Seseminggu dua yang terakhir sebelum aku berhenti kerja punyalah seksanya. Sakit jiwa rasanya. Lemah tenaga batin rasanya. Semua yang aku buat serba tak menjadi. Aku jadi nak marah aje kerjanya. Kalau customers cakap kasar sikit, aku tengking, aku mengomel. Aku macam tak peduli apa dah. Michael sama bini dia tak perasan apa pun tapi aku terperasan sendiri-sendiri yang aku memang muak sangat dah kerja di situ. Aku menunggu hari aje. Itu yang buat aku down aje.
Tiap-tiap hari aku keluar, sebelum waktu kerja, saja lah keluar ambil angin. Nak update blog pun semakin malas, rasanya aku kena berhenti berblog lah untuk sementara. Baru aku tersedar yang blogging nih ikut mood jugak sebenarnya. Kalau mood baik memang senang nak tulis blog. Kalau mood tak baik, kalau down aje, tak pasal-pasal aje rasa nak dibiarkan aje blog bersawang. Itupun tak adalah sampai nak deletekan the whole blog. Pasal aku tahu, walaupun aku tak dapat berblog serakus waktu dulu-dulu tapi blog ini akan tetap ujud, walaupun nanti aku buat keputusan untuk berehat menulis untuk sementara. Yang mungkin disebabkan aku tak ada internet connection, atau sebab aku dah malas menulis.
Dalam pada tu jugak aku ada terfikir, apa yang aku nak buat bila aku berhenti nanti? Nak rileks dulu ker? Nak terus cari kerja lain? Nak cari kerja kat mana? Kena pindah lagi lah nampak gayanya. Sanggup ker aku pindah ke tempat lain yang jauh? Termelangut aje lah kerjanya aku, macam-macam yang aku fikir.
Tak tenang rupanya hidup aku nih, ada aje masalahnya, ada aje benda yang tak kenanya. Aku kena kuat beribadat sikitlah, aku kena selalu ingat Tuhan, aku kena selalu merapatkan diri aku dengan Tuhan. Tapi macamana? Aku nih lemah sangat orangnya, macam paku dengan penukul pun sama. Masa ingat Tuhan tuh, kira oklah. Tapi esoknya? Lusanya? Tulatnya? Aku selalu menyalahkan diri aku, apa pasal aku nih malas berusaha, apa pasal aku nih degil sangat nih. Apa pasal aku nih banyak sangat cekadaknya. Berdoa aje kerjanya kalau tak berusaha, tak ada gunanya jugak. Itu selalu aku fikir jugak tuh.
Tapi dalam fikir-fikir tuh aku sebenarnya dah dapat buat kesimpulan. Aku dah dapat jawapannya. Aku letih. Dah bertahun-tahun aku hidup begini, aku dah rasa letih. Katalah sekuat mana pun semangat aku, tapi sebenarnya aku dah letih. Letih dah aku hidup begini. Hidup merempat macam ni nih. Hidup yang tak ada ertinya macam ini nih. Walaupun aku nampak maca selamba aje, tapi sebenarnya takat kestressan aku memang tinggi. Sengaja aku buat macam tak tahu jer selama ini.
Fikir punya fikir, sampailah ada aku terfikir yang lebih baik aku pergi keluar ikut Jemaah Tabligh aje lah.Itu aje yang boleh buatkan iman aku naik. Iman seseorang tuh boleh naik turun naik turun macam roda, kan? Kadang tuh, bila dicomparekan waktu-waktu yang aku rasa iman aku tengah mencanak naik dulu tuh (masa aku ingat Tuhan aje setiap masa), dicomparekan dengan sekarang, selalu buat airmata aku berjurai. Terus keluar berjurai gitu aje, tak henti-henti. (Tak nak lah aku elaborate lelebih nanti kang ada pulak kutu-kutu yang kata aku nih macam menyalahkan takdir) So itu lah, macamana aku nak berbalik semula memperbaiki iman aku yang dah ke bawah sangat nih?
Tak tahu lah kalau diaorang masih macam Jemaah Tabligh yang aku kenal dulu tuh. Diaorang nih jenis yang "Allah will take care of that, Allah will take care of everything" punya pemikiran. Aku rasa macam terbesetuju aje dengan pendapat diaorang tuh. Jangan fikir banyak-banyak, keluar aje ke jalan Allah, pasti Allah akan uruskan jalan di dunia kita. Jadi seronok pulak aku melayannya pasal Tabligh tuh. "Baik aku keluar ikut geng Tabligh ajelah", kata aku dalam hati. So rancangan aku untuk ikut keluar Jemaah Tabligh tuh aku pendamkan, aku simpan aje. Aku mungkin akan berusaha ke arah itu bila aku dah berhenti kerja nanti.
Walaupun dalam hati aku kata, kalau pergi tengok theatre play Three Days Of Rain kat Broadway pun elok jugak nih, silap-silap dapat bergesel bontot dengan Julia Roberts.Itu lah yang tak dayanya dengan aku nih, tengah fikir benda-benda baik, setan selalu jer datang mencelah.
--------------------------------
So kaedahnya, aku pun berhenti lah kerja di deli Michael tuh bila dapat gaji. Aku rugi sehari sebenarnya sebab gaji hari terakhir aku tak ambil. Gaji aku dikira sampai Saturday tuh tapi aku tak cadang nak blah gitu aje Saturday sebab Sunday malam aku biasanya blah ke Philadelphia. Tak apalah gaji sehari. Sedekahkan diaorang aje lah. Kebetulan pulak, Michael, sebab dia tahu yang aku akan berangkat ke Philadelphia malam hari Ahad, so dia tak bayar gaji aku that Saturday. Instead dia bayar malam Ahad tuh, just minutes sebelum dia hantar aku balik.
Aku bawak semua barang aku, tak ada apa sangatlah, satu beg aje. Aku tak cadang nak beritahu dia yang aku nak berhenti, malam tu tuh. Aku nak beritahu dia esoknya. Atau hari Selasa, hari yang aku sepatutnya masuk kerja semula.
Punyalah lega rasanya bila aku sampai ke rumah, macam tak percaya pulak yang aku dah bebas. Punyalah happy, punyalah kemaruk, aku terus online ajelah sampai 7 pagi. Gila aku nih kalau dapat berinternet. Sambil duduk, sambil baring, sambil meniarap, sambil mengcangkung. Bermacam-macam posisi.
Aku gitulah, kalau hari free tuh memang kurang tidur, bukan apa, nak tidur rasa rugi aje. Terralit online punya penangan lah tuh. Itu yang tidur dekat pukul 8, pukul 12 dah bangun balik semula. Sebab aku kena keluar. Aku nak keluar lah. Rugi rasanya memerap kat rumah musim-musim panas gini nih. Lagipun aku bukannya anak dara, nak duduk rumah aje, kan?
So aku keluar ke town lah Isnin tuh, my first destination tuh Banana Leaf Restaurant tu lah. Makan roti canai jer, bapaklah besarnya roti canai tuh. Sebab restaurant tuh ada 2 open kitchens, boleh nampaklah tukang masak dia. Yang kerjanya ada 3 Spanish, dua orang Cina. Yang tukang tebar roti canai tuh Mexican, pandai dia buat roti canai. Lembut jer.Itu yang aku dok terfikir tuh, memang rajin orang Mexico nih kerjanya, di mana-mana sure ada orang Mexico. Sembang-sembang jugak dengan waiter Cina sorang tuh, dia asal dari Butterworth. Terkejut dia bila aku kata aku Melayu dari KL. Dia tak percaya bila aku kata aku pernah kerja restoran Cina.
Bila dah tak ada plan lain, mulalah aku merayap ke panggung wayang. Aku nak tengok A Prairie Home Companion. Lama dah aku dengar pasal filem nih, baru main pun kat panggung. Kisah pasal radio-show kat satu kampung di Minnesota. Yang buat aku nak tengok tuh bukan apa. Sebab ada Meryl Streep. Aku, filem apa pun, kalau ada Meryl Streep berlakun, sure aku akan tengok.
Macamana pun, adalah sesekali dua aku terlelap (aku memang suka tidur dalam panggung). Yang last aku terlelap tuh, aku dikejutkan dengan lagu Red River Valley, masa filem tuh dah nak tamat. Terus meremang bulu tengkuk aku. Sabar jer lah aku nih, dengar lagu pun boleh meremang bulu tengkuk.
Bukan apa, bila dengar lagu yang dah lama aku tak dengar tuh, aku teringat zaman aku muda-muda dulu, masa kat Malaysia. Aku ingat lagi, zaman-zaman aku baru balik dari UK, masa aku kerja.
Dah tua dah aku nih rupanya.
Come and sit by my side, if you love me
Do not hasten to bid me adieu
Just remember the Red River Valley
And the cowboy who loved you so true
[Dari Filem A Prairie Home Companion]