Wednesday, October 31, 2012

Ahad-Selasa15-17112009


Ahad

Masuk kerja pukul 11 harinih, aku sampai Forest Hills dalam pukul 9-45 gitu so lama lah melepak sesambil breakfast makan pancake kat McDonalds.

David balik aje dari gym terus kitaorang bersiap untuk ke apartment nenek dia. Nasib baiklah Aunt Camel Toe diaorang tak ada, so kitaorang bertiga ajelah yang pergi.

"I like you, you always bring a smile wherever you go", kata nenek David kat aku. "You have personality, good personality", kata dia lagi.

"You here that Joe?", kata David dari dalam bilik air. Aku senyum aje lah, betul ker aku nih ada personality yang bagus, tanya aku dalam hati.

Punyalah mengantuknya aku masa lepas makan (tuna sandwich) tuh sesambil diaorang sembang. Biasalah, nenek David buka cerita kisah dia muda-muda dulu, zaman-zaman Holocaust. Tersengguk-sengguk aku pasal mengantuk, nasib baik tak ada siapa yang perasan. King Mongkut aje yang kena tegur a few times sebab dia pun tertidur.

Kitaorang stayed kat apartment tuh sampai pukul 3, nenek David expect kitaorang akan melepak sampai pukul 5 atau 6 so dia disappointed sangat bila kitaorang kata nak balik. Kesian aku menengoknya nenek David tuh, but she's a very strong woman, umur dah 105 tapi masih gagah dan bergaya.

Lepas kerja aku cadang nak tengok wayang kat Forest Hills sebab dah lama tak tengok wayang kat situ (2010 atau The Christmas Carol, atau Precious) tapi semua shows sold out sampai pukul 8. Aku ke Times Square sebab kat Regal Cinema atau AMC ada banyak shows, every half hour ada film yang sama. Tapi film 2012 pun sold out jugak sampai show pukul 11, mana aku nak tunggu, kan? So teruslah aku balik lepas meround dua kali di Times Square.

Isnin

Aku kalau Isnin, selalu plan nak buat something yang lain dari minggu lepas. Saja lah nak elak dari kebosanan. Memang selalu plan yang pagi-pagi nak jogging, then nak ke Chinatown beli barang, then nak memasak. Tapi biasanya janji tinggal janji ajelah, dan kalau Isnin aku tak dpaat penuhkan janji aku tuh, maknanya seluruh minggu ini pun sama jugaklah.

Aku salahkan pasal semalam tidur lambat (tengok The Amazing Race), bangun lambat yang bila aku betul-betul bangun, dah pukul 10 lebih. Yang waktu itu aku dah serba salah, nak pergi beli barang dan memasak dah terlambat, lagipun aku dah lapar sebab tak breakfast. Akhirnya gitulah, makan kat luar.

Aku ke New Belachan Restaurant, aku order Rojak sebab ingatkan Rojak tuh Rojak sayur. Rupanya Rojak buah, yang teramatlah pedasnya. Sembang sekejap dengan tokay tuh, rupanya dia bukan orang Malaysia. Tak percaya aku bila dia kata dia dari India, Calcutta. Rupanya restoran tuh kawan dia, Chef (a Malaysian) yang join sama dia, semua pekerja dapur tuh orang Malaysia. Dia dulu ada join kawan dia bukak Malaysian Restaurant jugak tapi tak berapa maju so dia cuba sekali lagi sama Chef tuh.

Aku rasa macam "terkilan" jugak dia bukan Malaysian. Patutlah dia kalau aku cakap Melayu dia macam tak faham aje, dia pandang aku, macam buat-buat faham gitu. Shawn nama tokay tuh, dia asyik panggil aku Sir aje, itu yang buat aku nak tergelak tuh. Kalau lah dia tahu yang aku nih Bangla aje kan?

Agak dah, sure sakit perut punya sebab makan pedas, so terkemput-kemput aku balik ke rumah lepas tuh, menahan dari terburai di tengah jalan.

David kata minggu nih (akhir minggu) kitaorang akan sibuk, Jumaat diaorang ada guest. Sabtu nak ke mall. Ahad pulak ada brunch kat Manhasset sempena birthday mak tiri dia (mak King Mongkut).

Selasa

Entah-entah aku nih allergic to udang kot. Lunch tadi aku makan kat Pinang Forrest Hills, biasalah makan udang belacan + okra, makanan kebangsaan aku. 

[Eh sat, aku nak cerita pasal waiter Indo tu sikit. Rama nama dia (bukan Ramon), dah a few months dia kerja so dah tiba masanya dia nak pindah kerja lain, so itu yang dia tanya aku sebab dia dapat offer kerja restoran jugak, tapi jauh kat Long Island. Aku katalah yang tak berbaloi sebab dia kena commute jauh, walaupun gajinya besar dari sekarang tapi dia kerja 12 jam sehari, 6 hari seminggu, tiring nak travel jauh-jauh. Kat tempat sekarang tak berapa jauh dari bilik sewa dia. So itu yang aku kasi pendapatan aku kat dia tuh, baik buruknya pindah kerja lain]

Ok, berbalik pasal allergic tuh, masa kat apartment David, tetengah melepak lepas siapkan King Mongkut, aku rasa bibir aku swollen gitu, badan aku gatal-gatal. Minggu lepas ada sekali jadi gitu, kat bahagian mata aku bengkak sikit, dan badan gatal-gatal. Aku buat tak tahu aje lah walaupun rasa tak comfortable gitu.

Tapi bila David perasan yang bibir aku membengkak (dia ingatkan aku baru lepas pergi dentist), baru aku pun terperasan sama. Dengan David memanglah, kelam kabut dia suruh aku ke Walgreens beli ubat tapi aku kata in a few hours akan surutlah bengkak tuh. Kalau dengar cerita David, macam bibir aku bengkak mengalahkan bibir babi, tapi bila aku tengok kat cermin, bengkak sikit jer, macam terjuih ke bawah gitu. Tergelak aku tengok, macam bibir itik aje bibir aku tuh ekekekek.

So itu lah, aku agak aku nih allergic to udang kot pasal itu yang aku makan tadi. Breakfast aku cuma makan dua keping roti aje tadi. Kalau tak udang, sure aku allergic to nasi kot. Susah dah tua-tua nih kan, ada jer benda yang tak kena nya. Dulu selamba aje aku makan apa-apa.