Sunday, October 14, 2012

07062008


Aku sampai aje apartment David/Hal, terus David beritahu yang aku kena bersihkan Hal yang terberak atas katil. David dah bersihkan sikit-sikit dah sebelum aku sampai tuh. Bila aku bersih-bersihkan, taik tetap keluar. Tersembul aje gitu. Kalau taik tuh boleh ditarik gitu aje senang cerita kan? So aku kata yang buang masa aje bersihkan dia, kena bawak dia terus ke bilik air. So, aku mintak tolong David, heretkan Hal ke tandas. The moment aku dudukkan dia kat atas throne, bertempiaran taik keluar. 

"Ooo God, it stinks. I'm out of here Joe" kata David. Dia sokmo lah gitu, kalau Hal berak berterabur gitu, memang dia blah. Dia keluar ke gym.

"Why don't you wear gloves, Joe?", kata Hal. Kesian agaknya dia tengok aku, dah lah aku terkemput-kemput menahan napas, nak tutup hidung aku tak nak dia terasa hati pulak kan? Lagipun dia selamba aje. Ala, taik sendiri mana lah busuk kan, ekekekeke.

"It's too late now", tangan aku dah berkecimpung dengan taik. 

Berjam-jam Hal kat dalam tandas, lepas berak, berak, berteraburan pulak tuh. Yang aku bengangnya, belum habis berak, dah suruh aku cuci , belum habis cuci, berak semula. Sampai dua botol ubat tuh disuruh taruk. Sampai ke petang aku dok menguruskan pasal taik, sampai tak makan lunch pun, tak berselera aku. 

Dalam pukul 4 aku dah mula menyiapkan dia, nak pergi party tuh kan? Cerewet nak mampos, sampai aku beritahu dia yang aku pelik sangat kat orang yang particular sangat dengan cara berpakaian. "Who cares?", aku kata lagi. 

Iyalah kan, baju selawa mana, semahal mana, tapi kalau pemakainya buncit, pemakainya cacat, tetap tak lawa kan? Entah, tak reti aku nak cakap tapi itulah, diaorang tuh terlalu cerewet sangat kalau pasal pemakaian nih, as if diaorang tuh model, as if diaorang tuh orang terkenal yang kena sentiasa dipandang lawa.

Aku pakai baju hitam, seluar hitam, sebijik macam pakaian masa ke funeral bapak diaorang dulu tuh. Tak sedap jugak hati sebab masa funeral pakai all black, pergi party pun pakai all black jugak kan? Tapi tak apalah, aku kuli kan, memang kuli dan hamba sahaya pakai all black kot?

Ngam-ngam pukul 5-30, kereta pun sampai, tak jauh rupanya Brooklyn dengan Queens kalau ikut highway. Yang aku pergi balik kerja sampai sejam lebih sikit tuh pasal naik subway, yang kena melalui Manhattan, tu pasal jadi macam jauh aje tuh. 

Sementara nak tunggu boleh masuk ke apartment tuh (6-30 pm baru boleh masuk kononnya) kitaorang melepak kat dalam RiteAid sambil buat pura-pura nak beli barang sedangkan nak sejuk kena air-cond, sebab kat luar panas sangat.

Tu dia, terkagum aku bila masuk aje apartment tuh, penthouse lagi. The most expensive condo kat Brooklyn, Brooklyn Heights. Dah ramai jugak orang masa tuh, aku rasa, sebijik macam dalam tv aje. Macam party orang-orang kaya yang dalam tv/film tu lah. Kitaorang terus aje ke terrace di roof top sebab main eventnya kat terrace tuh, kalau dah ramai orang nanti susah pulak nak tolak Hal yang kat atas wheelchair tuh. 

Sekali lagi aku macam terkagum gitu, dia punya view punyalah cantik. Nampak the whole of Lower Manhattan. Siap aku terberangan sekejap, macam tak sangka gitu yang sekodi mana pun aku nih, dapat jugak merasa pergi party orang kaya, yang macam dalam tv tuh. Kalau aku ada bawak camera, sure berlambak gambar aku snap. 

Overall, aku tak ada lah nampak macam kekok sangat, tak adalah nampak kampung sangat (dari kacamata aku sendirilah kan?) sebab aku sentiasa sama Hal, aku buat-buatlah tolak wheelchair, ataupun tanya-tanya Hal. Nak minum pun takut, iyalah, kat situ siap ada a few bars, aku mana lah tahu apa-apa pasal minuman nih, so bila waiter lalu, aku ambik sparkling water aje lah. 

Party tuh sebenarnya untuk meraikan dua events, kedua-duanya sempena perkahwinan. Satu tuh sempena 15 tahun kawin this one couple, adik ex-wife David tuh. Lagi satu, "commitment ceremony" adik pengantin. Commitment ceremony nih term yang digunakan untuk gay wedding. So, ramailah jugak geng-geng adik kawan David punya ex-wife yang datang, semuanya dressing gila-gila, entah, aku rasa semuanya macam Elton John aje, sebab most of them pakai fancy glasses.

David tak adalah kenal ramai sangat orang so dia pun ada masanya macam kera sumbang lah jugak. Masa dia introducekan aku kat kawan-kawan dia, ada yang bersalam dengan aku, ada yang langsung tak pandang aku pun. Aku peduli apa, nak salam dengan aku, bersalam.Tak nak salam, sudah, tak apa hal nya. 

Pukul 8 tuh acara mula, dibuat kat tent. Siap ada musicians lagi. Tak reti aku nak cerita lah macamana tapi memang kelas ya amat. Then music dipasang, tent tuh diubah jadi ikut theme party, Balinese style, sebab keempat-empat pasangan pengantin (dua pasang kot? 4 orang pengantin, satu pasangan lelaki-perempuan, satu lagi lelaki-lelaki) nak pergi honeymoon kat Bali dan Phuket. 

So tak heranlah makanan pun masakan Indonesia dan Thai. Ada ikan bakar dalam daun pisang, apa ker nama benda tuh. Aku punyalah nak makan semua tuh sebab ada gado-gado tapi David tuh cerewet sangat kononnya, semua makanan tuh tak sesuai dimakan sambil berdiri kononnya. So kitaorang tak makan lah akhirnya. Since ada gaya nak hujan, cepat-cepat kitaorang masuk balik ke living hall. Pukul 11 kitaorang blah dari party tuh.

Sampai Forest Hills dah 11-30 pm, lepas siap-siapkan Hal baru aku blah, dalam 12 lebih gitu. Dan since dah tengah malam, weekend pulak tuh, lama lah jugak nak tunggu train, yang akhirnya aku sampai rumah dekat pukul 2 pagi dah. Azim belum balik masa tuh, ada dia sms aku rupanya, beritahu yang dia akan balik lewat sebab last day dia kat New York City. Siap pesan suruh aku tidur kat katil lagi tuh. 

Kan aku dah cakap yang dia sure rasa tak sedap hati kan?

Aku tak sedar pun pukul berapa, masa bila Azim balik pagi tuh, I was dead tired, tidur pun atas sejadah jer.