Rupanya perbualan aku dengan nenek yang sejam lebih tuh menjadi cerita hangat. Suami Jenny yang tengah tunggu dia habis kerja rupanya tengok the whole episode aku sama nenek tuh, dari dalam kereta dia. Orang-orang lain pun tengok kitaorang melalui CCTV.
So tak heranlah bila nenek balik aje, semuanya berkerumun tanya aku. So aku ceritalah right from A to Z. Yanto siap peluk aku. "Bagus, kamu berani. Kamu pinter. Nenek itu harus diajarin, selama ini nggak ada anak-anak yang berani bersuara", kata dia. "Koq kamu baik amat sama nenek. Suami ku bilang, kamu sama nenek ketawa melulu sambil pegang-pegang tangan. Kamu ngomong apa sih?", tanya Jenny.
Aku rasa macam hero jadinya. Sekarang semua orang tahu yang aku nih walaupun nampak diam aje tapi sebenarnya amat berbisa. Aku boleh tahu yang diaorang respect kat aku.
Besoknya kebetulan Armi datang untuk bayar gaji, teruslah aku ceritakan kat dia apa yang terjadi semalamnya tuh. "Orang Malaysia memang gitu sih, fikiran mereka agak terbuka. Persis orang Barat", aku dengar dia kata gitu kat juragan gedek. Rasa nak meletup bontot aku kekembangan.
Armi beritahu yang Ramon ada talipun dia dan bersetuju untuk datang kerja di KFC. Dan Ramon akan sampai ke Philadelphia besoknya. Naik bas dari Pittsburgh. Semakin happy aku jadinya bila dapat tahu berita tuh. Cuma aku tak happynya sebab bil talipun aku Armi belum bayar (dia kan ker masih hutang aku 200 dollars?), barang-barang makanan yang aku pesan pun dia tak beli kan.
So hari-hari berikutnya aku kerja macam biasalah, cuma lebih bersemangat dan rasa tak ada pressure sangat, compared to hari-hari sebelumnya. "Trust me, you two will be best of friends", kata Anne kat aku. Semua orang tanya aku, macamana nenek treat aku sekarang nih. "Biasa aja, cuma dia udah nggak ngomel lagi. Ketemu aku pun baik aja kelihatannya", aku jawab gitu.
Memanglah kadang tuh aku kesian dengan nenek yang terpaksa kontrol ayu bila bercakap dengan aku. Lembut aje dia cakap, sambil senyum-senyum lagi. Kadang tuh, kalau dia nak suruh aku buat something, kalau dia tercakap kasar dengan aku, tak lama tuh dia akan senyum tiba-tiba. Sure dia terlupa mulanya tuh, then bila dia teringat, itu yang terus tersengih-sengih cakap dengan aku. Dengan orang lain, kalau kebetulan aku ada, dia cakap baik-baik jugak. Even Yanto pun terperasan yang macam ada perubahan dengan nenek. Tapi kadang tuh aku tengok, aku dengar, perangai lama dia masih ada. Menjerit-jerit, maki-maki orang. Old habits die hard, kan?
"Yo, gue udah nyampei Phila, nanti malem menginap di apatemen Pak Armi. Besok gue berangkat ke sono, gue mahu kerja bareng loe (aku nak kerja sama-sama dengan ko", kata Ramon kat talipun.So besoknya Ramon sama awek dia sampai dari Phila (dia tidur di rumah Armi selepas tiba dari Pittsburgh). Dia naik SUV dia sebenarnya, punyalah banyak barang yang diaorang bawak, siap dengan bantal, selimut, tv semuanya. Macam orang nak kerja lama aje gayanya. Memang betul-betul pindah.
Too bad besoknya Ramon sama awek dia disuruh masuk kerja pukul 10 sedangkan aku masuk pukul 4 petang. So tak dapatlah kitaorang kerja sama-sama. Bila aku sampai KFC petang tuh baru lah aku tahu yang awek Ramon tak masuk kerja sebab "nggak enak badan". Sempat kerja 10 minit aje, lepas tuh dia mintak balik. Manja sikit diaorang tuh gayanya. Ramon kerja di bahagian drive-thru, aku tengok dia pulun belajar cara-cara nak handle cash register, cara nak ambil order etc.
Aku terserempak dengan Armi kat tengah jalan masa balik kerja malam tuh. Dia senyap aje, cuma dia kata, "Ramon udah pamit". Aku tak faham. Dan aku pun tak tanya apa pun. Sampai di rumah, aku tengok kereta Ramon tak ada. Aku masuk bilik, semua barang dia dah tak ada. "Koq Ramon di mana? Dia kabur?", aku tanya Armi.
"Iya, dia udah pergi", kata Armi. Moyok jer. Terus aje lah aku talipun Ramon, dia tengah drive untuk ke Atlantic City.
"Koq kenapa sih?", aku tanya dia.
"Nggak enak kerjanya. Lagi, mobil gue nggak bisa parkir di garasi, harus parkir di tempat lain. Masa gitu sih? Nenek tu sadis amat orangnya, udahlah kebanyakan Managers nya berlagu amat", kata Ramon.
"Apa rencana kamu sekarang?", aku tanya Ramon.
"Gue lagi mahu ke AC (Atlantic City), mahu menginap di sono. Lagi mahu ke casino. Besok ato lusa gue mahu berangkat ke California kerna ada temen nawarin kerjaan di toko pizza", jawab Ramon. Semalamnya tuh Ramon ke casino, dia main apa tah, menang USD 300, itu yang dia nak main lagi tuh. Memang Ramon nih dulunya kaki judi.
"Koq jauh amat, dari hujung Amerika ke hujung Amerika", aku macam tak percaya aje.
"Ayuh kita kabur bareng, kamu mahu ke California nggak? Gue bisa jemput kamu besok", kata Ramon. Sempat jugaklah aku berikir then aku kata tak nak lah, sebab jauh sangat. Takut aku nak merentas Amerika lagi.
"Kagak ada artinya lah kerja di sono kalo gitu kayaknya", kata Ramon. Aku senyapkan ajelah, aku baru aje bersemangat semula untuk kerja, begitu pulak jadinya. Memanglah kalau difikir-fikir agak rugi kerja di KFC tuh sebab terpaksa kerja setiap hari, tak ada off nya. Dan gajinya sama dengan kalau aku kerja di restoran Cina, yang kerjanya cuma 6 hari seminggu.
"Kamu rugi kerja di sini sih", kata Robi kat aku satu hari tuh. "Udahlah duitnya kecil, kerjanya setiap hari. Mending kamu balik ke restotan aja, penghasilan agak gedek", kata dia. Robi dulunya jadi chef kat restoran Jepun, gaji dia tiga ribu lebih. Dia kata soon dia akan cari kerja restoran Cina/Jepun balik semula.
"Lihatlah nanti gimana, aku rencananya mahu kerja sampe Natalan, setelah itu mahu berhenti, balik kerja restoran Cina sih. Kerja di sini cuma sekedar maen-maen, mahu nyantei gitu", aku ceritakan kat Robi plan aku. Dan tak heran lah, seseminggu lepas aku sembang pasal kerja sama Robi tuh, suatu hari masa aku nak masuk kerja, Anne beritahu aku yang Robi quit. Tiba-tiba, lesap begitu aje. He was a good worker, English pun ok, mengalahkan Manu punya English lagi.
"That bastard, he just want to get some money and then go", Anne kata gitu, sambil ajuk-ajuk gaya nenek cakap.