Wednesday, October 31, 2012

Rabu-Jumaat18-20112009


Rabu

Harinih aku kuatkan semangat, selalunya aku tarik duvet kasi berkelubung, sambung tidur. Tapi pagi nih tidak, aku heret badan aku bangun. Macam heret King Mongkut. Aku tak nak jadi macam semalam. Semalam aku dah hampir termemasak, dah kupas bawang semua dah, lepas tuh aku bantai masuk bilik, aku sambung tidur. Harinih aku nak memasak.

So pergi membeli-belah sekejap, beli beras, udang kering, kangkung, terung, ikan. Then memasklah aku, tak bawak laptop ke dapur pun sebab aku nak concentrate. Biasanya memasak kejap, online selebihnya. Tapi kali ini aku betul-betul memasak. Taruk semua bahan-bahan dalam blender, aku buat rempah belacan.

Tak payah cakap banyaklah, sedap gila kedua-dua masakan aku, kangkung belacan sama gulai lemak ikan + terung. Seperiuk aku ratah gitu aje kangkung tuh, jauh lah lebih sedap dari sayur kangkung yang aku beli dari restoran Malaysia sebab aku taruk banyak belacan sama udang kering. Bangga betul aku dengan diri aku ekekekek

Panik jugak aku takut-takut kalau ada effect apa-apa sebab makan udang, walaupun udang kering. Tapi Alhamdulilah tak jadi apa pun sepanjang hari, cuma aku rasa nak kentut aje kerjanya. Sikit-sikit kentut, sikit-sikit kentut, tapi jenis kentut tak busuk, kentut buang angin aje. *Orang kata, kangkung berangin, entahlah, payah masakan Melayu nih, semuanya ada cacat cela nya*.

Balik kerja aku singgah kat Rockerfeler Center, tengok pokok Krismas yang baru dinaikkan tadi. Acara Lighting of Christmas Tree tuh akan dibuat 2 Dis nanti, aku tak dapat tengok lah sebab tak sempat. Last year pun aku sampai aje, dah habis acara.

Lepas tuh merayap kat Times Square tu lah, musim-musim perayaan sekarang nih orang semakin ramai. Tak dapat jugak aku tengok wayang sebab sold out lagi film yang aku nak tengok, so terus aje lah balik.

Khamis

Aku keluar pergi kerja lepas Asar, sekarang nih pukul 2-15 dah masuk Asar. Hujan turun lebat jugak masa aku sampai Forest Hills tapi aku melepak kat Secret Garden tuh jugak. Macam orang bodoh aje, duduk kat bench tuh, satu tangan pegang payung, satu tangan lagi menwit guna cellphone.

King Mongkut tengah melepak sebab dia tengah charge battery scooter dia, masa aku sampai. So oklah,tak payah aku kena angkut dia ke katil untuk diurut. Dia tengok tv, aku temankan dia, tapi aku online guna cellphone. Sekarang nih aku selamba aje guna cellphone, sebab kalau nak tengok tv, dia biasanya nak tengok series lama-lama. So, dengan aku ralit main cellphone, dia pun tak ada lah tanya-tanya aku Channel apa yang nak ditengok. Aku tahu, dia nak sangat tengok Channel yang dia selalu tengok tuh, itu yang aku biarkan aje.

Masalahnya dia nih, tak padan dengan cacatnya tuh, asyik switching Channels aje kerjanya, sampai tersungkur-sungkur dari scooter. Kadang tuh aku tengok jer kelaku dia, aku tak tolong pun dia picit remote, sebab aku nak ajar dia sikit. Buatlah macam aku, kalau tengok tv, tengok satu Channel tu aje lah walaupun penuh commercials. Dia nih tak, dua tiga minit tukar Channel, dua tiga minit tukar Channel. Aku menengoknya pun hilang sabar.

Jumaat

"I like you, you always bring luck", kata tokay kedai gunting Spanish tuh bila nampak aku masuk salon dia. Belum bukak pun lagi salon tuh tapi aku selamba aje tunggu dia kat dalam, aku dah biasa potong rambut kat situ.

Hari Jumaat agaknya, tak putus-putus orang datang, sampaikan lepas gunting rambut aku, puas aku tunggu nak dishampoo. Aku fahamlah jugak sikit-sikit apa yang diaorang cakap sesama diaorang. Diaorang kata aku bawak tuah sebab ramai customers datang. Tuah tak tuah lah, biasanya aku siap potong dan cuci rambut dalam masa setengah jam aje tapi tadi tuh dekat 2 jam baru selesai. Itupun lepas cuci aje rambut, terus aku bayar, aku kata aku nak pergi kerja dah, tak sempat pun diaorang nak keringkan rambut aku.

Aku sekarang nih tak pergi dah ke salon Cina yang harganya $12, sebab jauh jugak, dalam 6 blocks dari rumah sewa aku. Kat salon tadi tuh harganya $38, itu belum campur tips.

Hebat aku, untuk kali ke 5 aku tak makan kat luar, aku masih belum habiskan masakan aku. Biasanya dua kali makan aje aku dah tak berselera tapi kali nih sampai habis lauk, sikit pun tak ada dibuang. Penangan tangan aku yang selalu cuci jubur King Mongkut tuh kot ekekekeke.

Sejak pagi lagi dah aku selalu terbersin, hidung pun basah, hingus kadang-kadang meleleh. Agaknya sebab tak berapa puas tidur, semalam berjaga sampai pukul 3 lebih sebab tengok Survivor.

Masa dalam train, makin teruk aku terbersin, so fikir punya fikir, baik aku talipun King Mongkut. Iyalah kan, aku tak nak nanti sampai aje apartment diaorang, disuruhnya balik. Dulu pernah jadi sekali macam tuh, disuruh balik sebab aku tak sihat.

King Mongkut kata tak payah datang kerja lah kalau tak sihat. Memang tak sihat pun, asyik terbersin, terbatuk aje aku masa menalipun King Mongkut tuh ekekekeke. Tapi aku ralat jugak sebab malam nanti diaorang ada guest, kesianlah kat David yang terpaksa menyiapkan King Mongkut, kan?

The moment aku keluar dari subway station, aku rasa lega aje, tak rasa macam tak sihat pun, rasa biasa aje. Rasa nyaman gitu sebab cuaca pun nyaman. So merempitlah aku kat Macy's sekejap, terus ke Times Square, then terus ke Central Park.

Malam tuh David talipun, dia suruh aku berihat aje dan dia kata caregiver yang sorang lagi tuh sanggup gantikan aku untuk esok. Lega aku sebab dah 18 bulan aku tak jumpa Sabtu sebab sentiasa kerja. So aku nak lah merasa macam mana Sabtu siang di New York City.