Friday, September 28, 2012

Something Can Be Done About It



Sue hantar aku balik semula ke steysen bas Vineland, hajat aku memanglah nak balik ke Philadelphia. Tapi sebab bas ke Philadelphia baru aje bertolak dan bas seterusnya akan hanya tiba dalam masa sejam setengah, dan kebetulan pulak bas ke Atlantic City ada, aku pun terus aje lah naik bas itu. Dekat sejam jugak perjalanannya walaupun tak lah sejauh mana Atlantic City tuh. 

Cuaca pun panas dan aku pun macam happy dapat a few more days untuk bersantai sebelum mula kerja baru di tempat baru yang aku rasa "macam ok" jer, so aku habiskan masa merayap-rayap ajelah kat Atlantic City tuh. Aku tak lah merayap sangat kat Broadwalk, malu jugak sebab aku bawak beg. Aku jalan-jalan kat kawasan bandar aje, tengok bangunan-bangunan casino dari jauh jer. Bila dah petang, nampak gaya-gaya nak hujan jer, terus ajelah naik bas balik ke Philadelphia. 

Hari Rabu, Khamis dan Jumaat aku tak buat apa-apa sangat. Sama jer routine aku tiga hari tuh. Bangun pagi pun dah dekat pukul 12 tengahari (sebab malamnya tidur lewat), lepas tuh keluar cari makan. Then pergi library, melepak kat library sampai petang (tak ada tempat lain dah nak pergi). Dah nak Maghrib baru aku balik, singgah kejap kat kedai Indo beli nasik. Hari Jummat tu aje yang beza sikit sebab aku tak lama sangat kat library sebab aku lepak lama jugak kat masjid lepas Sembahyang Jumaat. Balik rumah pun dah malam. 

Pagi Sabtu, tengah sedap-sedap tidur, Yanti talipun. Dia nih macam habit pulak. Dia tahu aku ada kat dalam bilik, apa salahnya ketuk aje pintu. Ini tidak. Dia menalipun. Biasanya kalau dia nak cakap dengan aku thru talipun, memang ada hal lah biasanya. Memang betul pun. Dia tanya aku ada rokok ker tidak sebab Will dia tak ada rokok. Then dia cerita yang suami dia kena beli kasut baru sebab kaki dia sakit. Minggu lepas suami dia masuk wad kecemasan sebab bengkak kaki, banyak sangat minumnya, itu yang jadi gitu tuh. Dulu dah berhenti minum, lepas tuh sejak dia kerja semula, suami dia sambung balik minum arak. Kadang tuh tak makan pun, minum aje kerjanya. Jadi, kaki dia bengkak, nak pakai kasut, kena dibuat lubang di bahagian hujung kasut tuh. So, kaedahnya, dia nak pinjam duit untuk buat beli kasut, nak pinjam 40 dollars. Nak rokok jugak. 

Aku masa tuh tengah sedap tidur. So bila dia menyuarakan niat dia tuh, marahlah aku jadinya. Aku marah kat diri sendiri sebenarnya sebab selalu sangat terpedaya dengan Yanti punya alasan nak pinjam duit. Apa pasal aku? Sebab aku duduk di situ, itu pasal dia, kalau kesempitan duit, dia akan cari aku? So aku beritahulah dia keadaan aku yang dah tiga minggu tak kerja (macamlah dia tak tahu dan tak fikir), dan aku kena sediakan duit untuk buat perbelanjaan untuk pergi kerja di tempat baru nanti. Aku kena ada duit. Aku kena ada persiapan. 

"Aku punya berapa aja sekarang, sekedar cukup untuk belanja dua tiga minggu aja. Lagipun aku nggak tahu, mungkin aku nggak betah kerja di tempat baru, aku harus cari kerjaan baru. Semua itu butuhkan uang sih", aku kata gitu kat dia.

"Will gajiannya besok, nanti kalau ceknya udah dicairin, dia bayar. Aku masih hutang kamu dua ratus dollar setelah ditolak sewa kamar. Dulu aku ada hutang 20 dollars, nanti Will udah gajian aku lunasin", aku tak tahu lah samada itu macam nak memancing aku aje sebab selama ini, dia tak pernah pun bayar kalau dia berhutang dengan aku. So aku yang waktu itu pun memang tak ada rokok (aku, kalau malas hisap rokok tuh, aku buat selamba jer, memang tak ada bekalan rokoknya lah) terus ajelah keluar pergi kedai kat depan rumah tuh. Dengan mata separuh terbukak. So aku belikan dia rokok, dan aku kasi dia 40 dollars. 

Nak tidur pun dah tak bersemangat dah aku, so aku terus mandi, bersiap-siap. Aku nak ke New York untuk kali terakhir sebelum aku mula kerja di tempat baru. Cuaca tak lah elok sangat, mendung aje sehari dua nih, hujan pun selalu turun. Lebat pulak tuh. Aku, kalau memang dah niat nak ke New York, turun badai salju ker apa ker, aku pergi jugak. Masa dalam bas tuh aku masih lagi rasa geram kat Yanti, macamana pun aku bersyukur yang aku nanti akan kerja di tempat lain, at least dapatlah aku menjauhkan diri dari dia untuk sementara waktu. 

Kadang tuh aku fikir jugak, apa pasal aku keep coming back to Yanti's family. Orang lain pun selalu jugak marah aku, tanya aku. Nani Pastel tuh for example. Dia selalu marah aku. "Suami aku bilang, pasti kamu udah pernah ngentot sama Yanti, kerna itu kamu nggak bisa ninggalin dia sih", selalu Nani kata kat aku begitu kalau aku cerita pasal Yanti. Kalau orang lain yang cakap memang aku akan marah, tapi sebab Nani yang cakap gitu, aku tak lah marah, aku gelakkan aje sebab aku tahu, dia tu pun lebih teruk lagi perangainya, walaupun dia tak ada masalah duit.

--------------------

Hujan aje hari tuh masa aku di New York. Seharian. Aku ada terbaca paper yang kat Massachusets, kat New Jersey, teruk jugak banjirnya. Mana tak banjir, kat Amerika nih tak ada longkang, tak ada parit. Aku memang dari dulu sejak mula sampai Amerika, aku selalu pelik apa pasal kat sini tak ada longkang, tak ada parit. Kat rumah-rumah, rain water down pipe memang ada tapi outletnya kat tanah aje, bukan macam kat Malaysia, setiap rumah ada longkang. Itu yang buat mudah banjir tuh kalau hujan lebat yang tak henti-henti. Kat Malaysia pun, walaupun ada longkang, ada parit, tapi masih tetap banjir sebab longkang, parit, semua tuh penuh dengan kotoran, sampah. Itu lain cerita lah kan? Yang aku termelarat cerita sampai longkang, parit semua nih, apa ker jadahnya?

So aku tak ke mana-mana sangat lah, takat ke sana-sini gitu ajelah, bila hujan aku berteduh. Bila hujan dah sidang aku merayap lagih. Macamanapun sempat lah jugak aku merayap sampai Rockefeller Center, ada pamiran pasal America Cup, pasal yachting tuh. Then aku menjalar ke Fifth Avenue tu ajelah. Sampai bosan. Sampai aku siap kata kat diri aku (dalam hati lah), apa yang aku nak cari, apa yang aku nak tengok? Benda yang sama aje, even kalau benda yang menarik tuh, apa yang menariknya? Menarik macamana pun benda yang aku tengok, dah macam tak ada kesan kat aku, aku tak akan appreciate, aku tak akan berkobar-kobar nak tengok. 

Terus ajelah aku cari subway terdekat, aku pergi ke Chinatown, nak balik ke Philadelphia. Memang payah aku nih, buat sesuatu tuh tak berfikir langsung, ikut sedap jer, ikut hati jer.

Di sebelah malamnya aku keluar sekejap sebab bosan yang teramat, asyik dok memerap kat rumah aje. Cadangnya nak pergi tengok wayang sebab aku belum pernah tengok wayang malam-malam kat Amerika nih. So aku merayau gitu-gitu aje lah ikut kaki. Pukul 1 lebih baru aku balik ke rumah,terus tidur. 

Besoknya masa aku nak keluar, Will suami Yanti kasi aku 40 dollars yang dia pinjam tuh. I was a little excited masa dia nak kasi duit tuh sebab aku ingat Yanti janji semalamnya yang dia akan settle kan hutang dia tuh. Tapi hampeh, tak ada apa pun, takat 40 dolars tu ajelah dibayarnya. Macamana pun aku diamkan ajelah.

So Sunday tuh hari terakhir aku berihat, genaplah tiga minggu aku tak kerja, itu yang aku nak lah mengambil kesempatan tuh untuk merayau-rayau. On the way ke library, aku lalu di kawasan City Hall, aku tengok ada macam pamiran, ada khemah kuning yang tersergam indah. Tak ramai orang pun so aku pergilah tengok-tengok. Kat mana-mana ada macam slogan Something Can Be Done About It, aku tak tahu apa dia. Bila aku pergi dekat, bila aku belek-belek brochures, buku-buku kat situ, barulah aku tahu yang itu macam pamiran motivasi agaknya. 

Then aku terpandang satu tempat yang ada buat free stress test. Memang aku selalu tengok orang buat stress test tuh, especially masa aku di New York dulu, di kawasan Times Square tuh. Memang banyak free stress tests tuh. So aku cuba-cuba lah nak buat, aku bukannya nak percaya benda-benda gitu semua tuh tapi aku macam curious nak tahu.

Yang tukang buat test tuh, tua dah orangnya, dia suruh aku pegang ada macam dua besi hollow yang both ends nya diwayarkan ke mesin test tuh. Macam real jer gayanya. Dia suruh aku tenangkan fikiran, then dia mulakan test. 

"Tell me what you are thinking right now", dia kata kat aku gitu. 

"Nothing", aku jawab. Memanglah aku tak fikir apa-apa pun.

"Now tell me something about you, do you work? Are you married? Do you have a family", things like that", dia kata kat aku. 

"Yes, I'm fully employed", aku tipu dia, aku belum mula kerja sebenarnya. Tak apalah, dia bukannya tahu. Then jarum kat mesin tuh bergerak-gerak, kejap ke kosong, kejap laju jer ke maksima. 

"Now, think about your family", kata orang tua tuh. Aku cuba-cuba gambarkan family aku tapi dalam otak aku tak fikir apa-apa pun. Terus jarum mesin tuh bergerak ke maksima. Orang tua tuh, aku tengok, ada gerak-gerakkan tombol mesin tuh. "Wow, tell me something about it. You are all stressed out. Look at this", kata orang tua tuh sambil tunjukkan jarum yang bukan aje di arah maksima, tapi di paling hujung sekali, dah tak boleh bergerak lebih dari itu dah. Aku gelak. Bukan gelak apa, aku macam pelik sebab aku tak fikir apa-apa pun pasal family aku, aku cuma bayangkan aje members of my family, aku belum mula fikir pun lagi. 

"What's wrong with the machine?", aku tanya dia. Aku tengok orang tua tuh, kuku dia panjang jer, hitam semuanya, penuh taik kuku. Orang macam nih ker yang aku nak percaya, kata aku dalam hati. 

"No, the machine's working fine, what's wrong with you?", kata dia. Aku terus hilang percaya jer kat stress test tuh, sure orang tua tuh adjust sana sini, takkanlah jarum mesin tuh bergerak sampai maksima sedangkan masa tuh aku tak fikir apa-apa pun. Aku gelak ajelah, sambil geleng-geleng kepala. 

"This can't be true", aku cuba menyedapkan hati. Orang tua tuh selamba jer, sambil dia terus adjust-adjustkan tombol mesin tuh. Memang sah lah dia nih tipu gamaknya, sebab, kalaulah dia tak tipu, sure dia akan marah bila aku kata dia tipu aku tuh kan? Ini dia selamba aje. Bodoh dia tuh, macamlah aku nih bodoh sangat. Bila aku dah tak fikir apa-apa tuh, jarum tuh menurun, bukan menurun ke kosong tapi pergi ke tengah-tengah. 

"Now, think about your health", kata orang tua tuh.

"My health?", aku macam terkejut jer bila dia tanya gitu tuh. Setahu aku lah, aku nih sihat walafiat walaupun semenjak dua menjak nih aku selalu terfikir pasal "what if aku jatuh sakit", things like that. Terus aje jarum tuh ke maksima. Dan tak bergerak-gerak. Panik jugak aku sekejap. Then aku terus lepaskan aje besi yang aku pegang tuh, malaslah aku menyetresskan fikiran buat stress test tuh. Tipu semuanya tuh. 

"Obviously you are not telling anything, are you involved in a secret society or something?", tanya orang tua tuh. Amboi, melarat pulak dia.

Lepas tuh aku bersandar ajelah sambil kedua-dua tangan aku, aku depakan, aku letak di atas bahu kerusi. Then masa tuh lah jugak aku tengok sekeliling sambil baca iklan-iklan, kain rentang yang dipasang di merata-rata tuh. Then aku terperasan ada perkataan "Scientology" dan aku terperasan yang kat logo tuh ada gambar macam salib. 

"Ha, this is what they call Scientologist. You know Tom Cruise, the actor? He's a devout Scientologist", terus aku tak bersemangat nak buat apa-apa dah. Orang tua tuh buat macam tak faham jer. Tapi sebab aku tak nak orang tua tuh kecik hati kalau aku blah gitu aje, aku buatlah pura-pura baca buku-buku kat situ. Belek sana belek sini. Puas jugak dia kecek aku suruh beli a few publications yang ada kat situ. "I can get all this over the internet. If I want", aku kata gitu. Lepas tuh aku jadi macam defensive jer, bila dia terangkan apa-apa, aku lawan aje cakap dia. Lawan cara beralus.

Kebetulan masa tuh ada this one homeless lady yang gayanya macam ada screw yang loose, yang nak buat stress test tuh. So aku terus bangun, aku suruh dia buat test tuh. Nak rasanya aku tengok result stress test orang yang kurang siuman tuh tapi sebab itu aje peluang aku nak blah dengan cara baik, so aku blah gitu aje lah. Lepas tuh aku pergi library sekejap, then bila dah petang tuh aku pergi ke arah Art Museum, aku jalan aje ke arah Fairmount Park, kat tempat buat Amazing Race dulu tuh. Aku tidur awal jugak malam tuh sebab esoknya aku kena bangun pepagi, nak catch bas pukul 7 ke bandar di New Jersey, tempat kerja baru aku tuh.