Tuesday, September 25, 2012

The Importance Of Being Idle


4092005

Semalam, kat tempat kerja, aku senyap jer hampir sepanjang hari. Pagi tu ok lah, aku ada sembang dengan Jason pasal Nadi, dia off. Tapi bila dah tengahari tuh, aku tegak sorang-sorang kat kat depan tuh, kat counter makanan. Aku tak peduli langsung Jason sama Richard yang asyik buat lawak jer, sambil-sambil jeling aku. 

Sampaikan malam tu Jason tertanya-tanya, kalau-kalau aku ada masalah. Richard tak tanya apa pun, dia biarkan aje aku senyap sengsorang, walaupun aku tahu, dia selalu tengok arah aku jer. 

Tak ada apa pun sebenarnya, one of those days bila kita rasa tak nak bercakap pun kan? Ajaklah sembang macamana pun, kalau dah tak ada mood tuh, buat selamba jer. Lantaklah orang terasa hati ker apa ker. 

Selain dari tak ada mood bercakap, sebenarnya aku sibuk melayan otak aku. Bagi orang-orang biasa, itu berfikir namanya (ataupun berkhayal, mengelamun), tapi bagi aku, bukan berfikir. Tapi melayan otak, aku suka guna term tu tuh. 

Kat tempat kerja sekarang ni kurang sibuk sikit, itu yang aku, kalau tak melayan orang makan, aku akan melayan otak aku. Kebetulan semalam tuh, aku dapat satu idea yang aku rasa bernas sesangat. No, it has nothing to do with my current project. It's a fresh new idea. Mungkin Tuhan kasi aku idea gamaknya, so aku nak teruskan idea tu tuh. 

So, the whole day semalam aku asyik memplan apa nak buat, macamana nak buat, aku fikir jugak baik buruknya kalau aku merealisasikan idea bernas tu tuh. Bab-bab memplan nih memang senang jer kan, tapi, aku yakin yang idea ini akan senang jer untuk dibuat. Memang senang pun, sepatutnya aku buat dari dulu lagi. Aku akan tulis nanti dalam my next entry, InsyaAllah.

Malam tuh, balik ke rumah jer sibuk jugaklah jadinya. Terkejut jugak aku pasal duit projek aku rupanya dah dimasukkan dalam account aku. I started off my project dengan $550, aku beli 2 contracts, 3 hari lepas aku cuba-cuba aje nak withdraw profits, adalah 7 ratus lebih. So aku keluarkan "ibu duit" tuh, not bad kan? More than 100% profits. 

Tapi kan, ketamakan aku agak terserlah. Bila aku tahu duit tu selamat masuk dalam trading account aku, pepandai jer aku email Broker tu balik, suruh beli another 2 contracts. Cayalah. The moment aku click send button, baru rasa menyesal pasal aku tak tahu sangat pun contracts yang aku beli tuh, takat jeling-jeling harga kat chart jer sebenarnya. 

Tengah aku sibuk multi-tasking check itu check ini, Nadi kata kat aku yang one of the guys budak Tibet tuh gayanya macam dibuang kerja. Betul rupanya, pak Tua suruh budak tu kemas barang, disuruh berhenti, disuruh ke New York City naik bas malam tuh. 

Sebab kitaorang tak tahu hujung pangkal, kitaorang buat selamba ajelah. Ingatkan satu aje yang berhenti, tapi kedua-dua budak Tibet tuh berhenti. Mungkin sebab satu orang dipecat, jadi, yang satu lagi pun berhenti jugaklah. 

Diaorang, masa kemas-kemas barang tuh, kasi aku sama Nadi, biskut, kek, macam-macamlah barang makanan dalam fridge diaorang, aku keluarkan duit $20 nak kasi diaorang tapi mati-mati diaorang tak nak ambil. Yang buat aku terkilan sikit tuh pasal adik one of the guys tuh yang di China, ada hantar email ke mail box aku, hantar gambar-gambar. Memang setiap hari dia hantar gambar, suruh abang dia tengok. Aku tak beritahu dia pun yang adik dia ada hantar email tuh pasal biasanya aku akan hanya beritahu dia masa aku nak mandi, sebab masa tuh bolehlah dia guna laptop aku. Kan ker dia tuh slow yang teramat, dia tak pandai nak guna laptop sangat. Itu yang buat aku rasa terkilan sikit tuh. 

Pak Tua sama Richard yang hantar diaorang ke WalMart, untuk tunggu bas Cina ke NYC. Dan at the same time jugak, Pak Tua jemput tukang masak baru yang sampai dari NYC. Jahat Pak Tua nih, rupanya dia cari tukang masak baru sebelum dia pecat budak Tibet tuh. Ini dah dua-dua berhenti, diganti satu orang aje, sure dia kena cari satu lagi tukang masak. Entah-entah dia panggil balik SiKecil atau SiRakus. Ha, itu baru betul. Aku tunggu jer nih 

Dulu, aku ada cakap sama Nadi, "Rasain mereka,tukang masak dua-duanya orang Tibet. Dulu, kalau ada orang Tibet yang kerja, mereka sering dicaci, dimarahin, dihinain". Memang, kalau orang yang tahu perkembangan semasa, orang Cina (mainland) memang tak suka orang Tibet, macamlah orang Pakistan yang anggap orang dari Bangladesh tu sebagai traitors. Tapi sejak SiKecil sama SiRakus berhenti, yang masuk kerja semuanya orang Tibet. Nak tak nak pak Tua terpaksa terima ajelah. Memang kitaorang dah agak yang lambat laun Pak Tua akan cari orang Cina daratan jugak untuk jadi tukang masak. 

Tukang masak yang baru tuh, budak lagi nampak gayanya, ada laptop pulak tuh. Richard suruh aku yang tolong budak tuh setkan wireless network untuk laptop dia tuh sebab aku tahu nama dan nombor router, dulu aku yang setkan Jason punya laptop. Tapi itulah, aku tak reti sangat sebenarnya, tambah-tambah kalau laptop yang tak ada tulis Centrino, aku rasa yang lain tuh macam laptop antik jer. Rasanya 3 bijik laptop dia tuh baru sama dengan harga laptop aku. So aku buat-buat tak reti (memang tak reti pun), aku suruh dia mintak tolong Richard ajelah. Tak tahulah pukul berapa selesainya, tapi aku ada terdengar budak Cina tuh ucap terima kasih kat Richard, ok lah laptop dia tuh gayanya