Tuesday, October 2, 2012

Bercanda Di Sisiran Pantai


Sempat 3 malam aje kerja, aku demam. Kurang tidur, itu puncanya. Taklah teruk sangat demamnya tapi aku asyik terbersin, hingus keluar berjela-jela, badan rasa panas aje. Manja jugak rupanya aku nih, sebab tak tidur malam pun badan jadi lemah gitu. 

"Kan ibu udah bilang, kamu harus makan yang banyak, tidur harus cukup kerna malamnya kita bergadang (berjaga malam)", kata mak Wati. Memang, aku seharusnya tidur aje selepas balik kerja pukul 9 pagi, tapi aku, once sampai ke rumah, terus hilang mengantuk. Aku online dulu barang sesejam dua. Lepas tu baru lah tidur, bangun untuk Zohor, then online lagi sekejap. Tidur semula dan bangun untuk Asar. Lepas tuh tak tidur dah sampailah besoknya.

Itu yang aku buat keputusan untuk berehat aje, aku dah tak kerja dah akhirnya. Gaji yang aku kerja tuh dapatlah bayar duit sewa selama tinggal di rumah Wati. Jugak untuk aku buat belanja selama aku di situ. Hari Jumaat tuh, aku gagahkan jugak diri aku walaupun rasa sengal-sengal badan, biasalahkan lepas demam badan rasa sengal-sengal gituh. 

Aku ke library sementara tunggu untuk ke masjid. Then aku ke 40th Street, kat University City. Kat situ dengarnya ada masjid besar, sebab di situ banyak universiti. Aku terfikir jugak, sure akan terjumpa students dari Malaysia. kalau pun ada. Selama ini aku tak pernah pun terfikir untuk ke masjid itu, sebab aku tak nak terserempak dengan Melayu. Tapi tak tahu lah, mungkin berkat Ramadhan nih kot, aku macam dah berubah fikiran, kalau boleh aku nak jumpa Melayu lah pulak. 

Besar masjid tuh, tapi macam masjid Tabligh jer gayanya, bangunan tua yang aku tengok robek sana sini. Bergandalah besarnya dari Masjid Taha tuh. Masa aku sampai tuh khutbah (in Arabic) dah mula so tak dapatlah aku nak melepak dulu. Masa nak cari tempat kosong, ada aku terperasan satu mamat nih yang aku rasa macam Melayu aje so aku cadang nak sembahyang dekat-dekat dengan dia sebab senang nanti dah selesai sembahyang boleh aku tanya dia kalau betul-betul dia Melayu. Tapi, belum sempat aku sembahyang sunat, aku ternampak satu lagi mamat nih yang gayanya more Melayu than mamat tadi tuh. So aku pindah tempat, aku kat saf belakang mamat kedua tuh. Budak buat PhD gayanya mamat tuh, dah berumur sikit dah kot, dahi dia luas, seluas dahi aku.

Lepas sembahyang, dia sembahyang sunat. Aku pun sembahyang sunat jugak. Dia bangun. Aku pun bangun. Tapi sebab ramai orang yang nak keluar, mamat tuh hilang dari pandangan aku. Puas aku cari tapi tak nampak pun dah kelibat dia. Terus aku cepat-cepat pergi ambil kasut, aku nak tunggu dia di luar masjid. Rupanya mamat tuh keluar dari pintu yang lagi satu, aku nampak dia beratur nak keluar. Aku pandang-pandang dia tapi dia, walaupun pandang aku, dia buat tak tahu ajelah. Itulah, muka aku nih ada unsur-unsur kebanglaannya, itu yang dia buat macam tak tahu aje tuh. Kalaulah aku nih hidungnya penyek, ada misai, sure akan lebih nampak macam muka Melayu. 

Kat luar, aku cari-carilah jugak mamat tuh, entah ke mana dah lesapnya. So aku pun cadangnya nak blah ajelah, aku tengok sekeliling pun tak ada muka-muka Melayu. Ker tak ada students Malaysia kat universiti di Philadelphia nih? Dah jauh aku jalan, bila aku toleh balik ke belakang, aku nampak mamat tuh tengah berdiri di bawah pokok, so aku patah balik ke arah dia. Bila aku melintas jalan, aku nampak pulak ada dua orang kawan dia agaknya, bersembang dengan dia. Mamat Pakistan gayanya sorang tuh, yang sorang lagi gaya macam orang Arab. Kacau betullah. Rasa nak tegur aje dia tapi aku rasa tak sure pulak, so aku berdiri ajelah di sebelah diaorang yang tengah bersembang tuh. Aku nak cuba dengar accent dia, boleh agak kalau accent orang Melayu yang cakap Inggeris. 

Tapi aku tak dengar pun suara mamat tuh, iyalah, aku pun taklah berdiri dekat sangat dengan diaorang. Tak sempat lama, terus diaorang menyeberang jalan, terus diaorang naik bas. Dan aku pun terus ajelah jalan kaki ke subway. Terkilan jugak aku sebenarnya. 

Aku singgah sekejap kat restoran Thai sebab nak beli tomyam. Aku, kalau takat kat restoran Thai, aku berani makan, tapi kalau kat Cambodian atau Vietnamese restaurants, aku tak berani nak order makanan. Aku geli nak makan kat restoran diaorang pasal diaorang tuh segala jenis binatang, segala jenis serangga diaorang makan. Aku lebih selesa order tomyam udang, aku kalau demam, suka makan tomyam pedas, biar berasap kepala. Panas dan pedas. So aku tapau tomyam udang untuk berbuka puasa. 

Malam tuh aku tidur awal sebab aku tak nak lah bangun paginya nanti aku masih demam. Aku kan ker nak start kerja Sunday tuh? Macamana pun, sebelum tidur aku telan 4 bijik ubat pening kepala/demam, dua jenis ubat sebenarnya. Kalau satu jenis ubat tak memujarabkan, mungkin jenis yang lagi satu tuh mujarab, kan? Itulah, kalau masa sakit tuh, bermacam ragamlah nak kasi baik cecepat. 

Hampir terberbuka puasa aku besoknya sebab kepala aku pening sangat masa bertolak ke Atlantic City. Martin sama Armi asyik tanya aku, kesian pulak aku kat diaorang sebab aku sama Heru nih kira pioneer lah sebagai pekerja yang di bawah jagaan diaorang. Selebihnya orang Indo yang dah lama di sana tuh, diaorang dari agensi lain. Itu yang Armi selalu sangat mintak kitaorang "betah-betahin, kalian bantuin saya supaya saya bisa bawak banyak lagi orang Indo, supaya bisnes saya bisa maju. Gaji kalian bisa dinaikkin".

Janji orang Indo memang tak boleh dipakai. Aku tak tahu apa tapi diaorang kata dah janji nak jumpa owner tuh pukul 5 petang tapi pukul 6 kitaorang masih belum pun sampai. So tak heranlah bila kitaorang sampai, owner tuh dah tak ada dan kitaorang disuruh datang besoknya. Mula cadangnya nak tidur di motel aje tapi sebab Martin kena balik jugak, kitaorang pun ikut sama balik ke Philadephia. 

Besoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah berangkat semula ke Atlantic City. Hujan turun sepanjang hari so jalan jammed habis, tambah-tambah weekend, ramai orang yang nak ke pantai. Hujan-hujan pun nak ke pantai?

Sabar jer Sampai kat KFC tuh, terpaksa tunggu pulak pasal Manager nya sibuk (European, gaya accentnya), then Armi tak cukup duit pulak nak bayar sewa rumah. Ya, nampak sangat bangangnya, kan ker minggu lepasnya dah diberitahu yang sewa sebanyak $225/month tuh kena bayar at the beginning of the month? Dia ingatkan sewa tuh boleh dipotong dari duit gaji aje. Hello, ini bukan Indo lah. Tapi aku terfikir jugak, dalam bodoh-bodoh gitu pun dia boleh jadi ajen kerja? Patutnya masalah kecik-kecik gitu tak timbul. 

Dia tak ada duit, nasib baik kitaorang ada duit, itupun takat ngam-ngam aje, $450 untuk dua orang. So kitaorang pinjamkan dulu duit. Sewa rumah dia yang bayar kan, memang itu mengikut perjanjiannya. Apa pun, sewa tuh dipotong dari duit gaji yang seharusnya kitaorang dapat. 

Then Manager tuh bawak kitaorang ke rumah tempat kitaorang akan duduk tuh. Within walking distance, aku ingat owner tuh cakap gitu last week. Jauh! Dalam 30 minit jalan baru sampai kot, sabar jer lah nak jalan sejauh itu, bukannya ada tempat pejalan kaki sangat pun. Kena jalan tepi lebuh! Hampeh! Macamana kalau hujan? Kena beli payunglah nampak gayanya. Sesak nafas nak bayangkan yang aku terpaksa berjalan sejauh 30 minit sambil berpayung-payungan. 

Kat garaj di rumah tuh aku tengok ada tiga bijik basikal, sah lah diaorang pergi kerja naik basikal. Aku tak boleh imagine yang aku pergi kerja naik basikal. Tapi aku boleh imagine yang aku pergi kerja jalan kaki. So aku akan jalan kaki aje lah.Manager yang kat situ pergi kerja pun naik basikal rupanya. basikal kecik tuh. So lah lawaknya. 

Rupanya ada dua orang yang berhenti kerja di situ, dua-duanya students, satu Monggolian (yang mulanya diaorang kata Malaysian) dan satu lagi European. Diaorang dah habis kontrak selama 3 bulan kerja di situ, dan diaorang nak balik semula ke kolej. Restoran tuh selalu ambil foreign students untuk kerja di situ, December nanti akan ada ramai European students yang datang kerja. Yang pekerja tetap di situ semuanya orang Indo, ada yang dah 6 tahun kerja. Dengar ceritanya (dari Shift Manager, orang Indo, Manu namanya) diaorang kerja setiap hari, 9 jam sehari. Kalau ada hal aje diaorang mintak cuti. Memang rajin cari duit orang Indo nih, itu yang aku salute sangat tuh. 

Biasalah kan, bila sampai di tempat baru, apa yang aku check dulu? Betulllllll.....aku check kalau-kalau ada wireless signal untuk internet. Tak pun kalau-kalau ada yang pakai cable modem. Ada. Tapi semuanya secured connection. Encrypted, yang nak kan password. Puas aku godek-godek sana sini tapi tak ada yang tembus.

"Kalau kamu pakei laptop Centrino pasti bisa nyambung", kata martin. Malaslah aku cakap banyak, malaslah aku terangkan yang kalau guna laptop secanggih mana pun, kalau tak ada password tuh memang tak dapat nak curi singal orang. So otak aku dah berputar memikirkan macamana caranya aku nak dapat online. Di mana library? Kat tengah-tengah bandar di Atlantic City ada ker free wi-fi? Tapi aku kena naik bas kalau nak ke sana. Bas kampung, tahu ajelah, bas yang berhenti-henti, yang kalau destinasinya sekangkang kera pun, ambik masa lama baru sampai. Sebab bas tuh masuk sana sini mencari kera-kera yang lain. Tapi, rumah tuh lebihkurang 1 km aje dari pantai, sure kat pantai tuh ada mana-mana cafe yang ada internet facility kot? Tapi, Manu kata kat pantai tuh tak ada kedai atau cafe, just pantai. Di bahagian lain aje yang ada cafes dan restaurants tapi I doubt it cafes atau restaurants di situ ada internet. 

Cuma satu aje option yang ada. Aku terpaksa balik ke Philadelphia on my day off. Ke Atlantic City dulu then ambil bas dari sana. Macam tak masuk akal aje kan yang aku terpaksa ke Philadelphia semata-mata untuk berinternet. Tapi itulah hakikatnya. Dan aku sebagai Bangla yang tak lari dari memegang hakikat, akan akur dengan hakikat yang aku terpaksa buat benda-benda yang macam tak masuk akal gitu tuh. Tak masuk akal orang tak apalah asalkan masuk akal aku. 

"Kamu jangan nangis dong", Martin bergurau dengan aku sebelum diaorang balik. Entah, Martin sama Armi tuh macam menghantar anak masuk asrama aje, semuanya di check sana sini. Nak belikan kitaorang cadarlah, sarung bantal lah. Diperiksanya seluruh rumah, dicubanya dapur, dishwasher, washing machine, dryer, semuanyalah. Suruh aku selalu talipun dia, suruh aku selalu contact dia. Rimas aku dibuatnya. 

Sabar jer lah, dah lah tak ada internet cnnection, signal handphone aku pun weak sangat, ada satu bar aje. Nak menalipun terpaksa keluar rumah, itu pun putus-putus. Akan terputus hubunganlah aku dengan dunia luar nampak gayanya nih, kata aku dalam hati. Boleh ker aku hidup begitu? Boleh dan tidak. Tidak boleh. Boleh sekejap tapi tak boleh nya lama. Yang bererti, tak boleh. 

Sebelum diaorang blah, Armi cakap dengan kitaorang supaya bertahan kerja di situ, supaya kitaorang buat yang terbaik, sebab nanti dia akan bawak orang lain lagi, even dia nak bawak bini dia (dia ada bini di Indo dan di sini di Amerika nih) untuk kerja di sini dan kalau dah ramai nanti, dia nak sewa rumah yang lain. Lebih murah, daripada sekarang kitaorang terpaksa bayar USD 225 per-kepala/bulan. Aku suka idea tuh sebab bolehlah nanti suruh dia subscribe to Comcast atau Verizon, sebab dia ada Green Card. 

Heru ada laptop jugak rupanya tapi dia tak suka suka sangat internet, dia dengar lagu sama tengok dvd aje. Dia langsung tak kisah pasal tak ada internet connection sedangkan dia ada iPod lagih. Tercengang jer aku bila tengok dia copy limewire aku ke laptop dia. 

"Koq kamu dengar lagu Kate Bush? Itu lagu lama, lagu tahon 80an", kata dia.

Respect jugak aku kat dia pasal dia tahu sapa kate Bush tuh. Aku ingat orang kelas-kelas macam aku aje yang tahu lagu Wuthering Heights tuh, yang kenal sapa kate Bush tuh. 

"Kamu dengar radio stesyen apa sih?", aku tanya dia bila tengok dia ke sana ke mari pakai headphone besar macam air-traffic controller tuh. 

"Ini bukan radio, ini lagu dari laptop", kata dia. Ish, termalu aku sekejap, nampak sangat aku nih kampung.

"Aku kira radio. Berapa jauh bisa nyambung?", aku tanya dia untuk menutup kemaluan aku. 

"Kurang lebih 50 meter", kata dia. Ish, canggih bebudak sekarang nih. Heru dulu nya kerja kapal cruise, dia "terjun" kapal semasa di perairan Florida. Dah 5 tahun di Amerika nih.

Puas aku mengajak Heru keluar jalan-jalan untuk tengok keadaan sekeliling tapi dia tak nak. Punyalah bosan aku, dua-dua mengadap laptop memasing, dalam gelap. Dia tengok movie dan aku asyiklah dengar lagu-lagu yang ada dalam 10 bijik yang aku sempat download ituhari sambil tulis entry ini. Setiap dua tiga minit aku cuba cari jugak kalau-kalau ada signal. Manalah tahu kan? Itu yang aku terus mencuba tuh. 

Pukul 6 barulah Heru nak keluar jalan-jalan, nak cari makanan pun jugak. Mulanya kitaorang ke arah pantai, sunyi sepi aje sepanjang jalan walaupun banyak rumah-rumah yang lawa-lawa dan besar-besar di situ. Kitaorang lepaklah sekejap sambil menengok orang memancing, sambil menengok kapal cruise yang ada dua tiga bijik. Kalau ada basikal sure seronok, boleh ronda-ronda di sepanjang pantai. Apa pasal masa aku student dulu, aku sanggup mengayuh berbatu-batu di sekitar pantai di UK, dan sekarang nih aku (walaupun aku tahu aku akan rasa seronok) tak ada semangat pun nak buat benda-benda gitu? Sebab aku dah tua kot, hormon pasal benda-benda gituh dah kering agaknya. 

Then masa kitaorang balik semula ke arah rumah sebab nak ke jalan besar, ke tempat ada food store, WaWa, kat depan rumah kitaorang tengok ada BMW Sport sama kereta Manager tadi. Rupanya Maknenek owner restoran tuh ada datang. Nak menyambut kedatangan kitaorang kot sebab siangnya tadi masa kitaorang sampai, dia tak ada kat restoran. Dia tegur Heru yang pakai sandal aje pergi jalan-jalan. 

Diaorang ajak masuk ke rumah, aku ingatkan nak bincang apalah, rupanya dia nak tunjukkan macamana cara nak bersihkan dapur, cara nak wipe cooker tuh. Dah kotor sebelah, balikkan towel tuh, wipe lagi sampai kotorannya hilang. Sabar aje lah. Kat mana nak taruk air panas, celah-celah microwave oven kena dibersihkan jugak, jangan gunakan tissue paper untuk lap, instead gunakan towel yang bila dah kotor, beritahu Manager supaya dikasi towel baru. Itu baru di rumah, belum lagi di restoran. Parah nampak gayanya. Tapi aku ingat yang Manu ada kata yang Maknenek tuh cerewet, so dia suruh kitaorang jangan ambil hati sangat.

Bila aku tanya pukul berapa aku mula kerja besok, Manager tu kata yang Heru akan disuruh kerja di bahagian dapur, dan dia masuk kerja pukul 3 petang. Aku pulak di suruh kerja di bahagian lobby, dan disuruh masuk pukul 4 petang. Bahagian lobby? Bahagian depan ker, kerja-kerja mengelap meja, membersihkan tray, menyapu lantai ker? Pasal dia suruh aku kerja di bahagian depan?  

Sabar jer lah. Macmana aku nak merangkak naik jadi Manager kalau macam ini nih? 

Sebelum Maknenek blah, dia ada tanya kitaorang apa cerita pasal immigration yang dia dengar desas-desus dari someone. Aku kata aku tak tahu menahu sebab aku dari Pittsburgh, bukan dari Phila. Dalam hati aku tertanya-tanya jugak kat mana dia dapat berita tuh. Manu ada beritahu aku yang Maknenek tu lindungi pekerja dia, even polis pun tahu kat mana rumah-rumah pekerja KFC tuh (ada 3 semuanya). Kat KFC tuh polis makan free aje, so Manu kata jangan takut kalau balik kerja malam-malam. Polis tak kacau. Lega jugak hati aku mendengarnya. Iyalah kan, balik kerja jalan kaki sorang-sorang awal pagi, sure akan terserempak dengan polis yang buat rondaan. 

Terkejut aku bila tengok Maknenek tuh drive kereta, punyalah lajunya, walaupun dah gelap tapi pakai sunglasses jugak tuh. Mungkin sebab dia tua, dia tak dengar pun bunyi tayar kereta dia yang bercerek tuh, mungkin dia tak perasan pun yang dia tekan minyak tuh kuat sangat. Aku, sama a few neighbours dan orang yang ada kat jalan tuh geleng-gelebg kepala sambil gelak-gelak aje. 

Terasa jauhnya nak ke jalan besar, itu belum lagi nak ke restoran. Nasib baiklah ada tempat pejalan kaki so kitaorang menyusur ajelah ke arah restoran, saja nak tahu selama mana berjalan baru boleh sampai. Adalah dalam setengah jam, tapi kitaorang jalan perlahan-lahan. Kalau jalan laju, dalam 20 minit mungkin boleh sampai. Sambil-sambil jalan tuh aku tengok jugaklah kiri kanan kalau-kalau, nak tahu kat mana kedai gunting, pejabat pos etc. Sebaik saja aku nak melintas jalan untuk ke restoran Itali untuk beli makanan buat sahur, aku terpandang satu papantanda yang bertulis "internet hotspot". Kedai donut. Ada hotspot. 

Dan hati aku pun tersenyum gembira.