Sabtu
Aku tak ke mana-mana pun di sebelah pagi, sebab aku banyak berihat aje. Iyalah, aku tak sihat, kan? Ooppsss Aku online aje lah sepanjang pagi, sampai bila dah lapar sangat baru aku keluar.
Aku ke Upper West Side, cadangnya nak tengok wayang kat Lincoln Plaza Cinema tapi film yang aku nak tengok, Broken Embraces (Penelope Cruz) sold out semuanya. Best gayanya film tuh, Oscar contender agaknya.
So aku terus aje jalan, nak cuba makan kat Fatty Crab tapi bila sampai kat Pinang Restaurant kat 72nd Street, aku termasuk kat situ sebab Mat Salleh, Morgan (Manager) tegur aku. Dia tengah melepak kat luar masa tuh, dia kenal aku. Lagipun Fatty Crab tuh upscale sangat, Pinang nih ok sikit sebab aku dah biasa makan kat situ.
Lepas makan aku merayap seround kat Central Park, keluar kat Columbus Circle. Rileks-rileks jer kat situ tengok orang buat persediaan untuk Thanksgiving Parade Khamis nanti.
Tersedap pulak melepak tak kerja, so aku decided nak cuti lagi sehari lah esok. Sikit lah duit gaji aku minggu nih sebab dua-dua hari Sabtu dan Ahad aku tak kerja. Tapi tak apa, aku tak kisah, bukannya aku buat hal macam nih selalu, kan? Setahun sekali aje. Ini peluang aku nak berihat, aku nak gunakan peluang ini. Iyalah, setiap hari aku kerja, nak lah jugak aku berihat kan? Tokay babi pun tak kerja 7 hari macam aku.
David kata kalau aku nak cuti Monday pun tak apa sebab dia tahu aku masih belum sihat. Iyalah, masa menalipun tuh, aku asyik nak terbersin aje, siap hembus-hembus hingus lagi tuh nak kasi real. Lepas tuh aku gelak sorang-sorang mengenangkan keterreran aku berlakun. Cuma satu aje, aku ada rasa tertakut jugak, iyalah kan, mana tahu nanti betul-betul sakit, kan? Tapi, aku memang kurang sihat, aku tak tipu.
Ahad
Kejap aje rasanya dah 3 hari aku tak kerja rupanya. Aku banyak melepak kat bilik aje, baca pasal Forex, update blog, main games. Forex Account aku dah $3500 dah jadinya, itu yang aku rasa ralat jer nak tinggalkan laptop aku nih. Aku nak online aje kerjanya nak mengecheck account sedangkan weekend mana ada trading. Nak online guna cellphone payah sebab aku nih kan ker mudah tak sabar orangnya, kalau terkemput-kemput nak online guna cellphone tu memang payahlah.
Aku keluar pun dah petang, lepas Asar. Pergi makan Mee Goreng kat New Belachan Restaurant, tak sedap so aku tapau ajelah. Tak kan aku nak biarkan gitu aje, nanti terasa hati diaorang bila tengok makanan aku macam tak luak. See, aku pandai jaga hati orang.
Lepas tuh cadangnya nak beli bahan-bahan untuk memasak tapi malas lah pulak rasanya, baru sangat aku memasak, tak kan nak memasak lagi, kan? Sesebulan akan datang lah baru aku masak lagi sekali kot.
On the way balik tuh aku termasuk this one Spa yang memang dah lama aku intip-intip dari luar. Murah aje, dalam $25-$30 untuk buat refleksoloji. So aku nak buat whole body punya, yang paling murah, $25. Pelik aku, macam masuk salon aje sebab di cuci rambut, dicuci muka (first time yang pertama dalam hidup aku ada orang cuci lubang telinga aku, geli tapi best aje). Punyalah sakit masa diurut, Minah tuh guna elbow, guna lutut, guna kaki, urut aku. Macam binatang dibuatnya badan aku, rasa nak menjerit tapi aku tahan kan jugak. Dia kata urat kat badan aku nih bersimpang siur, semuanya ketat. Itu yang dia nak uraikan tuh.
Masa sakit memang sakit tapi masa urut peha, puas aku menahan dari terstim, ekekekeke. Aku pejam mata sambil dalam hati kata, "Janganlah stim! Janganlah stim!
Aku kasi tukang urut tuh $10 tips then aku tanyalah dia, "Is that good?". Ada dia boleh kata, "8 is better" (English dia aku tak faham), mungkin dia tak perasan yang note aku kasi tuh $10. So aku kasi dia another $5, tak kisaah, aku puas hati sebab rasa macam hilang lenguh segala sendi tulang aku.
Agaknya urat kentut aku terlerai gamaknya, sepanjang jalan nak balik, asyik berteraburan aje kentut aku. Bertitiran dan bersahut-sahutan gitu.
Best pualk cuaca, nyaman aje, so aku meround pulak kat area yang ramai South Americans tuh sambil makan jagung style Mexican. Best jagung diaorang, taruk mayonaise, grated cheese, then taruk chilli powder. Selamba aje aku menggonggong jagung, macam bebudak aje gayanya.
Aku tidur awal sikit, siap set kan alarm awal pagi sebab esok nak ke Rockerfeller center nak tengok Susan Boyle yang akan perform dalam rancangan NBC Today Show.