Friday, September 28, 2012

What A Bangla Wants


Hari Ahad aku tak ke mana-mana sebab aku nak berehat aje, letih jugak asyik dok berjalan aje ke sana sini. Macamana pun aku keluar jugaklah petang tuh, takat keluar pergi cari makanan kat kedai orang Indo. Aku beli cendol sama lontong sayur tapi malam tuh bila aku nak makan, tengok-tengok semuanya tuh dah basi. Itu yang aku geramnya dengan orang Indo nih, selalu sangat makanan yang diaorang jual tuh benda-benda yang dah basi.

Isnin pagi aku berangkat ke New York, untuk kali ketiga dalam masa seminggu. Entah apa-apa lah aku nih, mengabis kan duit aje kerjanya. Dah lah duit ada seciput. Tapi, orang macam aku nih, selagi duit tuh ada, selagi itulah dibelanjakan. Memang typical orang yang tak fikir masa depan, kan? Tapi tak apa, kali ketiga aku ke New York nih atas urusan business. Wakakakakka...aku nekad nak cari kerja. Aku tak boleh lama sangat melepaknya, duit makin lama makin sikit nih. 

Aku sampai New York City memang kena masanya sebab kebanyakan agen kerja buka pukul 11. Mula tuh aku ke tempat MeiMei (Cina Malaysia), nak ke tempat dia tuh kena melalui tempatnya MakCik Jenny. Aku mulanya tak nak MakCik Jenny tahu aku ada ke sana, so itu yang aku buat-buat bersin masa lalu depan tempat MakCik Jenny tuh, so aku tutup muka aku. Tak nak kasi dia nampak aku, sebab kat tempat dia tuh biasanya tak ramai orang yang datang cari kerja, so dia memang perati aje orang yang lalu lalang keluar masuk ke tempat MeiMei. Kadang tuh memang aku kesian tengok MakCik Jenny punya business, tak sehebat MeiMei, jauh lah dari satu lagi ajen orang Malaysia tuh, Tina. 

Di tempat MeiMei dah penuh orang, ramai orang Indon, orang Tibets dan Nepal pun ramai jugak. Kebanyakannya yang duduk di New York City. So diaorang selalu datang cari kerja sebab kat New York City berlambak-lambak kerja. Jeles aku kat diaorang tuh sebenarnya. Memang aku rasa nak cari kerja di New York City aje tapi sebab most of the employers tak sediakan tempat tinggal, itu yang buat susahnya. Terpaksa kena cari bilik sewa, yang pastinya mahal. Sebelum ini, aku adalah menggogglekan pasal nak cari bilik sewa di New York City. Ada a few rental agencies yang aku ambil nombor talipun. Cuma masalahnya aku takut, first sebab duit aku tak banyak. Aku takut nanti tak cukup duit untuk bayar itu ini, bayar deposit, bayar sewa bulan pertama, etc. Keduanya, takut nanti tak ada kerja yang sesuai. Bayangkanlah kalau aku sewa bilik then tak dapat kerja, for other reasons. Sure haru nya nanti. 

So kat tempat MeiMei tuh aku tengok satu persatu kerja yang ada. Kerja yang di luar kota New York, tak ada pun kerja di Philadelphia. Paling dekat pun di New Jersey. Kerja jadi waiter berlambak tapi aku tak reti nak jadi waiter restaurant a-la-carte. Aku boleh jadi waiter kat buffet restaurant yang kecil aje. Ada a few vacancies tapi jauh-jauh semuanya, di North Carolina, di Tennesse. Then aku tengok ada satu kerja di New York, kerja cashier di sebelah malam, gaji USD 600 seminggu.Besar gajimya tuh. Bagus jugak tuh, kerja malam. Siang, kalau aku masih tak ada tempat tinggal, aku boleh lepak-lepak kat mana-mana, kat Central Park ker, mana-manalah, untuk sementara sebelum aku dapat cari apartment baru. Aku dah banyak pengalaman kalau tidur merata-rata nih. Bila aku suruh MeiMei check kerja tuh, tokey restoran tuh kata dah ada orang yang masuk kerja kat situ. So tak dapatlah aku. 

MeiMei suruh aku kerja di Virginia, atau di Washngton DC tapi sebab dia masa tuh sibuk sangat melayan orang ramai so aku keluar dulu lah. Sembang-sembang dengan bebudak Indo. Ada satu group tuh, perempuan-perempuan Indo semuanya. Ada yang muda, tua, ada yang baru datang Amerika, ada yang dah lama. Ralit aku tengok this one old lady in her 60's aku rasa. Tak mudah lah, suara dia aje yang dengarnya. Pantang ada orang lalu lalang, semua ditegurnya. Ditanya itu ini. Dia kerja jadi baby sitter dengan one Jewish family nih kat Manhattan. "Today no work, today off, tomorrow work", kata dia kat bebudak Indo yang tanya dia. "Work good, money good", kata dia lagi. Sabar jer lah aku yahng mendengarnya. Gayanya, itu ajelah perkataan Inggeris yang dia tahu. 

Makin lama makin ramai orang kat tempat MeiMei, so sementara tunggu orang aku pergilah jugak ke tempat MakCik Jenny. "Hey you Joe, apa pasat belenti tempat Michael?", dia tanya aku. La, dia ingat nama aku, dia ingat aku kerja kat mana dulu tuh. Sure Michael talipun dia nih, kata aku dalam hati. "Kerja 15 jam lah MakCik, kadang-kadang 16 jam", aku jawab gitu. "Ayooo, apa pasat lima belas jam?", dia tanya aku lagi. 

Aku tengok-tengok jugaklah iklan kerja di tempat MakCik Jenny tuh, tak banyak pun. Bia aku tanya dia kalau-kalau ada kerja sebagai counter boy/person, dia katalah ada satu, di Maryland. Bila aku tanya dia kat mana, dia katalah dekat Hagerstown. Sah lah itu iklan Restoran Pak Tua tuh. Pelik aku, apa pasal diaorang nak kan counter person lagi, ada sesiapa berhenti kerja ker? Aku kata aku tak nak sebab MakCik Jenny tak tahu yang aku dulu kerja di situ. Dulu, masa aku dapat kerja di restoran Pak Tua tuh, melalui MeiMei, bukan melalui MakCik Jenny. Itu yang dia tak tahu tuh. Last-last aku tinggalkan nombor talipun aku kat MakCik Jenny, aku pesan yang kalau ada kerja yang baik aku nak dia talipun aku. 

So aku keluar lah sekejap dari basement tempat ofice diaorang tuh. Risau jugak aku pasal masih belum dapat kerja. Masih belum ada kerja yang aku rasa sesuai. Macamana pun aku tetap kata dalam hati yang aku akan rembat ajelah mana-mana kerja nanti. Tak kiralah kalau kerja tuh jauh di state-state yang lain. 

Then aku pergi ke tempat Tina pulak, tempat dia nih memang banyak iklan kerja, kebanyakan orang Indo cari kerja melalui dia. Merata-rata Tina suruh aku kerja, di Cape Cod lah, di Washington DC lah, di state lain di utara lah, di Maine, Vermont, di New Hampshire. Hampir aku setuju aje mulanya tuh. Aku dah terbayang dah yang aku akan membawa diri jauh dari New York City. Then aku terfikir, tak bolehlah aku nak pergi jauh-jauh meninggalkan NYC. Nanti aku akan merana. Aku nak cari kerja yang jauhnya dari New York tak sampai dua tiga jam perjalanan. 

Aku tengok ada satu kerja tuh, sebagai helper kat 99-cent store, kat New York upstate so aku suruh Tina talipun. Tokey dia hendakkan orang yang ada legal papers. Pundek! Terpaksa cari yang lain. Then Tina kata ada kerja jadi store helper di Baltimore, yang kebetulan pulak bapak tokey tu dah dalam perjalanan nak datang ke situ in a few minutes. So Tina suruh aku kerja di situ saja. Bila bapak tokey tuh sampai, Tina kenalkan aku dengan Cina tuh. Dia pandang aku atas bawah atas bawah. Then dia talipun anak dia, sure report kat anak dia pasal aku lah tuh. Entah macamana aku memang boleh agak yang dia kata kat anak dia yang aku nih skinny, tak daya nak angkat benda-benda berat. So teruslah aku kata kat Tina yang aku tak nak kerja di situ sebab bapak tokey tuh kata aku kurus, tak kuat kerja. Tina gelak aje, "Wa, pandai lu hah, you can undersatnd what he say(s)", dia kata gitu. 

After a few minutes bila aku dah macam nak give up jer, aku terus kasi nombor talipun kat Tina, suruh dia carikan aku kerja somewhere close to Philadelphia, ataupun di New Jersey. Atau mana-mana ajelah. Aku kata aku nak bayar dia dulu, so surenya dia akan terus carikan aku kerja. "Tunggu, ini ada satu kerja di New Jersey, as a counter person, you mahu?", dia tanya aku. "You try lah Tina", aku jawab gitu. So Tina terus talipun tokey tuh, tak lama tuh dia pass kan talipun tuh kat aku, suruh aku bercakap dengan tokey tuh. Panik jugak aku sekejap pasal aku tak tahu menahu tentang kerja tuh, di bandar apa, sebagai apa, jenis restoran macamana. Semuanyalah. 

"You want to work here or not?", tanya tokey tuh. Perempuan. "I'll see you tomorrow", aku kata gitu. Then aku beritahu dia yang aku nak ke tempat dia sebab nak tengok dulu keadaannya macamana. Then biar dia tengok aku jugak, manalah tahu dia tak suka aku. Kalau-kalau aku ada cacat celanya aku nih di mata dia. By the way, aku, masa dia tanya tuh, aku katalah yang aku orang Indo. Tina pun ingatkan aku orang Indo. So bila semuanya dah setuju, aku ambil details how to get there, dan bayar duit servis kat Tina. Dia suruh aku pergi bawak barang just in case diaorang nak suruh aku kerja besoknya. Apa-apa lah, kata aku dalam hati. 

Rasa tenang sikit hati aku bila dah dapat kerja tuh so besoknya aku akan ke New Jersey lah untuk bertemu dengan tokey tuh yang kalau dengar gaya dia cakap, macam baik aje orangnya.