Bulan lepas aku ada terima email dari this one guy, adik kepada pembaca blog nih, yang jugak kawan baik seorang pembaca lain. Azim nama budak tuh, exchange student (6 bulan) kat Minnesota. Dia nak datang New York sebelum balik Malaysia, tengah June nih. So aku offer dia bermalam kat bilik aku, dua malam. Timing tak berapa betul lah kan sebab aku dah habis cuti, petang Jumaat aku dah kerja balik semula, so tak dapatlah nak bawak dia jalan-jalan sangat pun.
So pagi tuh aku bangun awal, dalam pukul 4 setengah gitu. Tak ada jauh sangat JF Kennedy Airport tuh dari tempat aku cuma kena tukar 3 trains dan awal pagi manalah banyak trains, so itu yang aku keluar awal sikit tuh, dalam 5-15 am.
Ngam-ngam aku sampai kat Terminal 2 masa plane dia mendarat dan tak lama jugak aku tunggu, aku nampak Azim. Senang aje nak cam sebab penumpang semua tuh turun tangga escalator, so ada masa nak cam satu persatu. Aku kasi dia dua pilihan, samada nak terus keluar jalan-jalan atau nak balik ke rumah sewa aku dulu. Sebab nak save masa lah kononnya.
Mulanya aku aku rasa Azim nih macam banyak cekadaknya jugak sebab dia tak buat keputusan apa-apa pun. Lagi satu, dia macam berbelah bagi, samada nak lepak rumah aku atau nak melepak sama kawan dia (perempuan) yang baru turun dari Buffalo, yang melepak kat New Jersey, kat Stevens Institute Of Technology. Memang dulu ramai Melayu belajar kat situ, sekarang nih tak tahu lah aku.
Aku fikir, apa ke jadahnya nak lepak tempat lain sedangkan dah janji nak melepak kat tempat aku? Kalau tak nak, beritahu awal-awal, ini aku dah tersusah payah bangun awal, bila aku sampai sana, dia buat arrangement lain pulak kan? Budak-budak, fikir aku dalam hati. Jauh bezanya dengan umur aku, dia 21 tahun, belasan tahun gap umur.
Tapi aku diam kan aje lah, aku tak buat keputusan, aku nak tengok macamana dia punya style. Tapi bila aku tengok beg dia besar dan berat, terus aku ajak balik rumah sewa aku dulu. Dan kebetulan pulak tempat member dia tuh semuanya perempuan, so dia decided nak lepak sama aku aje lah. Kitaorang breakfast dulu kat kedai Mexican yang kat area rumah sewa aku tuh.
"Bilik aku kecik jer, ko ok ker?", aku tanya dia.
"Eh saya ok jer Bang", kata Azim.
Aku malu jugak benarnya nak ajak orang lepak sama aku, orang yang aku tak kenal pulak tuh kan? Tambah-tambah dia student pulak tuh, aku rasa, dia punya tempat tinggal dan cara hidup pun jauh lah lebih bagus dari aku. Lagipun, dia nih tak berapa tahu pasal aku, setakat baca sikit-sikit aje bila abang dia kasi kat dia alamat blog aku. Sure dia punya expectations tuh tinggi agaknya. Iyalah kan, aku duduk kat New York kan, sure lah semuanya best-best kan? Sedangkan aku selama ini sedaya upaya memaking the best out of the worst.
"400 macam nih?", kata Azim bila masuk aje bilik aku. Kalau kat ceruk lain di US nih, USD 400 tuh dah boleh sewa rumah besar. Tapi kat New York nih, cuma dapat menyewa bilik kecik seluas sekangkang kera bunting.
"Ha ah, ini New York....", aku jawab gitu.
Aku tahu dia letih sebab semalamnya bertolak dari Las vegas pukul 10 malam, so aku suruh dia tidur dulu, kitaorang nak keluar lepas Jumaat. Aku online ajelah masa dia tidur. Aku pun ngantuk jugak benarnya sebab bangun awal, semalamnya pun tidur lewat, tapi aku nak tidur kat tikar kat lantai tuh aku takut Azim tersedar, sure dia rasa tak sedap hati pulak kan? Azim nih bukan macam Syed dulu tuh, dia nih baik budaknya, kemelayuan dia tuh kuat lagi.
Ada jugak Azim tanya pasal aku and since he has no clues pasal aku, aku senyapkan aje, aku kata, "You don't have to know". Tapi aku kata gitu sambil gelak-gelak lah. Tapi, sebelum pergi Sembahyang tuh, tah macam mana, Azim tertanya lagi, kesian pulak aku mendengarnya so aku ceritalah sesikit. Ayoo, tak dan lama aku cerita, airmata aku keluar! Memang dasar pundeks sangat aku nih tau! Itulah susahnya jadi natural born actor macam aku nih, aku selalu menjiwai lakunan aku tuh dengan penuh perasaan. Termalu aku kat Azim jadinya, tapi nak buat macamana kan? Tak apa lah.
Kitaorang Sembahyang Jumaat kat Brooklyn, kat masjid dekat rumah aku tuh. On the way tuh lalu kat Chinatown , aku tunjukkan kat dia restoran Nyonya, restoran Malaysia tuh. Masa ceramah sebelum Sembahyang tuh, sebab ceramah dia dalam bahasa Turki, aku banyak mengelamun aje. Mengelamun ker? Bukan kot? Aku macam banyak tersedar gitu. Aku teringat kat satu email nih yang tah sapa-sapa hantar kat aku, yang ada tulis words macam nih, "Sebenarnya kan Joe, Tuhan banyak menyebelahi kau lah". Aku tahu, ayat tu salah, tapi somehow aku rasa macam aku faham apa maksud pengirim tuh. So from there, jauhlah aku termengelamun. Dan aku tahu, mata aku akan jadi merah lagi nanti nih.
Lepas Sembahyang kitaorang terus aje ke subway station. Nak ke Manhattan. Di sepanjang jalan tuh, aku sambung lah cerita sikit-sikit kat Azim, pasal pengalaman aku. Banyak gelak-gelak aje. Aku, bila dah lepas bab yang mula-mula tuh, aku dah gelakkan aje bila ceritakan kisah-kisah aku nih. Yang bab mula-mula tu ajelah aku, sampai sekarang, masih tak dapat nak kontrol sedihnya kalau aku cerita kat orang.
Ada jugak aku terfikir yang Azim nih macam reflection aku masa dulu. Masa aku student dulu (aku terjumpa ex-sailor kat South Shields, England), masa sekarang ni pun, once in a while aku terjumpa orang-orang lama (PakCik Arthur contohnya), yang terdampar gitu. Mungkin, 10 years, 20 years down the road, Azim akan teringat yang dia ada tejumpa Melayu (aku) masa melepak kat New York City. Masa tuh mungkin dia akan fikir, "I wonder what's up with that guy now?..."
"Ko datang nih bawak rezeki sebenarnya", aku kata gitu kat Azim, masa tengah tunggu train. Senyap jer.
"Apa pasal pulak?", dia tanya aku.
-----------------
Masa Azim tidur tadinya tuh, to keep me awake, aku pun merayau-rayaulah online. Masa aku kat craigslist aku ada tertengok this one ads yang nak kan PA (Personal Assistant), cuma dia tak tulis samada nak kan perempuan atau lelaki. Yang aku tahu, dia tuh a very busy executive kat Chelsea, area-area kat 22nd Street/7th Avenue.
Saja-saja jer lah aku email mamat tuh, rupanya dia online jugak, so email aku cepat aje dibalas. Dia kata dia lebih suka kalau lelaki yang jadi PA dia sebab sesama lelaki nih senang sikit. Agaknya kalau perempuan yang jadi PA, banyak songehnya kot, itu maksud dia kot?
So, kitaorang berbalas email lah, bila dia mintak refrence, tanya itu ini, aku jawab pun macam nak tak nak ajelah. Bahasa pun adalah kasarnya jugak, which aku selalu termenyesal, "ish aku nih, pasal aku tulis macam tuh? Sure dia bengang, sure dia tak nak balas dah email aku, sure dia cari orang lain aje nanti", aku fikir gitu. Tapi, surprisingly, dia tetap balas email aku, dan dia suruh aku arrange for an interview secepat mungkin sebab dia nak jumpa aku. Dia kata dia nak employ aku, on a part-time basis lah sebab kerja-kerja yang aku kena buat pun tak lah sebanyak mana, "just to assist me in keeping my life in order", kata dia.
Since banyak benda yang nak didiscusskan, itu yang dia nak jumpa aku secepat mungkin tuh. Too bad aku kerja dari pagi sampai malam weekend nanti, aku hanya free pagi-pagi aje, weekdays. So dia harap dapat jumpa aku Tuesday night, lepas aku balik kerja. Dan aku boleh start kerja tuh anytime minggu depan, kalau aku nak.
So, itulah rezeki yang aku maksudkan kat Azim tuh. Masa kat masjid lagi dah aku terfikir, yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Aku menerima gueast (Azim), tak semena-mena aku dapat second job (yang gaji per hour nya tinggi dari yang David/Hal bayar aku). Masa tuh jugak Tuhan bayar "cash", kasi aku kerja lain, terfikir aku dalam hati gitu.
Memanglah aku bersyukur tapi yang buat aku merah mata tuh, pasal aku macam baru tersedar aje yang selama ini "Tuhan selalu menyebelahi aku", macam yang budak yang email aku tuh kata.
Sebenarnya kan, for the last few days pun aku, sesambil berjalan ke sana sini, aku ada terfikir pasal itu pun. Iyalah, aku nih, walaupun hidup dalam serba kekurangan tapi kekurangan aku tuh penuh dengan kekelasannya tersendiri. Aku macam berjaya capai aku yang nak. Walaupun aku selalu terfikir yang "it could have been better kalau aku legal" tapi dalam-dalam keillegallan aku nih, yang aku redha, yang aku tau aku tak boleh nak buat macamana dah hence aku buat lah mana yang patut aje, tapi aku rasa oklah hidup aku sekarang, dibandingkan dulu-dulu masa aku kerja di restoran Cina.
Sekarang aku banyak masa free, aku boleh buat apa yang aku suka (belajar Spanish for example, pergi merayau-rayau), aku tak ada pressure sangat. Aku makan pun kat luar kan? Walaupun bukanlah kat fancy restaurants tapi kalau korang ikut blog nih, korang selalu terbaca yang aku selalu makan kat restoran Malaysia, restoran Thai, restoran India, restoran Pakistan. So aku nih bolehlah diklasifikasikan sebagai kelas orangnya kan? Bukan takat "macam kelas jer". Memang sudah termetri kekelasan aku.
So, yang buat aku termerah mata kat masjid tadinya tuh pasal itulah. Aku tersedar yang aku nih macam tak bersyukur orangnya. Takat sedar aje tak ada gunanya, aku kena bersyukur dengan apa yang ada. Tapi itulah, apa tanda-tanda kesyukuran aku? Aku patutnya lebih banyak beramal, buat baik, things like that. Itu yang aku macam terkedu sangat tuh, entahlah, mungkin sebab kat masjid kita jadi lebih dekat dengan tuhan kot? The moment keluar masjid, benda-benda baik yang kita fikir tuh terus hilang begitu saja.
Tak ada reaksi apa-apa dari Azim bila aku kata yang dia datang duduk sama aku tuh membawak rezeki. Aku beritahu dia tuh biar dia ada rasa seronok sikit sebab aku percaya yang dia sure ada perasaan macam menyusahkan aku. Sebenarnya tak ada menyusahkan aku langsung pun. Memang pandai aku menjaga hati orang kan?
Kitaorang berhenti kat Times Square and since aku ada masa sejam aje, aku bawak dia jalan-jalan kat area situ ajelah, tunjukkan mana-mana yang patut, senanglah dia nak jalan-jalan sama kawan dia yang masa tuh tengah on the way dari New Jersey. Aku tak sempat jumpa member dia tuh (aweks dua orang) sebab masa sampai kat area Macy's kat 34th Street, dah agak lewat, aku nak kena pergi kerja dah.
Elok aje aku sampai Forest Hills, dapat mesej dari David yang kata diaorang akan sampai dalam 5-30 pm. So aku ada masa dalam sejam, terus aje aku ke cyber cafe yang aku baru terjumpa. Nak ke library aku tak boleh online sebab aku tak ada card, nak sambung baca cerita Phoolan Devi aku tuh, malas pulak rasanya. So aku melepak kat cc tu ajelah.
Aku terserempak dengan mak sama adik David masa tengah tunggu diaorang kat depan apartment tuh so aku beritahu yang David sama Hal akan tiba any moment jer, so sama-samalah kitaorang tunggu diaorang kat garage apartment tuh. Berkali-kali David thanked me sebab datang kerja sebab diaorang banyak nak kemas barang, nak buat itu ini. I left at 9 pm sebab banyak yang kena diuruskan.
Aku sampai rumah, Azim belum balik and since esoknya aku akan kerja pagi sampai malam (nak pergi party tuh), so aku tidur awal jugak lah.
"Eh, Abang Joe tidur atas lah, saya dah biasa tidur kat bawah", kata Azim bila dia sampai, dia tengok aku tidur kat tikar kat lantai.
"Dah dah dah, tidur aje, tak kesah nyer, rileks lah", aku kata gitu. Bagus budaknya Azim tuh, aku harap-harap dia tak terasa hati. Aku pulak yang rasa macam tak sedap hati takut dia rasa tak sedap hati. Iyalah kan, sebagai tuan rumah patutnya aku tidur kat katil dan dia tidur kat bawah.
Tapi itulah aku nih, baik sangat orangnya kan?