Wednesday, October 31, 2012

Keberangkatan Tiba AM/NR


About this time next week, InsyaAllah, aku tengah melepak sama AM dan NekRock, sesambil makan nasi yang aku tapau dari Pinang Restaurant,kat hotel diaorang tinggal, Times Square Sheraton kot. Sure diaorang letih lepas merempit, sementara tunggu aku siap kerja. Agaknya malam tuh kitaorang merayau-rayau kat area Times Square, Rockerfeler Center aje lah.

Aku tidur kat hotel diaorang malam tuh, besoknya balik ke rumah sewa aku, tinggalkan barang dan terus ke Forest Hills sebab tokay Pinang tuh dah janji nak masak Kari Kepala Ikan Special untuk kitaorang. Lepas tuh teruskan urusan rayap merayap. Aku dah kasi warning kat NekRock, segala urusan-urusan berbentuk perniagaan tidak dibenarkan sama sekali.

Besoknya, Selasa, pagi-pagi lagi ke Penn Station, naik Amtrak ke Niagara Fall. Tidur kat sana malam tuh. (Malam tuh Bryan Adams ada buat konsert kat Buffalo, tak jauh dari Niagara tuh. Hmmmm.....) Besoknya tak tahu lah macamana sebab nak ke rumah Ila, Minah Singapore yang tinggal kat kampung kecik tapi nama besar tuh, Rome. Rancangannya nak ke Boston, Massachusets, mungkin jugak balik dulu ke New York (pasal tak ada train dari Rome ke Boston). Rugi masa kalau macam tuh, nak patah balik ke New York, tapi tengoklah macamana nanti. NekRock/AM nak sewa kereta kot, kalau macam tuh teruslah kitaorang ke Boston (malam tuh Bryan Adams ada buat konsert kat Boston. Hmmm....) ,singgah kat New Haven, Connecticut, nak makan kat Warung Selera.

Aku belum confirm yang weekend tuh dapat cuti ke tidak.Kalau dapat, mungkin aku akan ikut diaorang ke Washington DC. Diaorang nak merasa naik bas Cina,ekekekekke. Tapi aku rasa macam nak ke Philadelphia aje, dah lama tak ke sana, dah dekat 3 tahun kot. Sunday tuh pulak Bryan Adams ada buat konsert kat Purchae, New York. Hmmmm.....

David tak rasa dia ingatkan aku nak cuti jugak weekend tuh pasal weekend lah aku kerja lama sikit, so sure aku tak nak rugi, kan? Ahad pulak hari gaji. Dia tak tahu, yang sempena kedatangan Yang Mulia NekRock dan AM ke New York, Tuhan bukak pintu rezeki aku. Dalam dua bulan lepas aku ada joined 2 programs kat internet (nanti-nantilah aku cerita,kalau rajin), kebetulan pulak seseminggu dua nih aku punya turn untuk mengollect hasil. Last week sama this week aku dah dapat $1000 ($500 aku tumpang Paypal NekRock, $500 lagi aku gunakan untuk buat modal nak "main" second round) dan minggu depan akan ada at least (yang dah confirmed) 4 orang yang akan hantar aku duit $100 sorang. Syukur Alhamdulillah.

Itu aje lah kali ini, nanti aku update banyak gambar masa merempit sama NekRock dan AM nanti, sekarang nih aku "sibuk" macam dua tiga bulan kebelakangan ni lah, sibuk cari peluang buat duit, sampaikan nak update blog pun aku malas.