Tuesday, October 2, 2012

And The Dreams Drift Away


04112006

Kalau di minggu pertama aku kerja, gaji kitaorang dibayar the next week tuh, Monday. Kira cepatlah, itu aje yang buat aku happy masa tuh, at least aku ada duit di pocket. Tapi, di minggu kedua, lain pulak ceritanya. Minggu ketiga pulak, cerita lain jugak. 

Hari Selasa Armi ada talipun kata dia nak datang sorang, naik bas dari Phila ke Atlantic City. From there dia akan naik bas aje ke tempat kitaorang. Bila aku tanya pasal Martin, dia kata Martin sibuk, kerja double-shift so dia tak dapat datang. "Juragan gedek" tak dapat datang jugak. Moskel jugak aku sebab setahu aku, Martin tak pernah kerja double-shift gitu. Bila aku talipun Martin, dia kata yang Armi tuh dah tak dapat dihubungi, dah berberapa kali dia cuba talipun tapi tak dapat. Nombor cellphone pun dah ditukar. "Pembohong orangnya Armi tu", kata Martin masa dia menalipun aku. Aku taklah tanya sesangat tapi Martin kata yang dia dulunya dah dapat 5 orang untuk dibawak kerja ke KFC tuh tapi sebab tak dapat nak contact Armi, dia terpaksa batalkan aje. 

Dah malam masih belum nampak kelibat Armi, bila aku talipun, tak ada yang jawab. Esoknya pun sama. Dah petang baru dia datang, dia bawak 3 orang yang dah agak berumur, orang Laos, untuk pergi interview kat KFC tuh. "Gajian kalian aku bayar lusa", Armi kata kat aku. Masa tuh aku tengah kerja so aku tak bolehlah nak sembang sangat dengan dia. Takat sembang sambil lalu gitu ajelah. Nak tergelak aku tengok 3 orang yang dia bawak tuh, dah berumur, lagipun semuanya macam kalut aje, macam kampung sangat. Walaupun rasa kesian tapi aku tak dapat nak elak dari rasa nak gelak. Orang lain yang kat KFC tuh semuanya asyik dok mengintai orang Laos tuh, sambil gelak-gelak. Rupanya diaorang pun fikir gitu jugak.

Sementara tunggu nenek interview, masa aku nak buang sampah, aku terperasan yang one of the guys tuh dia hisap rokok kat luar, right depan satu sign yang tulis No Smoking/No Fumar. Habislah kalau nenek nampak, kata aku dalam hati. Memang yer pun, tak lama lepas tuh aku nampak Ivan sama nenek marah kat mamat tuh. So tak heranlah kalau diaorang tak jadi kerja di situ, dengar ceritanya yang bila mamat tuh nenek tak nak ambil dia kerja di situ, yang dua orang lagi (perempuan) pun tak nak lah kerja di situ. So akhirnya diaorang balik gitu ajelah. 

Malam tuh aku talipun Martin nak tanya cerita lanjut. "Itu orang aku!", dia kata gitu. Rupanya orang Laos tuh Martin yang kenalkan kat Armi. Then aku talipun Armi, nak tanya benda yang sama. "Oh kagak, mereka bukan melamar kerjaan sih, mereka cuma jalan-jalan aja, mereka kerjanya di Wildwood, mahu nompang balik ke Phila", kata Armi. Nampak sangat dia tipu aku sebab dia tak nak aku tahu yang ketiga-tiga tuh tak diterima kerja di situ. One of the reasons, sebab diaorang dah berumur, in their 50's.

"Kamu punya temen nggak?", Armi tanya aku. Manalah aku ada kawan yang nak kerja di sini, kata aku dalam hati. Malam tuh, aku ceritalah sama Heru, dia suspen aje pasal nampak gayanya martin sama Armi dah tak sehaluan lagi. Maksudnya Martin dah tak bersama Armi dah. Lagipun, Armi tuh banyak dalihnya, ada aje alasan dia. Aku pun geram sangat dengan Armi sebab hutang aku yang 200 tuh masih belum dibayar. Aku suruh dia guna duit tuh untuk bayar bill cellphone aku dah dua minggu dah tapi dia masih belum bayar. Aku kerja setiap hari, macamana nak pergi bayar? Dia tetap kata yang dia akan bayarkan tapi dua minggu berjalan, bill aku masih belum dibayar. Tunggu masa aje service talipun aku akan digantung sementara.

Tiap kali dia talipun pun dia selalu tanya kalau ada apa-apa yang kitaorang nak pesan, makanan. Dah banyak aku pesan, tempeyek, sayur singkong, kartu telpon. Tapi nggak dibeliin. Tiap kali datang, alasannya, "aku lupa, aku lupa. Ato, "aku sibuk, nggak punya waktu". 

Aku bincang dengan Heru, kalau seminggu lagi Armi buat begitu, aku nak blah ajelah. Aku seriau jugak dengan orang yang suka janji nih. Aku dah berapa kali terkena. Heru, sebab dia naive, dia tak faham sangat. Macamana pun, dia asyik suruh aku terus talipun Armi, girlfriend Armi, juragan gedek, semuanyalah. Sampai aku dimarah dek girlfriend Armi sebab selalu sangat menalipun. Sabar jer lah, her number tuh is the only number yang aku dapat hubungi, so, nasiblah kan? 

--------------------------

"Eh, aku butuhkan uang kerna Will ada masalah insuransi....blah blah blah.....", kata Yanti masa dia talipun aku satu pagi tuh. "Lagi, Mbak pacarnya Pak Yus nggak jadi nyewa di rumah aku kerna nggak dibenarin pihak gereja....blah blah blah....", kata Yanti lagi.

"Kalo gitu, kamu terusin ajalah hitung sewa aku kerna aku kayaknya nggak bekalan lama di sini sih. Nggak kerasan", aku rasa lega jugak bila tahu yang kalau aku ke Phila, aku akan ada tempat untuk tinggal. Walaupun terpaksa di rumah Yanti. So aku beritahu Yanti yang kalau dah gaji nanti, aku akan hantar dia money order ataupun kirimkan kat Armi aje. 

"Aku kasi kamu 300 dulu buat lunasin hutang yang lalu", aku kata gitu. 

So sepanjang pergi kerja tuh aku asyik fikir, aku nak settlekan hutang aku sesikit. Memang liat kalau bab-bab nak bayar hutang nih. Hutang Nani pun aku belum bayar lagi, hutang Yanti dah menambun. (Tapi, yanti masih hutang sama aku, kan? Ribuan dollars) Tapi aku ada duit nak bayar semuanya tuh. Cuma perasaan liat tu aje yang aku tak leh lawan tuh. 

Dan aku terfikir, aku terpaksa berhenti kerja ajelah gayanya kalau macam nih. Cari kerja kat Phila ajelah nampak gayanya. Kerja cafe, kerja restoran kat Phila, tapi live-out. Berulang alik pergi kerja. Itu baru syok, bukan macam duduk live-in nih, aku rasa tak seronok aje pasal keadaannya tak sesuai dengan jiwa aku. Ditambah dengan masalah kerja, masalah nenek sama Ivan, masalah Armi, aku rasa aku harus mengorak langkah. Dengan Heru pun aku tak berapa serasi sangatlah sebenarnya. Aku nih mulalah, kalau dah tak suka tuh, benda kecik-kecik pun akan jadi penyebab utama. Dengan Heru, apa yang aku tak berkenan sangat tuh, dia nih "irit" orangnya. Irit, bukan cirit yang tertinggal c. Bukan. Dia tak pernah beli apa pun, tak boleh nak salahkan dia jugak. Dia, semuanya masih diconvert to Rupiah. Last-last tak jadi beli. Dan bila aku beli jajan ker apa ker, makanan ker, sure aku kasi dia separuh, kan? So gitulah, aku rasa bosan pulak jadinya, takkan aku nak makan sembunyi-sembunyi? Kadang tuh buat tak tahu jugak, aku makan sorang-sorang kat dapur, tapi dia datang, tanya, "Kamu beli apa? Makan apa?" So, manalah aku tak terkasi kat dia separuh, kan? Selama aku di sini, baru sekali aje dia pelawa aku makan jajan dia, itupun cookies yang dia ambik kat KFC tuh. Itupun sebab he caught me jeling masa dia makan cookies tuh, kalau tidak sure dia tak pelawa pun. 

Itu yang aku fikir, ada tempat lain yang sesuai untuk aku, buat apa aku menyusahkan diri, memeningkan kepala kerja di sini. Everything's against me kalau kat sini. Tak apalah kalau aku tak dapat kejar cita-cita nak jadi Manager KFC tuh. Eleh, aku bukannya nak apa pun, aku kerja setakat nak kumpul duit aje, pangkat semuanya tuh tak penting bagi aku. Kalau aku selalu tukar kerja pun, emangnya aku pikirin? Orang lain tuh berlambak yang macam aku. Kitaorang nih penduduk haram, memang gitulah kaedahnya kehidupan orang gelap. Kerja tak menentu. 

Dan tak apalah aku terpaksa berhenti kerja lagi, asalkan aku akan dapat kerja di tempat lain. Yang lebih baik, yang lebih serasi dengan aku. Aku bukannya apa, asalkan dapat duit, that's good enough. Bukannya aku kerja yang guna otak, aku kerja kuli aje kan? Kerja yang tak pakai otak. Tapi, walaupun kerja tak pakai otak, otak aku sentiasa serabut. Itu yang buat tak dayanya tuh.