Hari ini, setahun yang lalu, aku mula menulis blog ini, Dendam Perantau. Aku masih ingat lagi, waktu itu aku di El Segundo, California. Masa tu aku tak kerja, setelah beberapa minggu aku kerja free di ladang labu, di ladang jagung. Memetik labu untuk sambutan Halloween.
Aku berhenti tu sebab tak dibayar gaji, dan selama aku tak kerja selepas itu, aku hanyalah menghadap laptop, menulis cerita aku yang sekian lama aku pendamkan. Memang aku masih ingat lagi.
Seronok menulis apa yang ada dalam kepala otak aku masa tu tuh. Iyalah, aku tulis cerita sejak aku kecil, bila ingatkan balik, aku kadang tu macam gelak sendiri, aku berfikir, dan beribu perasaan lain bermain di kepala aku. Laju jer aku menulis so cerita aku hanyalah kisah-kisah penting yang terlintas di kepala aku sewaktu menulis. Aku nak kejar supaya cerita aku jadi terkini, itu yang aku terpaksa tulis bab-bab yang sering bermain di kepala aku saja.
Seronok menulis, tak ada apa nak disembunyi-sembunyikan, luahkan aje dalam blog, tulis aje apa yang patut. Walaupun semakin lama aku semakin malu menceritakan kisah aku yang aku rasa`lain sikit dari cerita orang, aku seolah-oalh menunjukkan kebodohan aku, menyerlahkan kebengapan aku sendiri.
Itu yang buat rasa macam aku was in two minds masa tuh, samada nak publishkan blog aku atau hanya untuk kegunaan aku sendiri di hari tua. Bila dah panjang cerita aku, bila dah sampai ke cerita-cerita pasal aku di luar negeri, cerita pasal aku balik Malaysia, aku jadi macam bosan pulak menulis. So aku mulalah pergi mencari blog-blog orang. Macam-macam blog ada, tapi tak jumpa pun blog yang buat aku ralit membaca, sehingga satu hari tuh aku terjumpa satu blog yang dari url addressnya aku agak, sure menarik. Memang menarik pun, itu yang buat aku terralit membongkar archives blog tu tuh.
So aku teruskan menulis blog, by that time aku dah kerja semula, kerja kat kilang memproses ikan. Sebab masa tu pun dah bulan puasa, dan aku pun kerja walaupun hanya 8 jam sehari, tapi sampai malam, kadang-kadang sampai awal pagi. Aku jadi gelabah jugak bila a few readers yang cepat-cepat suruh aku teruskan cerita.
Tak ada sangat aku merapunya di bahagian mula-mula blog, semusnya straight forward. Aku pun tak tahu macamana aku boleh tulis laju aje, mungkin sebab aku macam mencurahkan apa yang terpendam di kepala aku selama ini kot, itu yang buat laju aje aku menulis.
So aku ada masa nak tulis blog, sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Pendek kata, masa tuh, hidup aku hanyalah kerja, memblog, kerja, memblog. Memang bersemangat aje aku menaip menulis semua kisah-kisah aku, I was kind of racing against time untuk menghabiskan cepat-cepat cerita aku, itu yang kadang-kadang aku gelak sorang-sorang pasal aku rasa aku dah jadi macam Tok Selampit pulak.
Orang tak tahu pun, masa itulah aku selalu sangat keluar airmata, entah apa pasal aku pun tak tahu tapi itulah hakikatnya, semakin aku menulis dan semakin ada orang baca cerita aku, semakin senang pulak airmata aku keluar. Memang aku nih kuat menangis orangnya agaknya. Walaupun hati aku keras bagai batu.
Daripada tak ada kawan langsung, aku dah pandai beryahoo-yahooan, aku dah selalu menalipun kawan-kawan, walaupun aku tak kenal diaorang dan diaorang tak kenal aku. Walaupun diaorang tak tahu perjalanan hidup aku sebenarnya tapi basically diaorang tahu serba sedikit pasal aku.
Melalui blog ini jugaklah aku kenal ramai bloggers lain, yang ada cerita tersendiri masing-masing. Ada yang buat aku kagum, ada yang buat aku menyampah, biasalah kan, orang yang meluat dengan aku pun berlambak jugak. Dan yang buat aku sedar, melalui blogging world jugak aku dapat mengenal hati budi orang, tak kiralah apa pegangan dan fahaman diaorang, sexual orientation diaorang. I'm more open now dan aku tak kisah langsung apa bentuk ragam manusia yang aku nak buat kawan. Tak guna jugak berkawan dengan orang yang macam baik aje tapi sebenarnya gunting dalam lipatan.
Aku pun dah tak kisah dah sesiapa pun yang nak datang blog ni nih. Asal jangan buat benda-benda tak senonoh sudahlah, aku carutkan jer nanti, tak kiralah lelaki ker perempuan ker. Ada beberapa kali sebelum ini aku hampir tutup blog ini, semuanya gara-gara anasir-anasir subversif yang berniat memporak perandakan keamanan Dendam Perantau.
Dan aku terus menulis. Aku ingat lagi, di tempat kerja, sewaktu break, sambil lepak di atas batu di bawah kontena, sambil makan nasi sayur daun singkong (ubi kayu) yang aku beli kat Restoran Indo, aku ingatkan apa-apa yang patut ditulis.
Aku susun jalan cerita supaya tak ada benda-benda yang tertinggal. Pelik, aku tak tulis kat kertas pun, aku sekadar mengingatkan balik apa-apa yang aku nak tulis seterusnya. Semuanya terasa macam baru aje berlaku.
Sebab aku nih memang jenis mulut tempayan, long-winded lagi, instead of teruskan tulis cerita-cerita lama, aku tulis jugak perihal kehidupan seharian aku. Itu buat mengonfusedkan orang aje, pasal diaorang tak tahu mana cerita current, mana cerita yang dah berlaku.
"Emangnya gue pikirin", kata aku dalam hati, aku faham cerita aku, aku tulis ikut sedap aku, walaupun kehidupan aku masa tu mundane sangat, tapi ada jugak benda-benda worth writing about. Tambah-tambah masa tu pun kitaorang tengah plan untuk merentas Amerika sekali lagi, untuk balik semula ke East Coast.
Dan aku ingat lagi macamana perasaan aku, bagaimana aku jadi macam sedih, macam sayu sebab dalam keadaan aku yang tak menentu hala tuju di waktu itu, aku tahu ada a few orang yang seolah-olah memberi support, mendoakan semoga aku selamat. Semuanya itu gara-gara blog ini.
Kalau dulu sewaktu tak ada blog, aku selamba aje. Susah senang aku tak ada siapa yang tahu, dan aku buat sesuatu pun tanpa banyak berfikir. Aku buat what I had to do, what I thought was right. Tapi bila ada blog, bila aku tahu ada yang ikut perkembanagn kisah aku melalui blog ini, aku semacam ada connection balik dengan dunia luar. Itu yang buat aku lebih banyak berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan.
Dan aku ingat jugak, aku mula tulis dalam blog ini apa rencana aku, apa plan aku, yang kalau boleh aku nak kerja lama sikit di tempat baru, nak kumpul duit. Tak nak lah jadi macam dulu, ada apa-apa hal sikit, berhenti kerja. Lari.
Memang ada a few instances yang aku dah nak lari aje dah, nak berhenti kerja, cari kerja di tempat lain. Tapi bila aku ingat balik, aku rasa aku semacam dah janji dengan readers blog ini yang aku kena kuatkan semangat, kena berfikir panjang sebelum buat keputusan. Memang, hidup sebagai seorang Bangla perlu berfikir panjang.
Kalau tidak kerana janji kat blog aku nih, dah lama dah aku berhentinya, aku dah lari malam dah masa SiKecil mula-mula sepak tilam aku malam-malam masa aku tidur, masa Pak Tua tengking-tengking aku dulu tuh.
Melalui blog ini jugak aku dapat ramai kenalan Melayu dari seluruh alam, dari Malaysia, Singapore, Indonesia, USA, Canada, Europe, Arab, dan lain-lain negara.
Ada bermacam-macam ragam orang yang ada hubungi aku, ada yang lebih kurang macam aku jugak, jenis Melayu Cari Penyakit, ada yang nak jadi macam aku, nak cuba buat macam apa yang aku buat. Berbagailah, tapi semuanya kenalan internet yang turut sama memeriah dan menyerikan kehidupan aku sebagai seorang Bangla.
Tapi itulah, aku, macam orang lain jugak, nak tahu sangat apa kesudahannya Dendam Perantau nih. Ke mana arahnya hidup aku nanti, ke mana membawa dirnya aku nih. Orang kata, sejauh mana bangau terbang, ke belakang kerbau jugak hinggapnya. Tapi aku ni seekor Bangla, bukan seekor bangau. Tapi tak apalah, aku tahu jalan nak ke Buffalo, aku dah pergi ke sana pun dulu tuh masa nak ke Niagara Falls dulu tuh.
Aku berharap sangat yang aku akan dapat meneruskan menulis blog ini, menulis Dendam Perantau, sehingga tajuknya dah tak sesuai lagi dengan keadaan semasa. Aku nak sangat tahu apa akan terjadi, InsyaAllah kalau panjang umur, especially dalam masa tiga empat tahun yang akan datang nih sebab sudah sampai masanya untuk aku cuba mengorak langkah. Aku sudah berjaya bangkit setelah jatuh, aku sedang dan akan menyusun langkah. Berjayakah aku?
Hanya di blog ini ajelah tempat aku akan menceritakan step by step langkah-langkah aku. In all seriousness, aku harap adalah happy endingnya perjalanan yang bakal aku tempuhi ini. Walaupun macam bunyi tak bersyukur aje aku nih tapi deep down aku tahu yang aku deserve a better life.
So, Happy Birthday Dendam Perantau.