Tuesday, September 25, 2012

Projek Tabung Ayam



Sempena menyambut ulangtahun pertama blog Dendam Perantau, aku dapat idea untuk memanafaatkan kehadiran pengunjung yang tak henti-henti. Ok, aku ringkaskan di sini sajalah apa dia Projek Tabung Ayam tuh.

Setiap hits yang blog aku terima aku samakan dengan 1 cent (mulanya 1 sen Malaysia tapi ditukar kepada 1 cent US). Bila hits telah menjadi banyak, contohnya 100 000 hits, jumlah nya bersamaan dengan 100 000 sen, iaitu RM 1000. Berapa sangatlah RM 1000 tu in US Dollar kan? Aku then, melalui kenalan yang rapat, dermakan duit tuh (duit pocket aku sendiri) ke sesiapa yang memerlukan. Di Malaysia.

Selama beberapa tahun berjalan, Projek Tabung Ayam telah berjaya mengeluarkan derma kepada beberapa pertubuhan dan individu. Di akhir-akhir, kebanyakan derma disalurkan ke Pertubuhan Rumah Anak Yatim. 

Selain dari itu, Dendam Peratau pernah menganjurkan kutipan derma secara besar-besaran daripada para pembaca setia, yang berjaya mengumpul lebih dari RM 20, 000,  Duit tersebut didermakan ke rumah Yatim Darul Izzah, Bangi.. 

Tujuan aku buat Projek Tabung Ayam hanyalah untuk suka-suka, untuk mengajak semua pembaca setia aku berfikir. Yang kita tak perlu tunggu sehingga kita kaya raya untuk kita membuat kebajikan i.e berderma. Orang susah pun boleh menderma. Orang susah pun boleh buat baik sebenarnya. 

Lagipun, dalam keadaan aku yang berkelana macam tuh, aku nak lah buat sesuaatu yang boleh menggembirakan hati aku .