Friday, September 28, 2012

Waiting For A Star To Fall


Lambatnya malam berakhir kalau masa tak ada internet connection, dan sebab aku pun dah puas tidur di sebelah petang, memanglah susah nak tidur di malamnya. So aku sembang ajelah dengan roomate aku Pak Yus. Tak ada lah aku cerita pasal masalah aku cuma aku kata yang aku dah tak kerja di restoran dah, aku nak rileks dulu seseminggu, then nak cari kerja di Philadelphia aje. 

"Kamu seharusnya punya pacar sih, baru kurang stress. Kita cowok nggak bisa hidup kalo nggak punya pacar", pandailah dia nasihat aku. "Kalau kamu sedari dulu punya pacar, pasti hidup kamu udah aman damai. Lihat aku sama Bu Titiek, saling bantu membantu", dia kata lagi. Pak Yus nih ada anak bini di Sulawesi (dia orang Manado), berkenal dengan Titiek (jugak orang Manado) kat sini, dah lama dah, berdua aje ke sana sini. Titiek tuh ada laki di Indo, ada anak jugak di Philadelphia nih. Anak dia nih aku kenal, satu apartment dengan aku dulu tuh, tapi dia bercinta dengan perempuan yang jauh lebih tua dari emak dia (Titiek). Perempuan tuh kaya, banyak duit. So anak Titiek nih sama dengan adik Titiek sendiri memang tak suka kalau Pak Yus sama Titiek nih duduk satu bilik, itu yang diaorang tak duduk sama-sama tuh. Macamana pun, kalau Pak Yus off, dia tidur di apartmentnya Titiek. 

Pak Yus kata dia nak balik Indo tahun depan, dah letih dah dia lima tahun di Amerika. Anak bini dia suruh dia balik. Dia ada apply asylum tapi kena tolak. Sekarang nih dia macam menyembunyikan diri lah pasal dicari FBI, itu yang dia pindah ke rumah Yanti tuh, agak jauh dari kawasan yang ramai orang Indo tinggal. Gitulah riwayat hidupnya orang-orang Indo di sini. 

Besoknya, bank bukak aje aku dah tercegat kat depan kaunter, kerani tuh kenal aku so dia terus suruh aku tunggu Manager. Adalah dalam setengah jam Manager tuh terangkan kat aku yang duit dalam akaun aku tuh selamat, tak ada apa-apa pun. Cuma akaun aku aje yang dilistkan dalam report yang diaorang kena hantar kat Federal (Federal apa ntah tapi aku ada dengar dia sebut perkataan Federal tuh). So untuk sementara waktu, no banking activities dibenarkan untuk akaun tuh. Bila aku tanya sampai bila, dia pun tak tahu. "Just wait and see", dia kata gitu. Tunggu apa? Tunggu telor bapak ko kecut? 

Manager tuh mintak contact number aku, so aku kasi ajelah nombor talipun Yanti sebab handphone aku kan ker out of service. Memang payah jadi orang gelap di Amerika nih. Memang susah. 

On the way balik ke rumah Yanti tuh aku singgah makan kat Restoran Indo nih, kat situ, masa aku nak bayar, aku tengok duit aku ada beberapa helai aje. Aku congak-congak, ini tak cukup sampai Isnin nih. Kena makan sekali sehari ajelah nampak gayanya. Sebab aku kena ada duit untuk tambang pergi balik, aku nak ke library. Kat library aje lah tempat aku memencilkan diri bila aku ada masalah. Takkan nak lepak kat rumah, dah lah internet kena potong. Memang seksa dibuatnya kalau masa-masa tak ada duit. Dah lah tak ada mood nak buat apa-apa, masa slow pulak tuh berjalannya. 

So aku banyak tidur aje lah kerjanya. Pukul 6 petang dah tidur, bangun Sembahyang Maghrib, Isyak sekejap, lepas tuh tidur balik semula. Lepas Subuh tidur lagi sampailah pukul 10 lebih. Kadang ada jugak terserempak dengan Yanti, dia ajak aku makan. Kalau tak tuh, aku kat bilik aje lah. Baring. Menahan lapar. So itu ajelah aktiviti aku seharian, pergi ke library sekejap, lepas tuh balik ke rumah. Sayang rasanya masa cuaca tengah panas nih, melepak kat rumah, tapi aku nak buat macamana, kalau aku ada duit sure aku merayau mana-mana. Kat rumah, aku lepak kat katil ajelah, sambil-sambil tulis blog entries. Sambil-sambil layan Pak Yus yang tengok video lagu-lagu Manado.

Hipokrit aku nih, sebab aku tak nak dia terasa hati so aku katalah aku suka dengar lagu-lagu tuh, aku suka tengok video clips semuanya tuh, buatkan aku teringat kan Malaysia. Tapi sebenarnya, aku cukup punya meluat tengok video-video tuh, tersangatlah kampungnya. Jenis yang menyanyi terpacak jer memasing tuh, pakai baju sama pattern, lepas tuh kalau sorang pandang ke kanan, semuanya pandang kanan. Malaslah aku lebih-lebih, tapi aku sure yang orang lain (selain orang Manado) memang akan rasa meluat sangat kalau tengok videos tuh. 

Pernah jugak Pak Yus (kalau Titiek ada datang) pasang video Siti Nurhaliza. Kebanyakan orang Indo tahu dan suka Siti nih. So dia pasanglah video tuh, nak kasi aku tengoklah kononnya. Tapi kan, aku nih, sejak balik obersi dulu, aku tak layan sangat lagu-lagu Melayu. So tak heranlah kalau aku tak tahu apa-apa pun pasal lagu-lagu Siti Nurhaliza tuh, yang bagi aku, rentak lagu nya semuanya sama jer. Diaorang tak percaya pun bila aku kata aku tak pernah dengar pun lagu-lagu yang kat video tuh, let alone tahu rentaknya. Ada satu dua lagu aje yang aku pernah dengar, itupun sebab lagu lama yang diberi nafas baru. 

Memanglah terasa lama masa tuh kalau tak dapat online, so aku tak ada aktiviti lainlah kecuali tunggu Maghrib, tunggu Isyak, lepas tuh tidur. Rasa nak tergelak, rasa malu kat diri sendiri aje pulak rasanya, sebab these few days lah aku baca Surah Yassin tiap-tiap kali lepas sembahyang. PakCik insaf, PakCik tengah susah, PakCik tak ada tempat nak mengadu. Sob..sob..sob...

Ada sekali tuh waktu nak beli lauk di kedai Indo, aku terserempak dengan Nani. Terus dia ajak ke rumah, aku ceritakanlah kat dia apa yang terjadi kat aku. For the first time aku tengok Nani macam kesian aje kat aku, aku ada beritahu dia yang kalau dapat duit dari Yanti nanti aku akan bayar hutang dia hari tu tuh. "Itulah, dulu udah bilang, uang kamu titip aja sama aku, kamu nggak mahu. Aku nggak berani simpan uang di bank, kita orang gelep", dia kata gitu kat aku. "Kamu hati-hati, muka kamu irip orang Arab, nanti digerbak Immigrasi, awas", kata Nani. 

Nani buatkan aku rojak, aku makan lah puas-puas, tak payahlah aku keluarkan duit beli makanan untuk malam tuh. Hari Sabtu parah jugak sebab semalamnya last aku makan, masa kat rumah Nani tuh, pukul 4. Bayangkanlah punya lah lapar aku, nak tunggu pagi cukup punya siksa. Yanti tak ada di dapur masa aku keluar tuh, kalau tidak sure dia pelawa aku ajak makan dulu. Malaslah aku menyelongkar peti ais, entah-entah tak ada makanan. Takut jugak, tengah-tengah menyelongkar peti ais, dia nampak. Tak ker malu? Aku, biasanya, selagi terdaya, aku tak akan tunjukkan ke-desperate-tan aku. In any situations lah.

So masa keluar nak ke library tuh aku beli biskut, beli air, boleh aku bertahan sampai petang kat library gamaknya. Duit aku tinggal berapa dollars aje lagi, rasa-rasa nak jalan kaki aje ke library, tak payah buang duit beli tiket subway, tapi sebab cuaca panas, terpaksalah jugak aku naik subway. Nampaknya aku akan gunakan duit sampai ke kepingan terakhir. Sayu hati bila mengenangkan itu semua. Aku tengok diri aku pun dah macam tak terurus jer. Rasa macam peserta Survivor pulak jadinya. Kurus kering, misai jambang tak bercukur,rambut kusut masai, badan berlengit. Memang tak terurus langsung. Aku macam tak peduli diri aku dah. Eleh, orang pun tak peduli, apa aku nak peduli pulak, kan?

On the way ke library tuh aku singgahlah kat Love Park sebab dapat guna free internet, so sambil online tuh aku makan ajelah biskut kering yang aku beli tuh. Sempatlah jugak chatting dengan dua tiga orang yang kebetulan tengah online. Aku rasa tak sedap hati jugak sebenarnya sebab mula-mula masa aku dapat tahu pasal masalah aku nih, aku cadangnya nak buat senyap aje. Tak nak ceritakan pada sesiapa, online. 

First sebab aku rasa akan ada orang yang akan gelakkan aku, sebab tak habis-habis ditimpa masalah. Well, even aku gelakkan diri aku sendiri,kan? Itu yang aku kata yang life aku nih macam one big fat joke tuh kan? Mungkin orang dah bosan dengan masalah aku. Ok, itu satu. 

Keduanya, aku tahu, ada jugak orang yang baca blog ini, yang selama ini mengikut perjalanan hidup aku melalui tulisan aku nih, diaorang akan bersimpati dengan aku. Diaorang akan kesian dengan aku. Kalaulah bukannya aku yang jadi penulis blog ini, instead, aku yang jadi one of the readers blog ini, pembaca tegar blog ini, aku sure akan merasa sedih, aku sure akan merasa bersimpati, aku sure akan rasa aku patut tolong tapi tak tahu macamana. Dan aku sure akan rasa macam terkilan gitu. Jadi, memanglah aku akui, pasti ada yang bersimpati dengan aku. Kawan-kawan aku yang di tagboard/blog tuh tentunya ada di antara diaorang akan bersimpati dengan aku. Aku tak nak diaorang risau pasal aku. 

Walaupun ada dua tiga orang yang macam sindir-sindir aku, yang perli-perli aku, yang cuba buat-buat lawak kononnya, tapi aku tak kisah semuanya tuh. Dalam keadaan aku macam ini, buang masa aje aku nak layan benda-benda gitu tuh. 

Tapi itulah, aku dah cakap yang mulut aku nih mulut tempayan, semuanya nak cerita kat orang. Kononnya aku dah tak ada tempat lain nak mengadu kalau tak kat kawan-kawan aku yang kat tagboard tuh.So ituhari aku terceritalah masalah aku nih masa sembang dengan kawan aku. So ramai lah yang tahu jadinya. Dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasihlah pada yang kasi aku nasihat ker, kasi pendapat ker, even yang tak tahu nak kata apa.Ada yang offer nak kasi duit lagi tuh. 

Itulah, kadang-kadang aku terfikir jugak, apa pasallah aku nih ada blog. Orang yang hidupnya terumbang-ambing macam aku nih tak seharusnya ada blog. Aku suka menulis. Ok, fine. 

Tapi, kalau pun aku suka menulis, apa pasal tulis blog pasal diri sendiri? Apa pasal aku tak buat macam orang lain? Tulis pasal benda lain? Apa pasal tak tulis gossip pasal Mawi putus tunang? Pasal Siti Nurhaliza nak kawin? Ini aku tulis pasal aku, seratus peratus pasal aku. Sampai kadang tuh aku rasa malu sendiri sebab kehidupan yang aku lalui nih tak habis-habis dengan masalah. Pernah aku rasa nak berhenti aje tulis blog sebab aku dah malu. Aku malu dengan apa yang aku tulis. Aku malu dengan cara hidup aku. Yang tak ada kesampaiannya. 

Tapi bila difikir-fikir balik, kira ok jugak hidup aku nih, walaupun kadang tuh macam lintang pukang jer tapi worth living for. Tak apalah, aku akan terus ajelah tulis blog ini. Selagi aku boleh menahan kemaluan aku.