aje duduk di bilik nih, it's so freaking quiet. Online pun tak ada orang, so baik aku keluar jalan-jalan, tak nak lah aku dok merenung screen laptop aje kerjanya.

Since aku belum breakfast, aku ke restoran Mexico satu nih, dekat rumah sewa nih aje, makan omelett, lama dah tak makan telur, sekali-sekala apa salahnya. Aku makan habis semua yang ada di pinggan, sebab aku cadang tak nak lunch dah.

Aku mula cadangnya nak ke South Street Seaport, ataupun ke Whitehall Ferry Terminal, sebab aku nak naik bot/ferry lah pulak rasanya. Kat South Street Seaport tuh banyak watertaxi, ada cruise tour jugak. Bukanlah tour apa sangat, setakat mudik ke hulu ke hilir sepanjang Hudson River aje. Tak lah macam cruise kat River Seine kat Paris tuh rasanya, bot-bot yang aku tengok, taklah sebesar mana pun sangat.

Kat Whitehall Ferry Terminal pulak, ada ferry service to Staten Island. Free pulak tuh. Staten Island nih antara 5 boroughs kat New York City nih, kalau korang nak tahu. Yang lain tuh, Manhattan, Brooklyn, Queens dan The Bronx. Antara 5 boroughs nih, Staten Island lah yang paling dineglect sekali walaupun kawasannya besar, mungkin sebab ianya sebuah pulau kot.

Aku tak pakai jacket, setakat pakai t-shirt Nike jer. Sejuk pulak hari nih, tak macam semalam. Aku fikir, nanti kalau kat bot sure lebih sejuk sebab angin kuat, so daripada aku kesejukan, baik aku lupakanlah dulu hasrat untuk berjalan kat sungai. Kalau boleh aku nak pergi minggu nih jugak, tak nak lah aku pergi jalan-jalan kat dalam New York city punya area masa aku cuti nanti, buat rugi aje sedangkan aku boleh buat semuanya tuh masa hari-hari aku kerja, kan? Cuti nanti aku nak keluar dari New York City lah, nak merasa angin luar lah pulak. Walaupun tak sehebat angin New York rasanya tapi akan aku hirup jugak nanti tuh. Iyalah kan, orang lain boleh hirup, tak kan aku tak boleh, kan?

So bila dah terbantut plan aku tuh, tak tahu ke mana pulaklah nak pergi. So aku jalan aje lah ikut kaki, still kat area rumah sewa aku tuh jugak. Tak sedar aje, terjauh pulak aku terberjalannya. Dah sampai kat area Bay Ridge. Dan yang buat aku terberhenti kat situ sebab aku ternampak satu bangunan yang macam masjid aje gayanya. So aku pergi lah, memang betul, Masjid BaitulMaqdis namanya masjid tuh, besar kawasannya, aku sempat masuk sekejap tengok-tengok kat dalam.


Lepas pada tuh aku ke subway station, tiba lah masa aku ke Manhattan. Biasalah, dari 34th Street aku jalan ke Times Square. Call me kampung tapi I can't get enough of Times Square - it never fail to fascinate me, so colorful, so vibrant, tiap-tiap hari aku mesti nak ke Times Square. Kadang tuh aku lepak aje sesambil tengok orang, sesambil fikir, apa yang aku nak tengok sangat nih sampai berkali-kali? I have no answers to that, tu pasal I keep coming back for more.


Lama aku berjalan tadi tuh, sampai pukul 2 lebih. Tak letih pun, aku jalan, dan jalan, dan jalan. Aku rasa, yang buat aku tak letih tuh, selain dari cuaca yang nyaman, mungkin sebab sepanjang aku berjalan tuh, otak aku asyik berfikir aje. Berjalan sambil otak berjalan memanglah tak meletihkan, kan? Cuba berjalan sambil otak buntu, sure cepat letih, kan?

Ini gambar kat area-area Madison Square Garden terberjalan kat situ pulak tadi tuh. Tak sabar nak tunggu Sabtu malam, malam konsert Eagles, yang menandakan bermulanya cuti aku.









[Bryant Park - dah lama dah aku tak melepak kat sini. Dulu, sebelum aku duduk New York, kalau sekali sekala turun, kat sini lah ake melepak, sesambil online]


Aku sampai kat Forest Hills pun dua jam awal, so untuk menghabiskan masa, aku masuk Barnes & Noble. Malaslah pulak ke library, aku tak bawak laptop, tak kan nak buang dua jam sambung baca cerita Phoolan Devi, kan?

Nyaris sesangat dah aku terbeli buku belajar Spanish yang lengkap dengan CDsnya sekali tuh, siap berbaris nak bayar dah. Tapi sebab line nya panjang, aku batalkan niat aku. Aku memang nak cari buku yang ada audio nya sekali, senang sikit nak belajar, sebab kalau boleh aku nak belajar sendirilah jugak sesikit. Tak boleh nak harapkan apa yang tutor tuh ajar aje, dia tuh slow mengajarnya.

Then aku ke bahagian magazines, gitu jugak, aku dah siap ambik dua bijik magazines, cadangnya nak pergi baca sambil lepak-lepak kat atas rumput. Tapi aku fikir, baca kat situ sudahlah, save sikit duit aku. So, aku baca aje lah dua-dua magazines tuh kat situ. Selamat duit aku.
Scooter baru Hal tiba hari nih so dia cuba-cuba lah test drive gitu, sampaikan salesman yang tunjukkan cara-cara nak guna scooter tuh geleng-geleng kepala tengok gelagat Hal yang cerewet tuh. 

"He's very cocky, very very cocky", sempat aku bisik kat salesman tuh.

"Yeap, I can tell", kata dia.

Cuba punya cuba, Hal tak puas hati sebab scooter tuh rendah, susah nak angkat dia ke katil kalau rendah sangat. So dia tak jadi beli scooter tuh, the look on his face (salesman tuh) sungguh menghampakan.