Entah, semalam, masa dalam train on my way home lepas tengok New Year Celebration kat Times Square, aku rasa macam bersemangat pulak nak update blog. Kalau lah tadi tak kena kerja pagi, sure semalam tuh, sesampai aje kat laman rumah, terus aku update blog.
Dah sebulan lebih aku tak update rupanya. Selamba aje, aku terus tak peduli langsung blog aku tak berupdate. Kalau dulu, sesehari dua tak buat update, rasa "guilty" sesangat. Kononnya kesian lah kat "diaorang" yang click blog aku tapi tak ada new updates. Kemain lah aku, berkhidmat untuk masyarakat kaedahnya dulu-dulu tuh.
Aku pelik jugak dulu tuh pasal apa aku tiba-tiba aje ter-malas nak buat updates. Tapi bila difikir-fikir, ada lah dua tiga sebab. Sebab kesatu, life aku tak ada apa yang menariknya. Sama aje setiap hari. Pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja, balik kerja, merempit.
Keduanya, aku letih. Dah bertahun aku berblog, sure lah letih, kan? Ketiga, aku nak menyendiri, nak menyepikan diri, nak merasa semula macam mana hidup aku masa aku tak ada internet dulu-dulu tuh. Keempat, aku macam malu jer nak berblog, iyalah, orang lain best-best tapi aku macam dulu jugak. Tak ada perkembangan, tak ada penarikan.
So itulah sebab-sebab aku terus tinggalkan blog aku. Walaupun aku ada Twitter (macam celebrity-celebrity lain), semangat nak menulis macam dulu-dulu tuh tak ada.
So tengoklah, entah-entah ini aje update aku untuk tahun 2010 nih kot? Mintak-mintak aku terus ada semangat nak memblog lah. Dulu pun tak ada cerita sangat tapi aku boleh jugak tulis panjang-panjang, kan?
Eh, apa aku nak tulis nih? Nak cerita pasal semalam ker atau nak terus tulis pasal tadi? Nak tulis pasal semalam, kang tiba-tiba ter-malas, tak tercerita pulak pasal tadi. Nak terus tulis pasal tadi, semalam punya cerita best jugak.
Semalam, David/King Mongkut buat New Year Dinner, jemputannya Mak diaorang, kawan diaorang (yang kitaorang pergi Christmas Eve Dinner ituhari) sama Mak diaorang (yang bekas penyanyi Opera tuh)
Aku sampai aje apartment diaorang, aku tengok King Mongkut dah siap sedia berpakaian lawa, rupanya Caregiver yang sorang tuh dah siapkan dia awal-awal. (Aku ada sembang dekat setengah jam dengan caregiver tuh sebelum aku masuk kerja, kat lobby apartment. Dia nih Filipino, dah 10 tahun kat Amerika. Dia nih jenis tak keluar rumah punya orang. Dia kata dia habiskan masa main Mahjong, guna duit, sama kawan-kawan dia. Hebat dengar ceritanya, sebab tiap hari sampai tengah malam kelab diaorang tuh bukak, up to 5 tables)
*Tengoklah aku nih, semuanya nak cerita! Ekekekekek*
Tak lama lepas tuh, makanan yang diorder pun sampai. $169 harganya so teruslah aku nak tulis check yang David tinggalkan semalam tuh. Tah berapa kali tah King Mongkut baca satu-satu perkataan yang aku tulis kat check tuh, takut sangat dia, macamlah aku nih kampung sangat tak pernah tulis check. Tak cukup ruang, so aku tak tulis perkataan "only" kat hujung tuh, itu yang King Mongkut risau sangat tuh sampaikan suruh Mamat Delivery tuh tunggu sampai David balik kerja sebab nak kasi check baru. Terus aku tinggalkan King Mongkut, biasalah, sesambil merungut, sesambil geleng-geleng kepala.
Diaorang sampai ngam-ngam pukul 6-30 pm, diaorang ajak aku lepak sama kat living tapi aku tetap melepak kat dapur. Biasanya kalau diorang ada guest memang aku melepak kat dapur (sambil tengok tv yang aku mute kan). Iyalah kan, tempat aku memang di dapur, kan? Sekali-sekala aje aku menyahut dari dapur bila diaorang tanya aku.
Lama jugak dinner nya sampai pukul 9-30. Aku dah resah dah sebab kat Twitter aku balik-balik Anderson Cooper (I'm following him on Twitter) update pasal persediaan diaorang untuk New Year Celebration. Lepas buat catherter kat King Mongkut, jam pun dah 10-30. Then mak kawan diaorang nak menyanyi pulak, so bergegar apartment tuh bila dia menyanyi a few songs.
Aku suruh anak dia tuh post kan clips mak dia nyanyi tuh kat YouTube. Memang best gila mak dia nyanyi, she's 71! Aku tak expect dapat apa-apa tapi mak kawan David kasi kitaorang hadiah satu sorang, dia suruh bukak masa tuh jugak. Bila aku buka hadiah aku, rupanya wallet Louis Vuitton! Terus aku meraung masa tuh, Dear Diary. Ekekekekke. Tak lah tapi I was like, "Wow!". "Don't forget to call your Mom", dia kata gitu sambil peluk aku.
Dekat pukul 11 baru aku blah, dalam train ke Times Square (untuk pergi tengok New Year Countdown), aku asyik nyanyi lagu "You'll Never Walk Alone" aje, lagu yang MakCik Filipino tuh nyanyi tadi tuh. Hujan turun renyai-renyai masa aku sampai, tapi I was all prepared. Jacket aku ada hood. Tak lah sesejuk macam tahun lepas. Tahun lepas tuh frigid, tapi semalam tuh boleh tahan lah. Tak dapat tengok apa sangat pun sebab masa tuh dah 11-30 pm, so tengok kat giant screen yang banyak dipasang kat situ aje lah.
Sampai 12-30 tengah malam aku melepak, kalaulah esok tak kena kerja pagi, harus aku melepak lama sikit sebab masa tuh hujan dah berhenti. I got home dalam 1-15 gitu, terus aje lah tidur.
Tadi (Jumaat01012010) *mode dah letih dan malas nak tulis panjang-panjang* masuk kerja pukul 11. Aku sampai Forest Hills 9 lebih sebab aku ingatkan trains lambat, iyalah harinih trains run on a Sunday schedule. So melepak kat TwinDonut yang baru bukak tuh, makan egg and cheese on croissant.
"We are going to my grandma's for lunch", kata David bila aku sampai aje kat apartment diaorang. Aku sempat lari sekejap ke subway station sebab nak cepat ke Masjid Jackson Heights.
Pukul 2 kitaorang sampai, aku sama King Mongkut melepak sampai pukul 3 aje sebab lepas tuh David sama Mak dia sama Nenek dia ada "meeting" pasal wasiat. Iyalah, Nenek dia dah 105.
Ingatkan bolehlah balik pukul 5, sempatlah tengok wayang show 5-30 pm, tapi King Mongkut nak terberak, nak buat enema, lepas tuh nak buat catherter. Lepas tuh nak balut kaki dia yang macam berulat aje tuh.
Aku geram jugak kat King Mongkut tuh sebab dia nih, dalam badan tak ada upaya tuh, nak jugak keluar ke sana-sini. Itu yang aku tanya dia, aku kata yang aku perasan, bilamana (ekekekekek) kitaorang keluar aje, after more than 2 hours, dia akan jadi lembik, nak picit scooter pun tak daya, so dia macam tunduk dan sidaikan badan dia kat handle scooter. Itu yang kadang scoter tuh terpecut sendiri tuh.
Dengan kata lain, dia tak boleh lama-lama keluar, dia akan tak ada energy, walaupun dia cuma duduk di scooter. Nak jer aku kata, "Dah tau tak ada upaya, janganlah tergedik-gedik nak keluar ke sana sini. Ini tak, kalau David cuti aje, ataupun kalau weekends, menggeletik dia nak keluar. Tapi aku tak ada lah kata gitu kat dia, cuma aku terfikir dalam hati, gini lah rupanya manusia yang tak sedar diri, jenis manusia yang nak menyusahkan orang aje. Memang patutlah David selalu kutuk dia kaw-kaw.
Tapi, macamana pun, aku kesian kat King Mongkut tuh. Walaupun bengang mengatasi segalanya.