Aku talipun Martin nak beritahu pasal aku yang dah berhenti kerja, nak mintak dia tolong aku jugak kalau-kalau nanti Armi tak nak bayar gaji aku. Jugak, kalau Martin offer ajak aku duduk rumah dia pun baik jugak sebab aku tak ada tempat untuk dituju kecuali rumah dia dan rumah Yanti. Tapi Martin dah pindah rumah rupanya, dia sekeluatga menyewa satu bilik aje sekarang sejak emak dan adik dia balik Indo dua minggu lepas.
"Syukurlah kamu udah berhenti kerja. Kamu tahu nggak, Armi tu lagi dicari polisi di Pittsburgh gara-gara nyolong uang anak-anak", kata Wati, isteri Martin, memulakan gossip. Aku dengar ajelah cerita dia, part of me percaya tapi mungkin jugak itu hanyalah khabar-khabar angin aje.
So aku tak ada pilihan lain selain balik ke rumah Yanti aje nanti. Yanti pulak kerja so aku tak dapat beritahu dia yang aku nak ke rumah dia. Dengan Will suami Yanti tuh susah sikit nak cerita sebab dia tuh dah lah tak faham keadaan, lurus bendul pulak tuh. Macamana pun aku kena tebalkan muka jugaklah untuk balik ke rumah Yanti sebab aku dah tak ada pilihan lain. Aku kena bayar hutang Yanti dulu, aku kena kasi dia duit. Elok jugak tuh sebab Yanti, kalau tengok duit sure dia akan suka hati. So aku akan tebalkan muka aku dengan duit ajelah.
Macamana pun aku suspen jugak kalau-kalau Armi tak nak bayar gaji aku nanti. Kalau dia bayar aku dah tak ada masalah. Iyalah, aku kena buat persediaan sementara nak cari kerja. Dan untuk waktu sehingga aku dapat gaji kerja yang baru nanti.
Aku naik bas 4-30 am ke Atlantic City. Hujan turun lebat gila masa aku sampai tuh. Dan sepanjang perjalanan ke Phila pun hujan turun tak henti-henti. Aku redah aje hujan, nasib baik bawak 2 beg kecil aje, kedua-duanya aku selepangkan kat bahu. Serba salah aku sebab tak ada tempat nak dituju. Yanti akan hanya ada di rumah selepas 5 petang. Nak terus ke rumah dia aku rasa tak sedap hati pulak sebab ada Will. Semalamnya aku tak beritahu pun Will yang aku nak ke Phila.
Lepas is perut kat Dunkin' Donut aku ke library di Ben Franklin Parkway. Basah lenjan aku, dah lah gitu, bawak beg pulak tuh. Tapi aku fikir jugak yang aku pernah tengok orang yang homeless yang bawak beg yang jauh lebih besar dari beg-beg aku, bawak masuk ke library. So apa lah yang nak dimalukan?
Terus aku bukak website newspaper Indo yang di Phila, ambil nombor talipun iklan kerja. Banyak kerja-kerja restoran aje, yang nakkan waiters/waitresses. Dan kerja-kerja di dry-cleaners, tapi semuanya nak kan orang yang ada experience. Macamana pun aku dapatlah salin 3 nombor talipun untuk kerja di laundry/laundromat. Belum pernah aku kerja laundry tapi gayanya kerja yang senang. Cuma kerjanya jam panjang, 12 jam sehari.
Lapar, ngantuk dan letih, so aku talipun Armi beritahu yang aku nak datang ke rumah dia nak ambil gaji minggu lepas nya yang dia masih belum bayar. Armi sama juragan gedek cuba-cuba pujuk aku, diaorang siap takutkan aku kata sekarang susah nak cari kerja sebab dah nak masuk winter biasanya "kerja pabrik agak sepi". Tapi aku tetap kata yang aku dah tak nak balik semula ke KFC tuh, walaupun juragan gedek kata dia sanggup hantar aku balik semula. Dia even offer aku untuk ikut dia kerja bersihkan bangunan, sebelum diaorang mula kerja di KFC tu nanti. Aku tak nak sebab aku tahu, kalau aku ikut dia kerja, sure nanti dia akan ajak aku balik semula ke KFC. Diaorang tak tahu yang aku nih, once aku tinggalkan, there's no turning back. Lagipun kat tempat cuci bangunan tuh ada 16 orang Indo lain, malaslah aku nak campur dengan ramai-ramai orang Indo.
Lega aku bila Armi bayar gaji aku yang seminggu tuh. Bererti cuma ada gaji seminggu aje lagi di tangan dia. Bolehlah aku bernafas panjang sikit dengan duit yang aku ada tuh. Macamana pun aku dah plan untuk terus aje lah cari kerja, tak nak lah lepak-lepak sampai seseminggu then baru cari kerja, macam dulu-dulu tuh. Macamana pun Armi kata yang duit gaji yang akan datang terpaksa dipotong duit sewa rumah sebab aku blah di pertengahan bulan. Tak apa, nak potong, potonglah. Asalkan dia bayar aku minggu depannya. Cuma aku bengang yang dia ingat aku lupa yang dia masih ada hutang dengan aku $170, balance duit sewa rumah nenek du;u tuh.
Lepas tuh aku terus aje, redah hujan, ke rumah Yanti. Nasib baik Ita ada di rumah, gave her $15, kena buat baik-baik dengan anak Yanti tuh. Lagipun dah lama aku tak kasi dia duit, last aku kasi pun masa balik dari Pittsburgh dulu tuh, dalam dua bulan lepas. Tengah aku menalipun Makcik Jenny sebab nak suruh dia carikan aku kerja (ingat dak yang masa aku ke New York yang terakhir dulu tuh, aku ada kasik MakCik Jenny duit, suruh carikan aku kerja), ada this one call dari satu tokey laundry yang aku talipun sebelumnya. Dia tanya aku serba sedikit dan aku janji nak datang jumpa dia besoknya. Terus aku rasa konfiden yang aku akan dapat kerja tuh sebab tokey tuh (Mr Yong) suruh aku datang secepat mungkin.
Malam tuh aku sembang-sembang ajelah dengan Yanti, aku bayar $200 duit hutang dulu, dan still ada balance sewa bilik, aku janji akan bayar lain kali aje lah. Bayar semuanya, banyak-banyak, nanti sure Yanti akan ingat aku banyak duit. Lagipun aku tak nak lah nanti Yanti ada banyak duit pulak, aku jugak yang tensionnya.
So malam tuh lena jugaklah aku tidur, sebab semuanya nampak macam berjalan lancar aje. Hutang dah bayar, aku ada tempat tinggal, dan aku pun dah macam confirm dapat kerja di kedai laundry tuh. Tak apalah jadi Keling Dobi pun Keling Dobi lah asalkan rezeki halal.
Aku bersyukur sebenarnya sebab dengan berpindahnya aku balik semula ke Philadelphia, dapatlah aku hidup dengan lebih teratur sikit, makan minum, semuanya.