Tuesday, September 25, 2012

Satu Hari Di Hari Raya


04112005

Bila aku dapat tahu yang Hari Raya mungkin jatuh pada hari Khamis, aku pun mula lah fikir untuk buat plan. Kalau Raya tuh weekend, memang tak ada harapanlah. So aku beritahu Hector yang aku tak nak cuti Isnin macam selalu tuh. Instead aku nak cuti hari Khamis. 

"I'm going to DC, I'm meeting someone", aku tipu dia. 

Hector senyum jer, lepas tuh dia beritahu Pak Tua. Diaorang gelak-gelakkan aje aku, termasuk dua-dua tukang masak Cina tuh. 

"Kamu kabarin mereka kamu mahu pergi Solat Lebaran, mereka kira kamu mahu pergi ngentot", kata Nadi kat aku. Biasalah, diaorang ingat aku nak ke Washington tuh nak pergi mengongkek. Sabar jer lah dengan diaorang nih, itu ajelah yang diaorang tahu. Mengongkek. Mengongkek. Mengongkek.

Kat Nadi jer yang aku beritahu yang aku nak pergi Sembahyang Raya. Selama aku kat Amerika, belum pernah aku ada kesempatan Sembahyang Raya sebab aku kerja. Adalah sekali dulu tuh, itupun Sembahyang Raya Haji, kebetulan masa tuh aku tengah tak kerja. 

Bagus jugak kerja kat restoran Pak Tua nih, aku boleh tukar bila nak cuti, aku rasa kalau aku nak ambil cuti dua tiga hari pun tak apa kot, cuma aku rasa tak sedap ajelah pasal baru sangat aku ambil cuti dua hari, waktu ke New York itu hari. Bargaining power aku kuat jugak sebenarnya nih. Diaorang tahu aku puasa so tak ada masalah lah sangat.Cuma diaorang pelik apa pasal aku nak ke DC sedangkan kat Hagerstown nih ada masjid, tempat aku Sembahyang Jumaat.

Dalam sesehari dua sebelum Raya aku ada cari info kat internet, info pasal masjid kat Washington DC, info pasal di mana nak Sembahyang Raya. Kalau tak salah aku, masa aku di Philadelphia, di Boston dulu, kalau tiba time Raya, ramai member-member Indo yang ajak aku turun ke Kedutaan Indonesia di Washington DC pasal di sana ada buat Sembahyang Raya. Bagus jugak kalau aku ke Kedutaan Indonesia aje, sure akan terjumpa orang-orang dari Philadelphia yang aku kenal. 

Tapi bila aku check website Kedutaan Indo, tak ada pun mention yang Sembahyang Raya akan dibuat di sana, Embassy tuh akan ditutup from 2nd-8th November. Macamana nih? 

Aku cuba-cuba jugak cari info pasal Kedutaan Malaysia, tak adalah beria sangat aku mengesearch, takat klik-klik kat links gitu aje. I'm not surprised, tak ada apa pun. Malaysia, kalau benda-benda pasal website, benda-benda gitu tuh, memang tak hebat langsung.

Bermakna jugak aku harus bertolak dari tempat aku nih malam hari Rabu pasal bas pertama ke Washington DC pukul 5 lebih, sampai DC pun pukul 8 pagi. Sure tak sempat nak cari masjid. Tapi kalau aku bertolak malam, aku nak buat apanya melangut kat Greyhound Bus Terminal nantinya, sebab aku akan sampai di station pukul 1 lebih. Tak apalah, aku melepak-lepak ajelah, aku boleh bawak kertas barang sesekeping dua, aku boleh tulis blog entry. Pasal kalau kat rumah, aku malas sangat nak update blog, aku asyik dok nak surf benda-benda lain jer kerjanya. Kalau kat station tu nantinya, aku dah tak ada nak buat benda lain, so dapatlah jugak aku tulis serba sedikit, sementara menunggu pagi tiba.

Nadi kata kat aku, lebih baik aku ke New York aje, naik bas Cina. Walaupun jauh tapi sampainya pagi, lagipun kalau di NYC aku panjang langkahnya sebab aku tahu selok belok, aku tahu kat mana masjid-masjid. Bagus jugak idea dia tuh tapi bila aku fikir balik, sure aku akan letih jadinya sebab perjalanan balik ke Maryland dari NYC tuh kalau naik bas Greyhound, sampai tujuh lapan jam. 

Nak naik bas Cina (perjalanan 4 jam lebih aje) aku tak tahu di mana nak tunggu bas sebab di Chinatown NYC tuh berlambak-lambak bas Cina gitu tuh. Semuanya tulisan Cina. Jangan nak harap tanya orang lah sebab diaorang tak tahu, lagipun kebanyakannya tak reti English. Biasanya, kalau nak ke bandar-bandar kecil macam tempat aku tuh, passengers akan talipun dulu driver, tanya samada ada tak bas yang akan ke destinasi, dan tanya di mana harus tunggu. Dulu aku ada sekali pernah cuba nak naik bas Cina untuk balik ke Maryland, aku talipun driver tuh, dia tak reti sepatah haram pun English. Last-last aku kena naik bas Greyhound. 

Jadi, aku terpaksa batalkan niat nak ke New York.

Dan nasib baik jugaklah aku tergerak hati nak check bus schedules kat greyhound.com. Aku tahu bas terakhir pukul sebelas lebih. Itulah aku kata nasib baik. Sebab, rupanya jadual dah ditukar, dah tak ada bas pukul sebelas lebih, bas terakhir pukul sepuluh setengah malam. Not only that, kalau biasanya perjalanan cuma 2 jam aje, ini dah jadi 3 jam pulak pasal bas tuh akan ke Baltimore dulu sebelum ke Washington DC. Tak macam selalunya, terus aje ke Washington DC, dan berhenti sekejap di Silver Spring. 

Tapi tak apalah, lebih lambat aku sampai di Washington DC lebih bagus, aku bukannya ada aktiviti lain nantinya. Aku tak dapat bayangkan yang aku, di malam Raya, akan melepak di stesyen bas. Sebijik macam orang gila kan? Yang bezanya, orang gila, dia menunggu orang yang tak kunjung tiba. Aku pulak, aku menunggu hari siang. 

So hari Rabu malam aku bertolak ke Washington DC, tak bawak beg apa pun, aku pastikan pakaian aku semuanya bersih. Hector tak ada pun beria-ia nak hantar aku ke station, tak macam Richard (dia sekarang dah pergi ke Texas) yang berkeras nak hantar aku kalau dia tahu aku nak naik bas. 

Kat station bas tuh aku nampak ada 4 orang Mat dan Minah Salleh yang bawak beg besar-besar, banyak pulak tuh. Europeans gayanya, so aku tegur diaorang. Rupanya diaorang tu dari Poland, pernah makan kat restoran tempat aku kerja, pernah sembang dengan aku pun salah seorang dari diaorang tuh. Terkejut diaorang sebab aku ingat diaorang. 

Sementara tunggu bas, aku masuk McDonald, aku beli kopi sama fries, lapar pulak rasanya. Kat luar pun sejuk sampai terketar-ketar tangan aku. 

Kat dalam bas, kebetulan aku duduk sebelah Mat Salleh Poland tuh, so kitaorang sembanglah sesikit sebelum aku tertidur. Rupanya diaorang pun orang gelap jugak, tapi diaorang macam ada sindiket yang menguruskan diaorang semua, yang menyediakan semua papers, apa-apa dokumen untuk kerja. Diaorang kerja kat mall, ada jugak yang kerja kat hotel. Legally. 

Aku tertidur, sedar-sedar dah sampai Baltimore. Aku cuba jugak tidur-tidur ayam dalam perjalanan ke Washington DC tapi tak lena pun, sakit bontot, kejap-kejap ubah cara duduk, berlunjurlah, bersandarlah, macam-macam. Sampai kat Washington DC pukul 1-30 pagi, aku tanya kerani kat counter tuh kalau-kalau Union Station bukak 24 hours, boleh aku melepak di sana. Kat situ kelas sikit compared to kat Greyhound Station. Dia kata station tuh tutup, so aku melepak ajelah di Greyhound. Kadang-kadang aku menggeleng kepala bila mengenangkan yang aku terpaksa melepak di stesyen bas, di malam Raya. 

Aku beli fries, beli susu, dan aku cari meja kosong, aku cuba-cuba tulis blog entry. Sabar jer lah, apa lagi yang nak aku buat dalam keadaan begitu? 

Dalam terkebil-kebil gitu tuh tak sedar aje jam dah pukul 4 pagi, so aku mulalah cari teksi, aku nak ke Washington DC Islamic Center, kat Massachusets Avenue. Kat kawasan banyak Embassy-Embassy. Sampai kat masjid tuh agak awal, belum ada orang pun so aku melepak kat luar dulu, sambil-sambil hisap rokok. 

Tak ramai yang sembahyang Subuh tuh, ada dekat 10 orang jer. Puas aku tanya makmum yang ada di situ, kat mana nak bayar zakat, semuanya suruh aku masukkan duit dalam donation box aje, tapi pasang niat zakat. So lah tak macam kat Malaysia nya. Aku masukkan sepuluh dollars kat kotak tuh, kiranya dua dollars balance tuh duit sedekahlah kot. 

Mata aku semakin mengantuk, aku kena cari spot yang terselindung sikit, boleh aku tidur, atau buat-buat tidur. Tapi aku takut jugak, ialah, masjid tuh besar, orang Arab semuanya, diaorang nih kasar-kasar punya orang. Tambah pulak, itu pertama kali aku di masjid tuh, takut diaorang ingat aku nih datang untuk tumpang tidur aje. Diaorang tak tahu aku datang dari jauh untuk Sembahyang Raya. 

So aku buatlah apa-apa yang patut, baca itu ini sesikit. Berdoa. Tapi kan, aku perasan yang masa aku buat benda-benda tuh, hati aku tak sedih pun, aku rasa macam biasa jer. Sampai aku terfikir, "koq keras banget hati aku nih, bagei nggak ada emosi". Kadang-kadang aku berfikir in Indonesian. So aku berhenti baca apa-apa, aku bersandar ajelah kat tiang masjid. 

Aku tengok ada one of the guys yang dah siap berzikir tuh, dia pergi dekat tiap-tiap orang, dia nak wish Eid Mubarak. Bila dia datang dekat aku, aku berdirilah nak bersalam dengan dia. Memang aku nih sopan santun punya orang, tak macam orang lain tuh, bersalam dengan dia tuh sambil duduk, takat hulur-hulur tangan gitu jer. Dia peluk aku sambil kata "Eid Mubarak". Aku peluk dia 3 kali, style Arab gituh. Terus airmata aku terburai-burai. 

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Hilanglah mengantuknya jadinya aku bila mata sentiasa basah, tapi aku rasa letih jer, kalau dapat baring atau bersandar kat mana-mana sure aku boleh terlena, kata aku dalam hati. Mulanya aku cadang nak keluar aje dari masjid tuh, nak jalan-jalan sementara tunggu Sembahyang Raya pukul 10 pagi. Lagipun, tak sanggup aku nak melayan memikirkan benda-benda yang bermain di kepala aku tuh.

Tapi kat luar sejuk jugak, lagipun, masih terlalu pagi, pukul 6 gituh. So aku lepak ajelah kat dalam masjid. Aku buatlah apa-apa yang patut. Tak lama tuh aku tengok ada orang baring kat tepi tiang dalam masjid tuh. Siap berselimut lagih. Ada satu lagi tuh baring jugak, tapi dia baring sambil baca buku. Dia tak ada gaya macam nak tidur pun. Aku pun ikut jugaklah baring, ada geng. Dapatlah aku lena dalam sesepuluh minit gitu, selalu jugak tersedar pasal orang lalu lalang. 

Yang buat aku terus bangkit bangun, ada orang gerakkan mamat yang tidur tadi tuh, kuat suaranya. "Wake up Brother! Wake up Brother! You cannot sleep here!", kata dia. Memang pun, mamat tuh berdengkurnya bukan main kuat lagi. So aku terus ajelah bangun, aku tak naklah nanti dibangunkan mamat sorang tuh. Nanti aku ingatkan diaorang macam halau aku dari masjid tu pulak. 

Gitulah aku nih, aku takut sangat orang berkasar dengan aku. Orang berlembut sangat dengan aku pun aku takut sebenarnya. Aku lebih suka orang tak pedulikan aku, itu yang benarnya. 

Aku tak basuh muka apa pun, terus aje aku keluar dari masjid, aku menyusur Massachusets Avenue. Banyak Kedutaan-Kedutaan yang aku lalu, kalau tak salah aku Kedutaan Malaysia, walaupun tidak di Massachusets Avenue tuh, dekat-dekat area itu jugak. Mulanya aku cadang nak pergi cari, saja nak pergi tengok. Tapi bila aku fikir aku nak buat apanya ke Kedutaan Malaysia, selain dari rumah pelacuran, Malaysian Embassy lah tempat akan aku tak nak masuk, tempat aku cuba nak elak. Ish apa aku nih? Sempat lagi tuh! Patutlah blog nih judul dia Dendam Perantau 

Jauh jugak aku berjalan menyusur jalan tuh, seronok jugak sebab bangunan-bangunan grand semuanya, iyalah, kawasan orang-orang penting. 

A few blocks aku jalan tuh, aku ternampak ada sekumpulan lelaki, one of them pakai songkok. Sahih orang Melayu yang nak pergi Sembahyang Raya. Aku pergi dekat diaorang, aku jeling-jeling ajelah. Sekelompok jer diaorang tuh, macam orang asli jer, yang sekali keluar berbondong-bondong, jalan berbaris jer. Tapi bila aku semakin dekat, aku rasa diaorang tuh bukan Malaysians, orang Indo gayanya. Sebab muka masing-masing tuh berkarat jer nampaknya. 

A few blocks down the road, aku nampak ada perempuan pakai selendang, gaya macam Melayu. Bila dekat, aku tegurlah dia, in Malay. Orang Indo rupanya, dia beritahu aku yang Sembahyang Raya tak ada dibuat di Kedutaan Indo seperti selalu tuh, dia pun baru tahu. 

Rupanya aku berdiri betul-betul di depan Kedutaan Indo, besar jugak bangunannya, dalam hati aku kata sure bangunan Kedutaan Malaysia jauh lebih besar dari Kedutaan Indo. Tapi mungkin jugak lebih kecil sebab orang-orang Kedutaan Malaysia, selalunya tak ada kerja sangat nak buat kan, selain dari sibuk masa Menteri-Menteri datang aje. Malaysians yang "layak" diambl berat pun berapa kerat aje kan, tak macam Kedutaan Indo yang perlu menangani ratusan ribu orang Indo di Amerika. 

Aku beritahu dia yang Sembahyang Raya kat Islamic Center tuh pukul sepuluh. "Nggak mahu sih, udah telat (lewat) kalo jam sepuluh", kata dia. Tengah kitaorang sembang tuh keluar this one guy dari bangunan Kedutaan tuh, Makcik nih tadi teruslah tanya dia apa pasal tak ada Sembahyang Raya dibuat di Kedutaan tuh, macam tahun-tahun sebelum ini. Kasar jer jawab lelaki tuh, dia tak pandang pun aku, dengan Makcik tu pun cakapnya semacam aje. 

"Koq berlagu (berlagak) amat, dia kira kita ni gembel (peminta sedekah)?", Makcik tu kata kat aku bila lelaki tadi tuh terus aje masuk semula ke bangunan Kedutaan tuh. 

"Sabar ajalah Cik, orang kerja Kedutaan ramei yang begitu", aku kata gitu kat Makcik tuh. "Kedutaan Malaysia lebih parah (teruk)", aku sambung lagi.

"Koq kamu orang seberang? Kira (ingatkan) orang Indo", dia kata kat aku. 

Lepas tuh aku terus lagi jalan, aku cari kedai sebab perut aku dah lapar, mata pun mengantuk, dapat pekena kopi pagi-pagi sejuk tuh memang sedap. Ada dekat sejam aku melepak kat satu cafe nih, sambil baca USAToday, sambil tengok orang lalu lalang. 

Dah dekat pukul 9 baru aku jalan balik arah ke Islamic Center tuh. Dah ramai dah orang rupanya, masa nak masuk masjid tuh aku nampak satu perempuan Melayu yang aku yakin pastinya orang Malaysia, atau Melayu Singapore. Pakai baju kurung, tudung hijau. Rasa nak tegur tapi takut dia kata aku nak menggatal pulak.

Aku masuk jer masjid, aku tengok ada 3 orang budak kecik, budak Malaysia sebab aku dengar diaorang cakap loghat Pantai Timur. Rasa nak tegur tapi aku dah dalam masjid. Aku jeling-jeling jugaklah kalau ada muka-muka Melayu, tapi aku nampak muka-muka Indo aje, adalah dalam sesepuluh orang. Ada satu jer muka Melayu Malaysia tapi aku buat tak tahu ajelah. Dia pun ada jugak pandang-pandang aku, entah-entah dia pun macam aku jugak, cari muka-muka Melayu. 

Punyalah lama bertakbir, sampai sepuluh lebih baru Sembahyang. Yang buat aku rasa annoying sangat, makmum selamba jer ambil gambar, berkelip-kelip flash camera, ada yang bawak video-cam lagi, selamba jer ambil gambar masa Khutbah. Peliklah diaorang nih, sebijik macam orang-orang yang bercakap kat handphone masa buat tawaf di sekeliling Kaabah. Bagi diaorang tak ada apanya kot, tapi bagi aku, pelik sangat. 

Lepas Sembahyang, masa semua orang nak keluar dari masjid, aku nampak a few Indons, diaorang tengah bersalam-salaman, sambil ambil-ambil gambar dengan a few guys yang aku rasa macam Malaysians jer. Muka-muka educated gituh. Macam muka aku. Mulanya aku nak join sekali tapi aku batalkan niat aku, pasal airmata masih basah di pipi, mata aku pun lebam-lebam/bengkak-bengkak (aku perasan pasal mata aku tuh tuh masa aku tengok kat cermin kat bilik air) 

Masa kat luar masjid aku ada ternampak satu perempuan Melayu, dua orang actually, satu tengah menyenap photo, satu lagi tengah beraksi posing, pakai kebaya merah jambu yang tengah pose tuh. Sure nak hantar balik Malaysia gambar lawa dia tu tuh agaknya. 

Aku terus masuk ke book store kat Islamic Center tuh pasal nak beli air zamzam. Too bad air dah habis dijual. Cadangnya nak join orang beratur ambil makanan free tapi ramai sangat orang, aku tengok sana sini dah macam tak ada apanya dah, so aku rasa sampai masanya aku blah dari masjid tuh. 

Malaslah aku lama-lama di situ, orang lain happy-happy jer, aku jugak yang terkontang kanting sendirian. 

Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka

Hari raya orang bersuka
Melawat sanak dan saudara
Tapi aku miskin hina
Berselubung duka 

Keluar dari gate masjid, aku tengok ramai orang beratur pegang kotak yang tulis "Zakt-Fitr", mulanya aku ingatkan orang kutip zakat. Mazhab apanya kutip zakat lepas Sembahyang Raya kan? Rupanya kotak derma, patutlah aku tengok banyak sangat kotak-kotak besar sebelum aku masuk masjid pagi tuh. Untuk para peminta derma/sedekah rupanya. Aku tengok muka-muka macam orang-orang Albania, Slovakian gituh. Muka Bangla pun ada jugak yang berbaris mintak derma. 

Aku kasilah sesedolar setiap orang tapi bila aku tertengok kat dalam kotak memasing, kat tangan memasing sampai bergembut-gembut duit, aku berhenti kasi. Duit sedolar-sedollar aku pun dah habis masa tuh. Tapi bila aku nak terus blah, one of the guys tu kata, "Please....", tak sampai hati pulak aku. Aku seluk pocket jeans aku, adalah a few kepings duit sedollar, aku pisahkan duit 5 dollars, duit sepuluh dollars (nanti terkasi kat diaorang pulak, diaorang lagi banyak duit dari aku gayanya). Aku patah balik, aku kasilah kat semua yang aku belum kasi lagi. To see senyuman on their face dpat duit sedollar sorang tuh pun dah buat airmata aku bergenang. 

Masa aku tunggu teksi untuk ke City Center, aku ternampak awek yang pakai baju kebaya merah jambu tadi tuh tengah menalipun, guna public phone. Aku rasa nak sangat pergi kat dia, nak tegur-tegur gituh, tapi the moment aku nak melintas jalan, ada teksi. So terbatallah niat aku nak sembang dengan awek tu tuh.

Kat dalam teksi, driver tuh banyak pulak sembang dengan aku, knowledgeable orangnya, dia banyak baca pasal Malaysia sebab dia kata dia kagum dengan Malaysia yang walaupun negara kecil tapi nampak macam gah, what with one of the tallest buildings in the world. Yang buat aku gelak, dia nak tahu sangat pasal royal families yang kat Malaysia yang dia baca tuh, samada benar atau tidak yang royalties nih suka gamble, suka buat kacau. He was referring pada incident yang ada satu Brazilian couple yang kawin di satu pulau, then kena halau. Or something like that. Walaupun dah sampai ke Chinatown, dia tetap nak sembang lagi dengan aku. Aku layan aje lah, dalam sesepuluh minit gitu. 

Tak besar rupanya Chinatown kat Washington DC, macam tak real jer. Jalannya besar, deretan kedai pun tak banyak, ada Starbucks, ada Indian Restaurant pulak lagih. Tak real. Tak macam Chinatown di New York, di Boston, di Philadelphia, di Los Angeles. Itu baru betul Chinatown, yang busuk tengik baunya, jalan sempit, ramai orang berjaul beli di kaki lima. Ke sana sini aku pusing nak cari kalau-kalau ada Malaysian restaurants, aku ingatkan Penang Restaurant tuh di Chinatown. 

Penang Restaurant di Bethesda rupanya, kena naik subway, so aku buat keputusan untuk ke Kopitiam ajelah, another Malaysian restaurant yang aku baca ratingsnya agak ok jugak. Jauh jugak dari Chinatown tuh, tapi aku decide nak jalan kaki ajelah pasal aku tak ada plan lain dah. Taklah aku ingat jauh sangat tapi ada dekat 45 minit aku berjalan, nasib baik cuaca elok, tak panas, tak sejuk. 

Dekat 15 blocks (streets) yang aku lalui. Kalau naik subway kan ker bagus? Tapi tak apalah, at least aku dapat menjelajah kota Washington DC yang selama ini aku ingat korro sangat, iyalah, selama ini aku dok melepak kat Greyhound Bus Terminal aje, memang korro habis kat area tu tuh. 

Tak naklah aku mengreview masakan kat Kopitiam tuh, tempatnya elok, bersih tapi makanannya tak sedap. Dan mahal. Jauhlah tak dapat nak challenge Penang Restaurant yang kat New York City, yang kat Philadelphia, yang kat Boston.

Aku cakap Melayu jer dengan tokey restaurant tuh (orang Ipoh, apa pasal kebanyakan tokey-tokey kat sini semuanya Ipoh mali?). Rasa macam kat Malaysia pulak bila dia kata, "Kawan, lu duduk sini, satu olang". 

Ada satu waitress tuh gayanya macam orang Melayu, satu tuh orang Indo, satu lagih Cina Malaysia. Aku dengar diaorang cakap Melayu sesama diaorang tapi bila aku cakap Melayu, diaorang macam tak faham jer. Perempuan Indo tuh mulanya tak perasan aku Melayu, dia siap mencarut kat Boss dia lagi, dia kata "Sialan, gue capek laa", sambil merengus masa Boss tuh suruh dia buat something. Aku tengok pun yang tokey tuh bukanlah muka baik, muka tamak jer gayanya. Biasalah. 

Aku cuba cari kalau-kalau ada tempat buat transaction Western Union, aku nak kirim duit, tapi tak jumpa pun, di sepanjang jalan aku nak balik semula ke Chinatown tuh. Aku masuk jugaklah beberapa shopping centers, aku masuk Borders belek-belek magazines. 

Sebab tak larat nak jalan, sampai aje di Chinatown aku terus cari subway, memang bangang aku nih, dah dekat nak sampai, baru nak naik subway. Aku turun di Union Street Station, dan jalan aje ke Greyhound Station. Bas ke tempat aku pukul 5 petang, ngam-ngam aku sampai. 

Kepala aku dah pening pasal kurang tidur walaupun perut aku kenyang. So dalam perjalanan ke Balitomre tuh aku tidur ajelah. Patutnya sampai awal jugak kat tempat aku tapi masa di Baltimore tuh adalah mamat sorang nih, badan dia besar, dalam 40an gayanya, dia muntah bergantang-gantang kat dalam bas tuh sampaikan semua orang disuruh turun pasal bas tuh kena dibersihkan. Tapi aku respek gila kat driver bas tuh yang sabar sangat orangnya. Masa dia tanya mamat tuh, "Do you need anything, Sir?" one of the passengers jawab, "His Mom". Rasa nak tergelak pulak.

Aku sampai rumah sebelum orang lain balik kerja, so aku terus berinternetlah, thanks to my webcam, aku dapat bercakap dengan ahli keluarga aku yang ada balik.