Jumaat
Sembahyang Jumaat dah awal sekarang nih,pukul 12-30 dah masuk waktu. So tadi aku Sembahyang kat Masjid Turki aje lah kat Brooklyn nih. Lepas tuh terus ke New Belachan Restaurant, lapar sangat sebab tak breakfast.
Aku ada janji dengan tokay restoran tuh, aku nak kasi dia flag Malaysia (yang kawan kat Osaka kasi kat aku ituhari. Aku bukan guna pun flag tuh so baiklah aku kasi kat tokay tuh kan?) Kat restoran tuh banyak poster dan gambar-gambar Malaysia tapi semuanya yang lama-lama. Ada wau pun jugak,itu pun orang yang kasi. So tokay tuh terus suruh aku pacak flag yang aku kasi tuh, kat dalam pasu bunga, mulanya dia nak bayar kat aku tapi aku kata lah yang aku kasi aje kat dia. At least aku dah berjaya menawan dan memacak bendera Malaysia kat New York kan?
Yang aku peliknya, semua waitresses kat situ macam bukan Malaysians aje sebab diaorang tak faham pun bila aku sampuk-sampuk cakap Melayu. Menu pun diaorang tak reti baca, kena tunjuk nombor baru diaorang tahu. Aku makan sambal sotong, best masakannya, lagi best dari sambal sotong kat restoran-restoran Malaysia yang lain.
Since tak habis makan, aku tapau belen makanan, then tokay tuh pulak kasi aku a few herbal drinks, so terpaksalah aku menapak balik ke rumah dulu sedangkan aku cadangnya nak terus aje pergi kerja. Tapi tak apa lah, aku pun nak terberak. Aku nih apa pasal hah, bila makan kenyang aje, dan-dan itu jugak nak terberak.
Sibuk David mengemas apartment malam nih sebab esok kawan satu office dia nak datang, nak jenguk King Mongkut. Aku biarkan aje dia buat kerja, malas lah aku nak beria-ia sangat. Bukan macam diaorang tuh, gitu lah life diaorang, nak impress kan sangat orang yang nak datang.
Sabtu
Hujan pagi nih tapi aku sampai Forest Hills awal, so lepas breakfast aku melepak kat park sekejap. Macam bodoh aje aku, melepak kat bench sambil berpayung.
Biasalah, sementara King Mongkut memerut, aku buatlah apa yang patut, David pun ke gym. Tak sempat lama pun King Mongkut di singgahsana sebab sibuk nak bersiap nak menyambut kedatangan kawan David. Aku ikut jer kata dia, tapi dalam hati aku bercampur baur, kesian sama meluat dengan kelaku dia. Tapi nak buat macamana kan, that's all he has now, biarkan aje lah.
Lama jugak kawan David tuh melepak, baik orangnya. "Every wrinkle on my face tells a story", kata dia masa dia cerita kisah laki dia yang mati sebab sakit apa tah, just a few months lepas diaorang kawin. That was 4 years ago.
"But I don't see any wrinkles on your face", aku melawak gitu.
Pukul 6 baru aku habis kerja sebab Minah tuh balik pun pukul 5 sedangkan aku nak buat catherter kat King Mongkut. Aku perasan yang King Mongkut terkemut-kemut menahan kencing, makin slow aku menyediakan peralatan nak buat catherter tuh. Aku peduli apa, dia terkencing terberak dalam seluar aku tak kisah. Walaupun teruklah aku nak membersihkannya tapi sure hati aku puas sebab dia tentunya malu.
Aku turun kat 57th Street, then jalan seround sampai ke Times Square. Tak sampai 10 minit, terus aku blah. Gitu lah aku nih, bukannya aku malas nak merempit tapi aku rasa melepak kat bilik on a Saturday night pun bagus jugak. Sebenarnya tak best nak ke mana-mana sorang-sorang, itu yang aku nak terus balik tuh. Sorang-sorang nih kat bilik aje yang best nya.