Wednesday, October 31, 2012

Khamis18022010


Orang kata, jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman. Jauh berjalan kat New York City, lagi lah luas pemandangan dan banyak pengalaman kan?

1. Last weekend on my way to work, masa tunggu F train kat 34th Street, aku biasalah, sambil baca The New York Post aku bersandar kat tiang. Then ada lah lalu this one black guy yang aku tengok, nak kata macam homeless tak jugak. Tapi, nak kata macam orang biasa, tak jugak. So aku macam stare lah kat dia, nak memakesurekan yang kategori apa nya dia tuh. Iyalah, kalau dia homeless dan dia mintak duit, sure aku kasi.

Tak lama lepas tuh, aku perasan dia jalan mundar mandir, keliling aku. Dua tiga kali. Bila aku pandang dia, dia kata something like, "Staring at a man huh? Looking down at a man huh?". Terpanik aku sekejap. Mulanya aku nak cakap, "Me no speek the Inglish" tapi nampak sangat menipu sebab tangan aku pegang The New York Post, kan?

Dua tiga kali dia ulang cakap gitu, aku tanya, "What were you saying?". Kecut perut aku. Aku jeling dua tiga orang yang ada kat situ, diaorang pun macam panik jugak, so terus aje lah aku blah,laju aje aku jalan, tak pandang belakang dah. Aku keluar, then jalan kaki ke 42nd Street Times Square punya subway station, tunggu train kat situ pulak.

2. Dua tiga hari lepas, aku pergi makan kat Pinang di Forest Hills. Aku biasalah, sekali seminggu aku akan ke restoran Malaysia, setakat nak tunjukkan muka, nak mengeratkan Silaturrahim.

Baru lepas snow so jalan basah masa aku nak pergi kerja. Pinang tuh dalam 5 blocks aje ke main street kat apartment King Mongkut. Aku terperasan ada sorang perempuan nih berdiri tegak aje kat walkway. Nak kata dia tunggu teksi atau kereta, tak kan berdiri kat tengah walkway. So semakin aku dekat dengan dia, semakin aku perati. Peliklah kan?

Then mata aku tertengok kat kaki dia, dia pakai jaket tebal macam jubah tuh, yang nampak kaki aje. Then aku tengok laju jer air menitis dari kaki dia. Laaaa, rupanya dia kencing! Selamba aje dia kencing sambil berdiri kat tempat orang jalan kaki. Nak kata dia gila, aku tengok, macam perempuan tua biasa aje. Puas aku nak tahan gelak, selamba aje dia melepaskan hajat dia kat situ. 

Itulah aku fikir, setaksenonoh aku, berlambak lagi orang yang lebih teruk dari aku.