Saturday, October 13, 2012

30052008


Pagi aku bangun hari nih, tak tidur dah lepas Subuh, macam selalu tuh. Lepas breakfast, aku keluar. Aku nak ke South Street Seaport. Jarang aku keluar pagi-pagi, so memanglah sendat train subway kalau pagi-pagi, rush hour.

Since aku tak tahu sangat jalan kat situ, aku ikut aje lah kaki aku. Mulanya termasuk ke bahagian Financial District, siap aku nak tukar tujuan pulak, dari nak naik catamaran, aku nak ke Wall Street. Nasib baik aku terus aje jalan, akhirnya sampai jugak aku kat Pier tuh. Ada banyak pier tapi Pier 17 tempat aku nak tuju.


Bangunan-bangunan kat belakang tuh bangunan kat Financial District.





Terus aje aku beli ticket untuk boat cruise yang sejam jangkamasa perjalanan, $25 harganya. Sementara tunggu boat, sempatlah aku melepak-lepak dulu kat situ, breakfast untuk kali kedua. Aku pilih watertaxi tuh sebab vessel tuh tak lah besar sangat so tak adalah ramai sangat penumpang. Banyak tours yang lain tapi semuanya guna catamaran yang besar-besar.


[Sebahagian dari Financial District punya bangunan-bangunan]








Kitaorang dibawak ke arah west, so dapat tengok Manhattan di sebelah kanan dan Jersey City, New Jersey, di sebelah kiri.



Lepas meninggalkan Manhattan, boat tuh patah balik ke arah Jersey City, untuk perjalanan seterusnya ke Ellis Island dan Statue Of Liberty.

[Dua-dua nih Jersey City]




[Muzium pasal immigrant yang mula-mula datang ke New York, Ellis Island]



Aku dah pernah sampai ke Statue Of Liberty nih, a few years ago. Dah naik sampai ke atas pun, sampai kat mata Statue tuh. Sekarang nih dah tak boleh naik sampai ke atas tu dah, takat kat pergelangan kaki Statue tuh aje dah sekarang ni]




Lama jugak boat tuh berkeliaran di sekitar Statue Of Liberty, simply because semua orang nak bergambar. Masing-masing nak banyak pulak tuh, especially Cina, segala macam pose nak buat.

Ala, aku pun kemain lagi kan? Duduk New York tapi perilakunya mengalahkan tourist lagi, jalan ke sana-sini macamlah dah tak esok lusa, kan?



Nasib baiklah crew boat tuh semuanya baik-baik belaka, semua gambar passengers ditolong-ambilkannya.



Sebelum cruise tu ditamatkan, kitaorang dibawak ke bawah jambatan-jambatan, kat New York nih banyak benar jambatannya sampaikan aku masih tak kenal yang which is which. Antara dua nih, Brooklyn Bridge dan Manhattan Bridge.





Lepas cruise tuh aku cadang nak tengok ada pamiran Amazonian Brazil, tapi bila mengenangkan tiketnya sampai $16, terus aku tak jadi. Laju aje duit aku keluarnya semenjak dua tiga menjak nih. Then aku terus ajelah jalan, ke arah Financial District. Tak ke Wall Street pun sebab aku pergi ke Ground Zero, kat daerah-daerah situ. Sempatlah tengok projek Freedom Tower yang tengah hebat naik tuh, tower nih lah yang akan menggantikan World Trade Center yang kena bom dulu tuh, dijangka bukak tahun 2011.







Lepas pada tuh aku merayap kat Battery Park City sebab cantik tempatnya. Kat belakang Financial Center tuh aje sebenarnya. Masa dalam boat tadinya tuh, ada Mamat nih kata yang it is possibly to just walk around Manhattan tanpa guna subway, dari hujung ke hujung, dari Lower Manhattan ke Upper Manhattan. Itu yang aku nak cuba jalan sesikit tuh walaupun aku tahu yang it's impossible, since aku nak pergi Sembahyang Jumaat dan lepas tuh nak pergi kerja.



[Pemandangan di Battery Park City]

Jalan punya jalan, sampailah aku ke TribeCa, kawasan yang aku belum pernah pergi. Kat Lower Manhattan. Bersempadan dengan West Village, Chinatown, Financial District dan Battery Park City. Mulalah panik bila tak jumpa cari subway station, dan tengah aku jalan-jalan tuh, ternampak macam ramai orang Afrika yang pakai ketayap. Rupa-rupanya aku berdiri betul-betul depan masjid, rumah kedai aje. Dan masjid tuh tutup (for I don't know what reason), so Sembahyang Jumaat akan diadakan di Community College kat situ. Since aku tak tahu jalan, aku ikut aje lah kumpulan tuh, jauh jugak menapaknya. Kalau nak pergi masjid tuh, berkira sangat aku nih kan? Kalau meraya-rayau tuh langsung tak fikir jauh dekatnya tempat.

Kat gym dibuat Sembahyang Jumaat tuh, untuk sementara, for a few months kot. Masa nak tunggu khutbah, aku ternampak ada this one guy yang aku agak-agak sure Melayu, muka baik aje, yang aku agak tentunya kerja best-best kat Wall Street. Aku fikir jugak, nak tegur ker tidak dia tuh sebab aku malu nanti kalau dia tanya aku kerja apa, kan? Lepas sembahyang, aku tunggu dia kat pintu, aku tanya dia kalau-kalau dia orang Singapore, dia kata dia Indonesian, kerja kat BNI (Bank Nasional Indonesia).
Masa keluar dari gym tuh, aku tengok banyak kereta polis. Bukan banyak sikit-sikit, banyak banyak-banyak. Beratur, berbaris, a few baris, aku kira-kira more than a hundred semuanya. Mulanya aku pelik, ada police headquarter ker kat area tuh? Then aku tengok, setiap kereta tuh ada dua orang polis di dalamnya. Then baru aku teringat yang lepas Sembahyang tadi nya, Imam tuh ada suruh jemaah berdoa supaya polis tak buat barricade, tak standby gitu. Rupanya polis-polis semua tuh buat kerja tak berfaedah tuh setiap kali ada Sembahyang Jumaat kat situ.

Sedih rasanya, nak marah pun ada, macam itu rupanya diaorang anggap kitaorang yang pergi sembahyang Jumaat. Nanti kalau aku pergi Sembahyang Jumaat kat situ lagi, aku ambik gambar kereta-kereta polis tuh, memang banyak, beratus-ratus. Biadab punya Amerika!

Lepas tuh aku terus aje lah ke Foret Hills, singgah kat this one Thai restaurant for lunch. Mamposlah, ketiga-tiga restoran Thai kat situ aku dah pergi. Macam termenyesal pulak bila masuk restoran tuh. Iyalah, aku selalu gitu, selalu nak makan kat tempat best-best, saja nak kasi duit cepat habis. Melayang lagi $21 kat situ.