Eh Dear Diary,
kau nak tahu dak apa yang aku selalu fikir sekarang nih? Kau nak tahu dak apa yang selalu bermain di kepala aku, di setiap waktu dan ketika? Be it waktu aku kat rumah, atau waktu tengah melepak kat Secret Garden sementara menunggu nak masuk kerja, yang walaupun pun sejuk tapi aku buat tak kisah aje. Atau masa kat train, on my way pergi atau balik kerja. Or even masa aku tengah merempit.
Kau nak tahu dak? Kau tanya lah aku.
Tapi kan Dear Diary,
kau sure nak tahu jugak, apa yang membuatkan aku terjerumus ke bidang itu sampaikan aku dah malas nak update blog. Malas nak Twit. Malas nak memasak, yang membuatkan aku asyik makan kat luar aje setiap hari.
Kau nak tahu, kan? Kau tanya lah aku.
Sat sat sat Dear Diary,
ini a secret antara aku dengan kau, ok Dear Diary? Ituhari kan, dalam sesebulan lepas, aku ada tanya David, what causes depression sebab aku bosan sangat kat tv kat US nih selalu sangat ada iklan pasal kesihatan. Aku selalu tension kalau tengok tv sebab kebanyakan iklannya pasal "are you suffering from....". Yang selalu membuatkan aku musykil, aku ada penyakit ini dak, entah-entah aku ada penyakit itu.
Kau tahu lah Dear Diary, aku nih penduduk haram kat sini, tak ada insurance, kalau jadi apa-apa kat aku, mati katak aje lah jawabnya. Itu yang buat aku selalu tertakut tuh. So kan Dear Diary,
aku tanya lah dia, "What causes depression? Can depression be cured?". Iyalah, David tuh germphobic punya orang, pasal jaga kesihatan nih dia memang hebat. Dia kata yang depression tuh disebabkan oleh biochemical imbalance of some sort kat brain. Aku gelak aje, aku kata aku tak setuju dengan pendapatan dia tuh. Aku kasi example yang religious people contohnya, dia orang tak akan depressed.
"No, everyone gets depressed, we are all human, Joe", kata dia.
Then aku kata lah yang aku, kalau aku rasa macam depressed aje, I'll turn to God, aku kembali pada ugama (not that aku jauh dari ugama), aku perbetulkan Sembahyang, aku baca Quran, things like that.
"Why are you asking me this, Joe? Are you depressed?", dia tanya aku balik. Aku gelak aje.
So kau tanyalah aku jugak Dear Diary, aku nih depressed ker?
Entah, mungkin aku tak tahu definition of that word "depression". Mungkin aku tak dapat nak bezakan antara depression dengan feeling down, atau perasaan "rasa macam tak best aje". Kalau "feeling down" atau "rasa tak best" aje, itu memang selalu, setiap hari.
Ya Rabbi Dear Diary,
kau tanya lah aku apa pasal aku termelarat sampai ke sini nih. Kau tanya lah aku, apa buah butir yang aku nak tulis nih sebenarnya.
Gini Dear Diary,
tadi kan, aku bengang sangat kat King Mongkut, sampaikan aku teringat kat insiden yang membuatkan aku tanya David tuh, pasal depression. Dulu sekali tuh, a few days sebelum aku tanya dia tuh, aku was a little down.
Ok Dear Diary,
ini aku cuba pendekkan ayat sebab benda nih dah lepas pun. Masa tuh aku bengang gila kat King Mongkut pasal masa my sedara nak datang New York, masa tu lah aku kena kerja gantikan Caregiver yang nak bercuti tuh. Ngam-ngam my sedara sampai New York, masa tu lah aku kena kerja dari pagi sampai malam. Mana aku tak bengang, kan?
Dan dengan aku nih, bila aku bengang, aku energykan kebengangan aku nih kat keadaan aku, situation aku. Fuck that shit! Aku tak nak update blog, aku tengah bengang kat King Mongkut nih! (It turned out yang dari kebengangan, terus jadi malas)
Laaa Dear Diary,
ada satu hal lagi nih yang aku lupa nak tulis. Tengah-tengah bengang tuh, or rather rentetan dari kebengangan aku tuh, banyaklah yang aku fikir, kan? Then terfikirlah pulak aku, what if aku jadi macam dulu, macam lima enam tahu yang lalu, masa aku tak ada internet connection. Masa aku sendiri-sendiri, masa aku tak ada kawan online,masa nobody knows pasal aku. Ha, aku nak rasa balik, how it feels to be alone. Deja-vu all over again gitu.
Then terus aku decided yang aku nak berhenti tulis blog, it's about time aku menyendiri semula macam dulu-dulu. Buang masa aje lah melayan blog nih, buang masa aje lah main games kat Facebook. Aku tak nak update blog, aku tak nak on kan YM, aku nak delete semua nama Melayu kat Facebook aku. Biar lah, biar lah blog aku kosong, biar lah blog aku tak berupdate, biar lah nama aku hilang kat Facebook kawan-kawan aku. Biar lah, Biar semua tahu adanya..... Diri ku kini sendiri......
"You can't go cold turkey like that, Joe. You'll get more depressed because you don't have any back-up plans", kata David bila aku kata aku nak completely cut myself off from the internet.
"Whatever, I'll get over it!", aku kata gitu. And that was like a month ago, akhir Oct 2009.
Banyak taik palat aku nih kan Dear Diary?
Ok Dear Diary,
gini cerita tadi. Aku punggah King Mongkut ke katil, then masa nak terbalikkan dia biar dia terlentang (nak buat catherter), elok aje dia kentut kat muka aku. Dia bogel, dan aku nak balikkan dia tuh kena lah pegang peha dia sebab tak boleh nak pegang perut dia yang ada machine kat dalamnya. So basically muka aku dekatlah dengan bontot dia. Dan bila dia kentut tuh, dah lah berbunyi sayu aje, tapi angin kentut tuh terasa kena ke muka aku. Panas suam gitu.
Bengang, terus aku humban dia, aku lepaskan badan dia dari cengkaman aku, aku kata, "Go fuck yourself, Hal! This is so demeaning!". Terus aku ke dapur, cuci muka. Dah lama tuh baru aku masuk semula ke bilik dia, banyak kali dia mintak maaf kat aku. Aku kata lah yang aku punya budaya, melepaskan kentut merata-rata tuh keji sangat, tambah-tambah kentut kat muka orang.
Ok Dear Diary,
kebengan aku tadi, sama lah macam kebenganngan aku kat King Mongkut masa my sedara nak datang dulu tuh. Masa tuh aku decided nak berhenti memblog, yang hasil dari tuh, aku terkapar-kapar keseorangan bila aku online. Sebab aku tak tahu nak buat apa.
Dan with me, bila aku tak tahu nak buat apa dah (sebab dah tak blogging, tak main games kat Facebbok dah, tak chat dah), aku merayau-rayau cari benda lain yang boleh dijadikan aktiviti seharian. Yang boleh meralitkan aku.
Yes Dear Diary,
entry aku dah nak sampai penghujung. [Entry ini lah, bukan blog] So, kau faham apa kaitan bengang aku kat King Mongkut tadi sama bengang aku kat dia ituhari kan Dear Diary? Bengang aku kat dia ituhari menyebabkan aku decided tak nak update blog, membuatkan aku tercari-cari aktiviti online yang lain.Yang akhirnya berkaitan dengan soalan aku mula-mula tadi. Kau scroll up, ayat aku mula-mula tadi, Dear Diary.
For more than a month now, aku jadi ralit yang teramat ralit dengan Forex. Aku rasa aku ada twit pasal Forex nih. Mula dengan macamana nak bukak account, macamana nak fund account, macamana nak trade, macamana nak withdraw profits, semua tuh aku baca.
Aku tak ada ID, tak ada SS number, duduk sini illegally, so memang tak ada harapanlah nak bukak account kan melainkan guna third party (broker atau Managed Account).
So, dipendekkan cerita, aku bukaklah one Account, aku masukkan $1500, later on aku tambah kan another $500 (but that was after aku dapat sikit profits). Jadi, duit hasil titik peluh aku yang aku invest, $2000.
Fast forward - dah sebulan lebih sikit aku setiap hari mentelaah, Account aku dah jadi $3500.
So, itu yang aku asyik dok fikir sekarang nih Dear Diary. Aku asyik fikir pasal Account aku tuh. Tak ada dah benda lain yang aku fikir. Aku tak nak fikir pasal nak memasak, sebab aku boleh makan kat luar. Aku tak nak fikir pasal blogging, sebab aku sibuk nak fikir pasal Account aku. Aku tak nak fikir pasal King Mongkut sebab memang gitu lah peangai dia, he's a Jews kan after all?
Aku fikir jugak, kalau aku keep on buat profits macam nih (walaupun main seseposen dua), ada harapan aku boleh kumpul duit. Dah terbayang yang aku nanti tak payah kerja dah, trade Forex aje. Terbayang jugak yang kalau aku balik Malaysia nanti aku nak buat Forex aje. Eh, susah tuh, nak bukak account kat Malaysia nanti nak kan semua documents (yang aku tak ada), lagipun susah nak cari duit. Kat sini, aku dah ada account, nak masukkan duit pun tak terasa sangat (sebab excahnge rate). Terfikir jugak aku, aku sanggup tunggu a few more years kalau semuanya berjalan lancar.
Itulah, mengalahkan Mat Jenin lagi aku berangan-angan. Aku bukan angan-angan, aku pasang strategy sebenarnya.
Cuma satu aje yang aku takut. Bila Account dah membunting nih, aku jadi tamak. Dan takut. Tamak tuh bila aku rasa macam nak buat agressif sikit. Takut tuh bila aku rasa macam tak nak trade dah (takut rugi, 95 % of Forex traders akan rugi, walaupun I haven't loss yet), nak withdraw aje duit profits yang aku dapat tuh. Tapi kalau aku withdraw, sampai tua lah aku kena kerja cuci jubur King Mongkut tuh kan?
"Don't put all your eggs in one basket", kata orang. Masalahnya aku tak ada banyak telor pun, yang ada cuma telur puyuh. Dua bijik tuh aku taruk dalam spenda. So Dear Diary,
itu lah yang sentiasa bermain di fikiran aku sekarang nih.