Tuesday, September 25, 2012

Always Something There To Remind Me

29092005


Dulu, kalau tak salah aku, ada aku beritahu yang restoran tempat aku kerja nih bukanlah Pak Tua yang punya. Kawan dia yang punya, keluarga Pak Tua yang manage. Begitu jugak dengan restoran diaorang yang lain, yang di Texas, di North Carolina dan di Florida.

Aku pernah sekali aje bertemu dengan boss besar, yang empunya restoran ini. Empat lima bulan yang lepas, masa tu Bayou masih ada di sini. Baik gayanya diaorang tuh.

Baru-baru ini, geng diaorang nih ada datang ke restoran di sini, tak tahulah untuk tujuan apa tapi aku tengok Pak Tua macam menyembah-nyembah jer masa diaorang datang tuh.

Tak lama kemudian, 2 of the guys datanglah tanya-tanya aku sama Nadi. Tanya biasa-biasa aje, berapa lama plan nak kerja di Amerika, apa rancangan masa depan. Aku tak adalah jawab sangat mainly because I simply do not know how long I will be doing this kind of crappy job, cuma aku kata yang aku akan keep on working , if not here mungkin somewhere close to New York City.

Nadi aje yang kata dia nak kerja for a few more years di Amerika, lepas tu balik Indo nak buat business. Konfiden jer dia cakap, sampaikan Boss tu kata, "It's ok to be a slave here, nobody knows you".

Sebenarnya aku pun boleh jugak kata yang aku pun nak buat begitu jugak, kerja for a few more years then balik Malaysia. Tapi, aku tak yakin sebenarnya, deep in my heart aku tahu yang aku berkemungkinan akan terus membanglakan diri bekerja di Amerika nih, kalau tidak di restoran Cina, di kilang-kilang di Philadelphia.

One of the guys tu tanya aku macamana nak dapatkan pekerja macam kitaorang, orang Asia yang sanggup membanting tulang, yang tak banyak kerenahnya. Sebab di semua restoran franchise dia, pekerjanya semua orang bangsa Spanish yang live-out, yang hanya kerja 8 jam sehari, 5 days a week. Kalau disuruh kerja lebih, mintak overtime.

So dia mahukan pekerja orang Asia yang macam kitaoranglah, yang nak live-in, dan boleh kerja dari mula restoran bukak sampailah restoran tu tutup, 6 hari seminggu, dengan bayaran yang sama atau lebih murah.

So aku katalah yang di Chinatown di New York, ada berpuluh-puluh agensi pekerjaan, kat mana nak cari orang Indo, orang China, orang bangsa-bangsa lain. Aku tanyalah samada dia nak bukak restoran baru ker apa ker, memang dia kata dia nak bukak satu franchise Texas B-B-Q Factory, kat Washington DC. Masih dalam perancangan kata dia, tapi he has one kat Baltimore.

Beria-ia dia suruh aku ke sana, saja datang tengok-tengok aje, aku katalah yang aku pernah makan kat restoran tuh, aku suka masakan kat situ sebab banyak jenis makanan, tak bosan. Kalau kerja pun seronok jugak sebab taklah jemu asyik nak menghidang masakan yang sama aje kan?

Lepas diaorang balik tuh, aku sembanglah dengan Nadi, aku kata, kalau one of us pergi ke restoran diorang tuh, sure diaorang akan pujuk suruh kitaorang kerja di sana. Nadi suruh aku cuba-cuba pergi, cuba-cuba tengok, sebab dia belum pernah ke Washington DC, belum pernah ke Baltimore.

Aku senyum jer, aku fikir lain pulak. Kalau aku terima kerja dengan boss tuh, aku sure akan mencipta sejarah. Bangla style lah kan? Sejarah sebagai orang Malaysia pertama. Sebagai anak Melayu pertama. Akan terkenal lah aku nanti, walaupun masa itu nanti, even sekarang pun, aku tak mahu dikenali. Sebab restoran yang nak dibuka itu, terletak di bangunan Pentagon.

Bayangkan, aku sebagai anak Melayu pertama, anak Malaysia pertama yang bekerja di Pentagon. Lihatlah dunia, lihatlah pencapaian aku. Dari seorang Bangla Melayu, aku berjaya menakluki Pentagon. Tak kisahlah aku jadi counter boy kat restoran Cina, tak pedulilah aku akan membersih, menyapu, mengemop lantai restoran, yang pentingnya aku bekerja di Pentagon.

Dan aku senyum lagi bila aku bayangkan yang kalau nanti ada orang-orang High Comm., orang Embassy datang makan, aku nak goyang-goyang bontot jer kat muka diaorang yang berlagak tak kenal dunia tuh. Biar diaorang sedar diri sikit. 

Itu satu.

-------------------------------------------------------

Ini lagi satu.

Memang selalu jugak aku terjumpa Melayu yang datang makan kat food court tempat aku kerja nih, kebanyakannya yang datang dari luar, dari Virginia, dari Ohio, tak kurang jugak yang datang bercuti. Ada Melayu Malaysia, Melayu Singapore. Orang Indon memang selalu sangatlah kitaorang jumpa.

Radar kemelayuan aku memang kuat lagi rupanya, aku boleh cam kalau orang tu orang Melayu, atau orang Asia yang lain. Tambah-tambah kalau yang pakai tudung, senang jer nak cam sebab cara orang Malaysia pakai tudung, ikat tudung tuh, lain sikit. Kadang tuh aku cam t-shirt atau baju yang diaorang pakai.

Tapi, memang jarang sangatlah orang Melayu Malaysia yang makan di restoran tempat aku kerja, sebab makanan tak halal, binatang tak sembelih. Walaupun ada jugak tiga empat kali aku terserempak dengan Melayu, even yang pakai tudung pun, yang buat selamba aje makan kat sini. Orang Indo, itu lain cerita, diaorang macam orang Arab jadinya, macam lain mazhab jer.

Biasanya orang-orang Melayu yang aku jumpa, aku yang tegur dulu sebab diaorang memang tak akan sangka ada Melayu yang kerja di restoran Cina. Sebelum aku tegur, aku perati betul-betul, aku ajak-ajak sembang sebab nak dengar loghat English dia, dari situ aku dah boleh agak biasanya. Macam-macam cara lagilah, kadang terdengar diaorang cakap Melayu sesama diaorang, macam itu hari, aku ingatkan orang Filipina, rupanya orang Melayu, orang dari Pantai Timur. Anaknya pakai subang kat hidung, maknya boleh tahan jugaklah cara berpakaiannya.

Aku kata aku orang Singapore sebab aku tak nak semuanya termalu. Aku, sebab malu kerja kuli kat restoran Cina. Diaorang, takut diaorang termalu sebab makan ayam tak sembelih, itupun kalau diaorang tahu yang benda tu tak boleh dimakan. Jadi, kalau mengaku orang Singapore, taklah rasa malu sangat. Dan kalau yang aku tegur tuh orang Singapore, aku akan mengakulah yang aku orang Malaysia. Atau orang Indo.

Tapi ada satu hari tuh, aku nampak ada satu keluarga orang Asia, yang lelakinya aku memang agak samada orang Malaysia atau Singapore. Paling tidak pun, orang Brunei, atau orang Indo. Kemudian masa diaorang lalu depan restoran tuh, aku tengok anak dia pakai baju yang ada tulis Sepadan Island. Sahlah orang Malaysia. Diaorang tak makan kat tempat kitaorang pun, instead diaorang takat minum-minum aje, kalau tak salah aku, makan aiskrim jugak.

Tapi meja diaorang tuh betul-betul kat depan restoran tempat aku kerja, so aku macam terperasan yang lelaki tu asyik pandang arah aku aje. Nak kata dia pandang aku, tak kan pulak sebab dari jauh orang tak boleh cam yang aku nih Melayu, even orang lain pun ingatkan aku Spanish, tambah-tambah kalau aku cakap Spanish dan bila diaorang tanya yang bukan-bukan yang aku tak faham dan aku kata aku tak reti cakap Spanish, diaorang tak percaya.

So, aku tengok this guy asyik pandang arah kitaorang aje. Mungkin dia pandang sebab nak tengok harga makanan yang ada tertulis besar-besar dan tergantung tuh, atau memang dia pandang kitaorang. Aku mula rasa tak sedap hati jer. Dan aku pun, biasalah kan, mulalah fikir ang bukan-bukan. "Ish, entah-entah dia nih ada terbaca blog aku, lepas tu dia datang sini nak tengok keadaannya", kata aku dalam hati.

Tak mungkin, apa ker jadahnya nak ke sini cari aku? Tak ada kerja lain dah ker? Nak menyibuk-nyibuk pasal aku, buat apanya? Dan aku fikir lagi, tak mungkin lelaki tu orang yang aku kenal, atau orang yang kenal atau cuba nak kenal aku. Sebab, setahu aku, pembaca blog ni yang paling dekat pun, lebih kurang seratus batu (110 km lebihkurang) dari tempat aku. Tak mungkin dia nih datang sini nak "tengok" aku, sambil pura-pura makan. Eleh, kalau betul ada orang nak datang pun, bukannya aku nak layan.

Aku buat tak kesah ajelah akhirnya, walaupun aku selalu jugak jeling-jeling ke arah meja diaorang tuh. Nanti kalau selalu sangat jeling, takut diaorang terperasan pulak. Dulu lagi aku ada beritahu Nadi yang kalau ada orang Malaysia, jangan cepat-cepat kenalkan aku sebagai orang Malaysia jugak. Memanglah Nadi tak faham kenapa, "Koq, apa yang harus dimaluin, kita kerja mereka pun kerja. Mungkin mereka pun orang gelap juga", kata dia.

Memanglah, tapi aku tak boleh hide this feeling yang aku akan rasa malu kalau ada Melayu tahu aku kerja kuli di restoran Cina, duduk secara haram di Amerika. Pasal diaorang surenya, kalau tak student, pasti orang yang kerja bagus-bagus.

Pernah, boleh kata semua Melayu yang aku tegur selama ini, nampak baik macamana pun, tapi secara tak sedar, secara tak langsung, diaorang macam pandang aku semacam jer. Mungkin diaorang tak perasan, aku memang perasan, tapi kalau diaorang tanya aku, "Apa pasal kerja gini?, "Dah lama ker kerja macam ini?", "Tak sangka ada jugak Melayu yang buat benda-benda gini", siapa yang tak akan terasa kan? Soalan-soalan yang bagi diaorang tak ada apa makna sangat tapi bagi aku cukup meruntun perasan.

Soalan yang kalau aku dengar, rasanya nak terus blah tinggalkan diaorang di situ aje, tapi sebab aku tak sampai hati, aku senyum ajelah. Walaupun dalam hati aku Tuhan ajelah yang tahu macamana sedih dan bengangnya, walaupun dalam hati aku akan kata, "Ha, inilah orang Malaysia, diaorang nih tak pernah merasa susah agaknya, diaorang nih tak pandai baca hati orang agaknya".

Itulah bangang dan bodoh sombongnya aku nih, aku tak sedar yang aku tak sepatutnya blame diaorang, pasal diaorang terkejut dapat jumpa orang Melayu macam aku, sampai terkeluar soalan-soalan macam tu tuh.

Ha, bulan puasa dah dekat nih, aku mulalah nak sedih-sedih jer nih.

Kebetulan pulak hari tuh memang tak sibuk, melangut ajelah kitaorang kat depan counter makanan. Tak lama lepas tuh aku tengok lelaki tadi tuh bangun, jalan arah kitaorang. Orang lain, Nadi, Jason, Richard, diaorang biasa ajelah. Aku jer yang macam panik jer, berdegup kencang jantung aku.

"Orang Melayu kayanya (gayanya)", bisik Nadi kat aku.

"Kamu diem aja kalau itu orang Malaysia", aku bisik balik kat Nadi.

Bila aku tegur lelaki tuh (in English), dia kata dia nak tengok harga aje, jenis-jenis makanan yang ada dijual, sebab tak ada orang lain yang makan kat situ waktu tuh, so dia kata dia harap tak apalah. Lega aku mendengarnya. Itulah, mudah sangat gelabah aku nih.

Ada gaya English orang Malaysia, orang Melayu. "Dari mana Mas?", aku tanya dia sambil senyum.

"Orang Indonesia ker?", dia tanya aku balik.

"Dari mana?, aku tanya dia balik, aku tak jawab pun soalan dia.

"Saya dari Malaysia", dia kata sambil tunjukkan keluarga dia yang tengah minum. "Dari Indonesia ker?", dia tanya aku lagi.

"Iya, saya dari seberang", aku jawab sambil senyum, tapi aku punyalah tahan gelak, sampai merah-merah muka aku. "Lagi ngapain di Amerika? Kerja atau lagi liburan?", aku tanya dia.

Dia tak faham agaknya, so aku ulang sekali lagi, kali ini aku pura-pura buat macam orang Indo yang cuba-cuba nak cakap Melayu. "Buat aper di Amerike? Kerje ker bercuti?", aku tanya dia.

"Oh, maaflah sebab tadi saya tak berapa faham........blah blah blah....... Pandai cakap Melayu Malaysia?", dia tanya aku.

"Nggak Mas, dikit-dikit aja, dulu perne tinggal di Malaysia, lamer, belasan tahun", aku jawab.

"Tahun bila? Di mana? Mengapa keluar Malaysia? ...blah blah blah," bertubi-tubi dia tanya aku.

"Udah lama sih, udah lupa, kalau nggak salah, tahun 90an, saya tinggal di Keramat. Saya diantar pulang, lantaran saya ka Amerik aja", aku cuba buat cerita. Aku tak pandang pun muka Nadi, takut tergelak.

Lepas tu aku perkenalkan Nadi kat lelaki tuh yang kata dia kerja di Kementerian apa tah, kat KL. Dia datang Amerika pasal cuti, ada seminar kat Washington DC, melawat kawan pun sama. Lama jugak, dekat dua bulan. Lagi dua minggu dah nak balik Malaysia, kata dia.

"Bagaimana hidup di Amerika, bagus?", dia tanya aku.

"Beginilah Mas, jadi orang gelap, mana bisa hidup senang, kerja kuli melulu", aku jawab gitu.

"Tak takut ker?", dia tanya lagi.

"Masa nggak takut, tapi pasrah ajalah", aku jawab.

"Kenapa tak ke Singapore atau negara-negara lain aja, lebih selamat di sana", dia tanya aku balik.

"Saya nggak punya surat segala, udah nggak bisa ninggalin Amerika. Bisa sih, tapi udah nggak bisa ke mana-mana lagi kalau udah keluar nanti pastinya", tak berapa reti jugak aku nak buat ayat panjang-panjang, tapi tak apalah pasal dia ingatkan aku nak cuba-cuba cakap biar dia faham, kalau cakap bahasa Indo bulat-bulat sure dia tak faham kan?

Aku lupa dah apa yang aku, Nadi, lelaki tu sembangkan, tapi Nadi banyak tanya pasal Malaysia, apa pasal tak ada orang ramai Malaysia yang keluar (dari Malaysia), kerja apa-apalah, macam yang banyak orang Indo buat.

"Kamu tanyalah kawan kamu (dia tunjukkan aku), tentu dia tahu, Malaysia negara maju, rakyatnya senang, apa perlunya keluar merantau jadi kuli orang?", bersemangat dia kata. Kembang kempis hidung dia, bangga sangatlah agaknya dapat mengutuk kitaorang orang Indo.

Entahlah, mungkin dia tak berniat nak mengutuk, tapi aku sama Nadi tak terasa hati pun. Mungkin (bagi Nadi) sebab ada benarnya. Bagi aku pulak, sebab aku orang Malaysia.

"Kerna itu aku nggak mahu mengaku aku orang Malaysia, kalau aku ada ketemu orang Malaysia, kerna mereka nggak bisa ngerti kenapa aku kerja segini. Kamu pun nggak bisa ngerti, bener nggak?, aku tanya Nadi malam tuh lepas balik dari kerja.