Saturday, October 13, 2012

04062008


Aku ada cadang nak ke Philadelphia, atau Washington DC, tapi bila aku bangun pagi, hujan lebat. So terus lah aku kanselkan niat aku tuh. Rasa frust jugak sebab cadangnya nak jumpa Bob, on the way ke DC tuh. Tapi itulah, tak jadi rupanya plan aku tuh. 

So harinih aku aktiviti utama aku, tengok wayang. Filem Indiana Jones. Tak ada rasa seronok sangat pasal dah lama dah filem nih main baru sekarang aku ada kesempatan nak tengok. So, memanglah tak berapa ramai sangat dah orang yang kat panggung tuh. 

Sekarang nih filem Sex And The City tengah top, perempuan yang ramai tengok filem tuh. Masing-masing nya semua all dressed up, kononnya lah kan? Meluat aku menengoknya, aku tengok Indiana Jones tuh tak ada lah nak dress up macam Indy pun kan? 

The rest of the day tuh gitu aje lah, merayau-rayau, tension aku jadinya sebab aku macam dah tak tahu nak ke mana. I've seen it all, New York doesn't fascinate me no more ker? 

Ish, macam cabul pulak mulut aku nih.