13102005 - aku ke NYC lagi. terjumpa kedai buat fake ID. Buat satu.
15102005 - aku sama nadi dinaikkan gaji. Kali kedua gaji naik dalam masa setahun.
18102005 - visa kawan aku untuk ke Amerika ditolak, dia tak dapat join aku. Tapi kitaorang berusaha cara lain pulak.
--------------------------------------------------------------
20102005
Aku lost count dah berapa orang tukang masak yang baru yang datang kerja di sini. Tak sempat seminggu dua kerja, samada berhenti atau dibuang kerja. Yang handle bahagian staff dapur nih Pak Tua kalau tak salah aku. Nadi selalu kata kat aku yang orang yang paling powerful di restoran nih sebenar nya Pak Tua sebab dia yang selalu pecat orang.
Aku selamba jer jawab, "Kamu kira aku takut dipecat? Ngapain aku melutut, kipas-kipas pantat (bontot) Pak Tua. Dia mahu pecat, silakan. Banyak kerjaan lain".
Takburnya aku ni kan?
Minggu lepas Pak Tua pecat satu tukang masak nih, tiba-tiba aje, macam selalu tuh. Tengah elok-elok kerja, malam tu selamba jer dia suruh mamat nih kemas barang, dia akan hantarkan mamat tuh ke WalMart untuk tunggu bas Cina ke New York City.
Yang aku nak gelaknya, masa mula-mula mamat nih masuk kerja dulu tuh, dua minggu lepas, bukan main kamcingnya dia dengan Pak Tua. Pak Tua sembang dengan dia tak henti-henti sebab dia nih agak berumur dah, memanglah ngam dengan Pak Tua.
Sorang lagi tukang masak tuh, masuk satu hari sebelum mamat nih mula kerja, muda lagi budak nya. Senyap jer orangnya. Aku dengan Nadi selalu kata yang mamat muda nih tak akan lama kerjanya di sini sebab dia tak ada kawan, Pak Tua tak sembang pun dengan dia.
Tapi itulah, kalau jenis tak reti bawak diri, mamat tukang masak yang tua yang baik dengan Pak Tua nih, mentang-mentanglah tokay baik dengan dia, dia lebih-lebih pulak. Dia tak buat kerja pun, asyik dok sembang jer, kalau Pak Tua tak ada, dia asyik dok baca papers jer. Kalau orang lain kerja, dia tengok jer, sambil cekak pinggang atau sambil peluk tubuh.
Pak Tua pun silap agaknya, dia buat baik tuh sebab nak ambik hati mamat ni lah agaknya, biar mamat nih suka kerja di situ. Itu yang Pak Tua, kalau kat rumah, dia pasang music lagu Cina kuat-kuat biar kiaorang boleh dengar (walaupun kitaorang kat dalam bilik masing-masing). Tak pernah-pernah Pak Tua pasang music, tapi sejak mamat nih ada, tiap harilah kitaorang kena pekakkan telinga dengar lagu Cina.
Aku memang tak berkenan dengan mamat nih, tapi aku buat selamba jer lah mulanya sebab aku takut dia rasa tak seronok, takut nanti dia lari sebab aku. Tak ker haru kalau nanti dia berhenti kerja, lari malam, semuanya pasal aku. Kalau aku yang lari malam tuh, itu memang biasa kan? Lagipun aku kan yang paling lama kerja di situ, aku kena tunjuk baik.
So dalam seseminggu tuh kitaorang tengok aje lah gelagat si mamat nih, Jason dengan Nadi takat kutuk-kutuk gitu aje. Aku? Kenalah aku ajar sikit orang yang tak sedar reti bawak diri nih. Kalau dia beria-ia sangat kononnya ajar aku macamana nak mop lantai dapur tuh, aku tunjukkan finger jer. Terkejut jugak dia, tapi bila dia tengok aku serious, dia buat-buat lawak. Aku, mengemop lantailah yang paling aku suka, kerja paling senang, asalkan lantai tuh basah, dah. Kalau ada yang memandai-mandai nak tunjuk cara lain, tu yang buat aku terbakar sangat tuh.
Tapi yang buat aku berbulu sangat dia ni nih, dia panggil aku Malai, Malai. Aku bukannya Paula Malai Ali.
So, memang tak lama lah usia mamat nih kerja di sini, this one night tuh Pak Tua suruh dia ke New York aje, cari kerja lain. Rupanya Pak Tua terperasan yang mamat nih asyik nak lepak jer kerjanya.
Ini ada orang baru masuk, memang Cina kampung habis, reti cakap Thank You aje, yang lain tuh, dia bantai cakap Cina jer dengan aku. Yang aku tak berkenan dengan dia ni nih, kat rumah, dia pakai t-shirt sama underwear jer, so the very kampung punya Cina kan?